Wednesday, September 29, 2010

Perbezaan Seiko Orange Monster?

Sekali imbas sama saja..... apa yang beza? Satu replika ke? Tak. Dua-dua jam ni original. Jam original pun berbeza? Sama tapi cuma ada sedikit perbezaan.....



Maklumat tambahan mengenai perbezaan ini aku cuba dapatkan selepas beberapa bulan lepas berborak dengan saudara DetikDuaBelas. Beliau mengatakan terdapat perbezaan di antara model lama Seiko Monster dengan yang baru..... Sehinggalah aku berjumpa dengan seorang sahabat jam yang dah lama berkecimpung dengan dunia horologi yang mempunyai model lamanya..... sah memang berbeza!


Maklumat dari pengedar Seiko Malaysia, Thong Sia Sdn. Bhd. tempoh hari menyatakan bahawa mereka kini tidak lagi membawa masuk model ini lagi ke Malaysia. Yang tinggal hanyalah stok terakhir di kedai-kedai jam di seluruh Malaysia. Jadi tidak hairanlah kenapa model ini semakin sukar didapati di kedai-kedai jam. Namun, pengeluarannya masih diteruskan & kita masih lagi boleh membelinya dari web antarabangsa sekiranya sudah tiada lagi di pasaran kita.



Ini merupakan kali kedua selepas melihat Seiko Orang Monster miliknya. Kali pertama melihatnya aku sudah nampak perbezaannya walaupun aku tidak bawa Monster pada ketika itu.... kerana terdapat suatu perbezaan yang jelas. Pemilik Orange Monster pasti akan dapat mengenali kelainan itu walau pertama kali melihatnya.



Perbezaan yang paling nyata adalah warna oren dialnya. Model lama yang dikatakan sebelum tahun 2006 mempunyai warna oren yang lebih gelap berbanding model baru yang jauh lebih cerah. Perbezaan ini sukar dipastikan jika dialnya berwarna hitam, namun dapat dipastikan pula pada warna markernya. Lihat warna marker gambar atas & sebelum ini..... Model lama mempunyai warna marker putih berbanding yang baru yang kelihatan kehijauan.

Model lama yang diketengahkan ini dikeluarkan pada tahun 2004. Manakala model baru itu dikeluarkan pada tahun 2008. Sejarah Seiko Monster bermula pada tahun 2003 dimana ia mula berada di pasaran dunia. Ada juga maklumat yang dapat mengatakan bahawa model lama menggunakan movement dari Japan. Kesahihannya aku tak dapat pastikan kerana tidak membuka caseback jam tersebut. Jam diver baru aku tak berani buka caseback sesuka hati. Jam sendiri pun tak sanggup.... apatah lagi kalau jam kawan.



Jelas! Model lama mempunyai warna buah oren terlebih masak. Yang baru tak cukup masak pula. Selain warna dial yang berbeza, marker juga nampak berbeza. Model lama nampak seperti warna putih manakala yang baru ianya kehijauan. Warna itu bukanlah disebabkan warnaluminous tetapi warna di sekeliling marker Monster lama itu berwarna putih, manakala yang baru dikelilingi dengan warna hijau. Jika nak pastikan Monster hitam, perhatikan warna marker tersebut.



Selain dial, brush finishing kedua-duanya juga berbeza. Model lama nampak sedikit kasar finishingnya berbanding baru yang lebih halus.



Selain itu, bezel juga mempunyai perbezaan. Engraving penomboran & tanda padabezel nampak perbezaannya. Model lama lebih 'bold' tulisan & tandanya nampak runcing.Bezel model baru lebih cantik potongannya & nampak lebih kemas. Nombor yang tertera juga berbeza (bulatan merah). Model lama tertera 2084 R2, manakala model baru tertera 2984 TG2.


Dasi segi design memang tiada perbezaan. Sedikit perbezaan juga terdapat pada bahagian potongan & bucu casing dimana model baru nampak lebih tajam ataupun bersegi di setiap potongan & bucu berbanding model lama yang sedikit membulat.



Perbezaan tidak berhenti di situ, malah caseback juga mempunyai perbezaannya. Selain nombor siri jam yang sudah pasti menunjukkan perbezaan keluarannya, logo tsunami keduanya juga berbeza dimana model lama lebih kecil & tirus logonya berbanding yang baru. Suatu lagi yang aku perasan ialah huruf & nombor dalam bulatan kuning.... Model lama tertera 'MS', manakala yang baru 'L3'.

Aku pernah bertanyakan ramai seller mengenai maksudnya ternyata tiada jawapan mahupun andaian dari mereka. Adakah perbezaan ini wujud disebabkan dari mana ianya dipasang?.... ataupun ia hanyalah merupakan pembaharuan yang dilakukan?.... macam upgrade keretalah.... Aku tak dapat pastikan kenapa. Akan aku sampaikan maklumat mengenainya jika mendapat kepastian mengenai perkara ini.

ps: Niat di hati ingin nak dapatkan Black Monster pula. Tapi aku nak cuba cari model lama..... jika masih ada......

10 KOMEN ANDA:

dabu said...

nyesal dabu jual..huhuhu
ada sapa nk jual murah2...hehehe

Narong said...

tapi aku punya model 2005 - tulis L3 kat belakang tapi tulis 2084 TG2 kat dial....bukan 2084 R2 mahupun 2984 TG2 mcm ko review...kena kaji nihhh....

bab2 kaler terang gelap nih tak berani komen laaa...kena banding side by side br bleh nampak....

duniajam said...

Kalau gitu, model 2003/04 ja la yg beza. Aku nak cuba cari yg hitam '04 kalau bole.

Monster jam yg sangat berbaloi dgn harganya. Kualiti yang ada padanya ada yang samakan setanding dgn jam diver Swiss yg jauh lebih mahal. Boleh baca review org luar buat.

Warna dial mmg beza bro. Nyata lagi terang. Hehe...

duniajam said...

Dabu, ada lg jam ni. Kwn2 blogger ada yg masih ada rasanya. Kalau tak, jom kita pi Penang. Aku bawa pi kedai tu. ada lg rasanya

zul said...

macam-macam cerita fasal monster ni. saya punya model 2008 sama seperti yang DJ ulas. Monster hitam ada kat Ipoh. Dari kedai tu saya dapat white samurai tahun 2006. Sapa-sapa nak monster hitam tu boleh saya tanyakan.

duniajam said...

Tq bro zul. Mmg payah nak cari Mosnter la ni. Tahniah dpt jumpa Samurai. Tak pernah jumpa langsung pun kat kedai.

mohdyie said...

tapi kenapa plak aku punya case back tulis kg, bukan ms atau l3?ada sapa boleh jawab?

mohdyie said...

satu lagi, betul ke jam seiko diver yang 7s26-7039 sah fake krn seiko x pernah kluar model tu? ini yang kawan aku bgtau kat aku.minta ada sapa2 boleh sahkan atau bg info yg lebih jelas

duniajam said...

Psl tulisan kat caseback tu diluar pengetahuan aku. Psl tanya seller kedai yg jual jam dah berpuluh tahun pun taktau psl benda tu. Mungkin itu hanya nak menunjukkan keluaran je kot.

Seiko SKX007 masih dikeluarkan sampai skrg & 7s26-7039 mmg ada dikeluarkan tp bukan dikeluarkan Seiko..... maksudnya mmg fake/tiruanlah... 7039 tu tiru sebijik SKX007. Kalau google kat internet mmg byk jam tu. Kena hati2 bila nak beli model ni psl mmg ada replika. Ada seller jual model tu tp tak ckp replika. Kena hati2...

Unknown said...

Saya punya OM pon tulis KG kt caseback tu.. no siri 262860.. tq