Thursday, July 22, 2010

PERANG....!!!!!!


Perang... suatu bencana buatan manusia sendiri. Propaganda yang wujud bukan saja boleh memecahbelahkan sesama manusia malah boleh memusnahkan sesebuah negara & tamadun. Semuanya angkara tangan manusia yang bermasalah yang tidak boleh melihat kemajuan & kesenangan manusia lain... dengki, khianat yang wujud boleh memusnahkan segalanya.

Dunia horologi juga tidak terlepas dari tempias peperangan. Ada saja persaingan yang cuba dicari & cuba mencari kelainan serta menunjukkan kehebatan yang dimiliki.... Keluaran jam military bermula pada era Perang Dunia Kedua (1940an)... pada ketika itu banyak syarikat terutamanya Swiss berlumba-lumba & bersaing mengeluarkan jam khas untuk kegunaan tentera. Konsep yang dikeluarkan tak kira jenama walaupun berbeza sebenarnya mempunyai DNA yang hampir sama saja. Mungkin disebabkan satu dunia sedang berperang berlaku pada waktu itu & tiada pembeli di kalangan orang awam, maka jam tentera dikeluarkan pula sebagai pasaran utama untuk kegunaan tentera dalam dunia peperangan pula.

Sehingga kini, jam military merupakan suatu cabang lain yang menghiasi dunia horologi & menjadi pilihan penggemarnya. Tidak hairan jika banyak sekali jenama yang mengeluarkan model military kini sebagai satu pilihan & satu cara meluaskan pasaran. Peminatnya ramai sepertimana peminat jam diver yang rata-ratanya bukanlah tentera.

Perjumpaan aku bersama dengan saudara Hassan Detikduabelas telah menemukan aku dengan spesis jam yang berada dalam kategori terancam mengalami kepupusan....


Citizen OXY Camouflage


Jam tentera/perang (military) adalah salah satu cabangan yang aku minat selain diver & digital. Banyak sekali jam-jam military dikeluarkan semasa zaman Perang Dunia Kedua dahulu. Citizen tidaklah mengeluarkan jam pada era itu kerana ia pun belum wujud lagi. Bila dunia telah aman damai, banyak syarikat yang masih meneruskan pengeluaran jam military, ada juga yang sudah terhenti & ada juga yang tidak melepaskan peluang mengeluarkan produk terbaru siri military & contoh terbaik adalah Citizen ini. Semakin bercambahlah pilihan kepada penggemarnya....



Citizen OXY merupakan salah satu keluaran model military oleh Citizen. Nampak macam model baru... tapi sebenarnya model ini telah dihentikan pengeluarannya & sangat sukar dicari tambah-tambah model camouflage ini.....



Bagi aku model ini paling unik & pure military dengan tali kanvas camouflage termasuklah dialnya sekali yang turut diberi sentuhan camouflage. Masuk dalam hutan, jika terjatuh jam ni, maka sedekahkan sahajalah jawabnya.... Keseluruhannya itu memberi erti yang sangat kuat & jelas bahawa ia adalah jam tentera yang boleh bersembunyi dari pandangan musuh.



Celahan daun, kayu & hutan adalah tempat yang sesuai untuknya. Ia memang diciptakan untuk persekitaran begini....



Model ini didatangkan dengan beberapa versi warna dial & tali. Camo seperti ini, biru gelap, hijau & hitam. Warna dial versi-versi itu mempunyai gabungan tali yang sama warna dengan dialnya.



Mujur juga aku jumpa saudara Hassan hari tu kerana hanya ada 1 saja jam ini dalam stoknya untuk dijual. Keunikan yang ada pada jam ini yang sebernarnya belum pernah aku lihat secara live & menurut sahabat susah nak mendapatkannya membuatkan aku tak dapat melepaskan peluang untuk terus memilikinya.... Lain jam yang aku nak beli.... lain pula yang aku bawa balik..... hehe...



Biasan cahaya di bawah rimbunan pokok memberikan biasan yang samar-samar pada cermin yang cembung itu. Cermin mineral ini agak tebal & membuatkannya agak sukar untuk mengambil gambarnya dengan jelas.



Casing stainless steel yang keseluruhan bahagian atasnya brushed finishing adalah suatu ciri jam military untuk bersembunyi dari pandangan musuh. Jam military tidak boleh 'bling' 'bling' kerana sedikit saja sinaran & kilauan sudah mampu menjadi sasaran musuh.

Crown tidak bertanda bukan jenis screw down & ia dilindungi oleh crown guard. Design crown guard menampakkannya seperti tidak center. Tapi jika dipandang tepat di sisinya, kedudukannya adalah di tengah casing.



Casing dibuat dengan cukup kemas, cukup teguh & solid apabila dipegang. Jam ini mempunyai diameter 40mm (tidak termasuk crown). Ia mempunyai ketebalan 11mm. Ia juga besar & berat.



Jika bahagian atas adalah brushed finishing, bahagian bawahnya pula adalah polished finishing. Cukup berkilat & boleh buat cermin cukur janggut..... Movement automatik yang digunakan adalah Miyota cal.8200. Seperti kebiasaan movement Citizen, ianya tidak boleh hack tetapi boleh wind. Penukaran tarikh/hari adalah quick set & penukaran harinya adalah english/kanji.



Dial camouflage ini adalah yang paling striking berbanding semua sirinya & sangat jarang manufacturer membuat dial sebegini pada model military mereka. Font Army yang tebal & besar digunakan sebagai marker itu sangat padan & kemas serta sesuai dengan design & aura yang dibawanya.



Jarum Mercedes agak janggal untuk jam military. Design jarum yang 'kosong' di tengah memberi kelainan berbanding jarum biasa. Jarum saat yang berwarna merah sangat kontra dengan dial & memberi wajah garang kepadanya. Warna jarum yang putih keseluruhan itu pula sesuai & membantu untuk membaca waktu dengan jelas.



Hujung jarum saat dengan bentuk segi empat berserta lume itu memberi kelainan dari kebiasaan jarum yang bulat bahagian lumenya. Nombor siri movement & jam tertera halus pada pukul 6.



Warna lume kebiruan memberi wajah yang cantik dipandang dari kebiasaan lume yang berwarna hijau. Angka-angka yang bercahaya agak terang & jelas. Rupa lume begini memberikan rupa yang cukup cool.



Satu lagi ciri yang menarik pada jam ini ialah talinya. Tali ini sebenarnya bukanlah kanvas secara keseluruhan tapi digabungkan dengan kulit di bahagian bawah. Tidak seperti tali Seiko military, bahagian buckle mempunyai besi di setiap lubang bagi memastikan kanvas tidak terkoyak atau lubangnya bertambah besar dalam jangka masa panjang. Selain tali kanvas, jam ini juga didatangkan dengan bracelet. Pada mata aku, jam military paling sesuai dengan tali kanvas berbanding apa-apa tali yang dipasang kepadanya. Warna hijau paling terserlah wajah military-nya.



Memang sesuai dibawa masuk hutan atau apa-apa aktiviti luar. Jam rasa tegap ditangan & memberikan rupa yang sangat berlainan dari kebiasaan jam. Staff aku yang tak tahu sangat pasal jam pun tegur bila aku pakai jam ni..... ''ooo... hari ni pakai jam askar..."



Rupa jam ini sangat berlainan & imej yang dibawanya sangat berlainan dari Seiko military. Pemakaian jam sangat selesa & talinya walaupun digabungkan dengan kulit, lebut & selesa dipakai.

Citizen Oxy sudah dihentikan pengeluarannya. Aku cari di internet model ini ternyata sudah tiada. Yang masih ada hanyalah versi warna lain, itupun tidak banyak & web tertentu saja yang menjualnya. Mungkin yang ada itu pun hanyalah stok lama. Di pasaran kita pula, ianya sudah tiada. Nasib jugalah kalau terjumpa jam ini. Selain Oxy, Citizen juga mengeluarkan jam military Eco-drive. Namun agak sukar juga untuk jumpa juga kerana mungkin kurangnya sambutan terhadap jam Citizen.... membuatkan ramai seller hanya menerima beberapa model saja yang popular saja di kedai mereka & ada juga kedai yang langsung tidak menjual jam Citizen. Mungkin ramai yang terlepas pandang kerana sebenarnya Citizen menjanjikan ciri & kualiti yang setanding dengan jam seangkatannya.

9 KOMEN ANDA:

TIMEasitis said...

aku hormat dekat kemampuan citizen.satu pembuat jam yg selalu tidak diiktiraf sangat tapi sebenarnya sangat hebat.sama mcm casio la.citizen eco drive semestinya fav aku

jam military ada yg aku minat ada yg tak.mostly tak.maybe pasal aku pencinta keamanan.Tapi memiliki jam spesis rare mcm ni memang satu kepuasan tak terhingga utk org mcm kita

bila kau beli jam ni.rasa baru baru ni kau jumpa hassan.pastu kau ada pulak beli casio bp.berapa banyak jam kau ada ni? sebulan 3 biji ke...

teringin sangat nak melwat kau dan tgk sendiri khazanah kau..heheheh

duniajam said...

Walaupun aku minat military tak semua yang aku minat. Hanya beberapa je. Diver pun sama gak. Hehe...

Jam ni aku beli masa jumpa Hassan hari tu kat kampung.... artikel yg aku buat dulu tu.

Jam aku tak banyak. Sikit je banding kawan2 lain. Diorang lagi hebat2 belaka. Cuma tak tunjuk je. Hehe..

TIMUR said...

Wah..Mcm melepaskan CT oxy ni di habitatnya!sesi pengambaran yg menelan belanja tggi tu! Best! kreatif! lebih real tabur bullet keliling jam. BRAVO!

duniajam said...

Betul bro. Jauh benor nak ambik gambo tu. Tqvm bro. Hehehe...

anisyazila said...

hijau...cantiknya... ;-)

duniajam said...

Cantik.... tp berbisa pasal jam perang. Hehe...

ayisy said...

Huh! Jam ni kalau jatuh kat hutan/semak mau jenuh nak cari. Huhu..

duniajam said...

Kalau jatuh dalam hutan..... kompom nangis aku..... ahahaha...

duniajam said...

Kalau jatuh dalam hutan..... kompom nangis aku..... ahahaha...