Friday, July 9, 2010

The last Casio DEP-610 in Malaysia.... mungkin.....

Beberapa bulan kebelakangan ni aku seperti tergila-gilakan jam Casio. Model-model lama mula aku buru. Permulaan pembelian Casio JP-200W di sebuah kedai, telah membawa kepada pencarian model seterusnya. Banyak kedai aku masuk kembali untuk mencari harta karun yang mungkin tersorok...

Perkenalan kembali dengan JP-200W telah membawa kepada perkenalan baru dengan suatu model yang sangat asing pada aku. Belum pernah aku melihatnya lagi sehingga aku merasakannya adalah model terbaru Casio. Yang memeranjatkan lagi ialah harganya yang sangat tinggi.... lebih tinggi dari mana-mana model Casio yang pernah aku tengok sebelum ni termasuklah Frogman.

Disebabkan kagum dengan harganya, aku mintah taukeh, Mr Tim keluarkan untuk tatapan aku. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui jam ini sebenarnya model lama. Menurutnya lagi model ini tak banyak di bawa masuk ke Malaysia & kemungkinan hanya mempunyai 10 unit saja di Malaysia. Disebabkan sudah tiada, pihak Jepun mohon untuk beli semula darinya. Namun, jam disimpan di kedai untuk tatapan & dijual kepada yang sanggup....



Inilah Casio DEP-610... model yang tersangat rare bergandingan dengan Casio BP-100 aku yang sudah memasuki kategori rare juga....

Laporan tak rasmi Mr Tim mengatakan jam ini cuma ada 10 saja.... Bila mana saudara Detikduabelas pun beli, seller di sana pun turut memberitahu yang jam ini pun cuma ada 10. Adakah ini kebetulan? Mungkin.... Adakah ini kebenaran? Mungkin juga sebab ayat yang keluar ini adalah dari seller dua negeri yang berlainan.... Disebabkan tak ramai yang pernah tengok & tak ada jam ini dijual berleluasa pun sebelum ni..... mungkin kenyataan jam tak banyak dibawa masuk & cuma ada 10 itu adalah benar....



Melihatkan tag harganya RM1892, telan air luir juga aku masa mula-mula tengok. Duit yang aku ada masa tu cuma mampu untuk beli JP-200W saja. Aku mula gigit jari.... (tapi aku tak buat la.....) rasa lebih dramatik skit.... hehehe.....



Jam kelihatan sangat tagap.... bila dibelai, dipegang.... barulah aku tahu kenapa ia mahal & memang patut mahal pun. Buatan jam ini setanding dengan mana-mana jam diver Jepun 200m seangkatannya. Yang membuatkannya lebih mahal adalah fungsi yang ada padanya.

Selepas melihatnya, aku buat sedikit penyelidikan mengenai jam ni & ternyata jam ini merupakan model yang sangat rare sebab tidak banyak didapati di internet, malah jualan pun hampir tiada. Dalam eBay langsung tak ada...



Disebabkan kepala aku asyik teringat + jam yang sudah tiada di pasaran + cuma 10 unit (laporan tak rasmi) + teknologi + tinggal satu saja & kemungkinan yang terakhir di Malaysia..... aku tidak melepaskan peluang keemasan untuk memilikinya ('pejam mata' aku dibuatnya....)

Yang membuatkan hati tak tertahan bila mana saudara Detikduabelas MMS aku gambar jam ni.... racun permulaan.. Tiba-tiba pula keluar pulak dalam blog..... Adoi.... Racun tambahan ni paling berkesan... Walaupun kurang sihat, aku gagahkan juga pergi beli jam ni semalam.... Tunggu laporan selanjutnya mengenai jam ni..... Adakah aku pembeli bertuah yang terakhir? Mungkin juga.....

6 KOMEN ANDA:

TIMEasitis said...

so ini ker jam grail kau?
mungkin tak kena sangat dgn taste aku tapi aku tahu nie jam yang sangat istimewa...kalau aku dah banyak sangat duit memang aku cari ...cuma belum banyak lagi duit....tahniah memang menarik hati....

tapi tengok tengok boleh tahan gak income kau ekk...hehehe

duniajam said...

Err... bukan bro.... Grail tu lain.... haha...

Jam digital tak ramai org minat sgt. Cumanya aku nak cerita perihal, teknologi & kehebatannya yang ramai orang terlepas pandang. Hehehe...

Jam ni aku cari tak jumpadah walau di eBay pun. Jumpa tali je... tp model DEP lain. Hehe... Aku nak tukar tali lain. Tali ori gia lembik semacam je. Risau terputus plak... maklumlah dah tua... hehe...

hadi_8149 said...

hari ni aku baru saja beli jam us submarine, tapi murah jer. tak lah sampai beribu ribu ribu pun. cuma rm 69 tapi tauke tu bagi aku harga rm 58. murah dan berbaloi mengikut cita rasa aku.

duniajam said...

Tahniah hadi!

Tak kisah pun jam apa. Janji kita sendiri puas hati. Itu yg lebih penting.

Aku ada 2 US Submarine. Dah berbelas tahun ok lagi. Baru beberapa bulan habis bateri. Tahan betul. Sekarang ni kualiti US Submarine dah tak sama macam dulu. Lebih baik & lebih advance.

Anonymous said...

camne nk setkan pulse ek?
yg sistolik n diastolik bleh tp pulse masalah skt..

FYI ak punye ialah BP100..
komplek skt.. ak ade manual die,
tp baek berguru dari bace sndirikan..
(die punye manual kompleks gile T_T)

duniajam said...

Boleh geng la kita. Hehe... Aku punya jam pun beli takda manual. Aku download dari internet ja. Mmg kompleks dia punya fungsi. Paling kompleks & paling byk fungsi dari model BP lain. Hehe...

Mungkin disebabkan fungsi yg kompleks, BP yg baru selepasnya lebih simple & mudah guna.