Tuesday, August 10, 2010

Selamat Datang Ramadan Al-Mubarak

Kita akan memasuki fasa baru dalam memusahabah diri kita dalam bulan Ramadan yang penuh berkat. Di dalamnya terdapat pelbagai ujian & pahala. Marilah sama-sama bersyukur kerana dapat bertemu dengan Ramadan kali ini & sama-samalah kita menghayati bulan yang mulia ini dengan kebaikan. Marilah sama-sama kita mengambil peluang ini mengumpul pahala sebanyak mungkin bagi menampung kembali 'lubang-lubang', kekurangan yang ada pada kita & seterusnya mencuci dosa yang telah kita buat samada sedar atau tidak, samada sengaja atau tidak....

Dunia Jam ingin memohon ampun & maaf kepada semua sekiranya ada perkataan yang pernah diungkapkan DJ selama ini dalam artikel, komen ataupun chatting mengguris hati sesiapa. Nak minta maaf tak perlu tunggu sampai hari raya kan? Hehe... Siapalah DJ, hanya manusia biasa yang hina. Tanpa sokongan kalian juga, mana mungkin DJ masih berada sampai sekarang.

Marilah sama-sama kita memujiNYA, memohon ampun & maaf dariNYA yang mana mungkin selama ini kita telah jauh menyimpang & melupakanNYA. Mungkin Ramadan kali ini dapat mengubah diri kita menjadi hamba yang lebih sukses & lebih baik dari sebelum ini.


DJ ingin meninggalkan anda dengan alunan lagu Asma Allah dendangan Sami Yusuf....



....walaupun berbeza.... hakikatnya kita semua sama saja......


6 KOMEN ANDA:

amer|zhafran said...

selamat menyambut ramadhan bro~

puasa tu puasa gak tp puasa jam jgn tau..hahaha

duniajam said...

Selamat berpuasa bro...

Rasanya jam pun kena puasa gak... Haha... fulus tarak... huhuhu...

ayisy said...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan tahun ini. :)

Tahun ni tak dapat beli jam raya. Kih3! Sebabnya duit kering. :P

duniajam said...

Selamat berpuasa ayisy

Aku pun takda jam raya... Haha...

hadi_8149 said...

Asslamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Jam US Sub aku sebenarnya beli utk raya masa bulan 6 lepas. Tapi pasal tak tahan sgt tunggu......pakai saja lah!

duniajam said...

Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh...

Haha... Jam ada depan mata.. mana boleh tahan... Ekekeke....