Saturday, June 5, 2010

Seiko 6105-8110 - rare & collectible


Selepas mendapatkan Seiko 6309-7040 a.k.a Turtle... misi aku dalam melengkapkan koleksi vintage Seiko diver beralih kepada 6105-8110 pula. Semangat kian membara selepas melihat dua jam ini dalam koleksi Tuan Hassan Detikduabelas. Seperti Turtle, daku sangka misi tu akan berjalan lama untuk ayahnya ini.... rupanya hanya seketika juga apabila ditawarkan oleh bro SukaJam. Untuk tidak melepaskan peluang, aku dapatkannya juga walaupun budget lari sedikit waktu tu.




Seiko 6105-8110

Seiko 6105 merupakan siri kedua keluaran Seiko diver di dunia. Terdapat beberapa siri keluaran yang terdiri daripada 6105-8000 & 6105-8009 yang menggunakan movement 6105A; dan 6105-8110 & 6105-6119 yang menggunakan movement 6105B.



Ini adalah model 6105-8000. Lihat bentuk casingnya yang lebih semetri berbanding 6105-8110.
Gambar diambil dari http://www.larrybiggs.net

Perbezaan antara siri 6105-800x & 6105-811x hanya terletak pada bentuk casing sahaja. Bentuk casing 6105-800x adalah lebih simetri berbanding 6105-811x. 6105-800x adalah model yang lebih awal berbanding 6105-811x. Begitu juga movement 6105A adalah keluaran yang lebih awal berbanding 6105B. Secara logiknya A mesti lebih dahulu dari B....



Casing stainless steel dengan bentuk cushion ini sangat selesa dipandang mata & juga selesa di pergelangan tangan. Ia mempunyai diameter 44mm (tidak termasuk crown). Manakala saiz lug hanyalah 19mm. Sangat sukar untuk mendapatkan fat spring bar dengan saiz ini & pilihan talinya juga agak sukar. Untuk jam ini, ia dilengkapi dengan tali getah Z20. Dimana nombor 20 itu menunjukkan saiz lug yang sesuai untuknya. Memandangkan saiz lug 6105 hanyalah 19mm, tali ini telah dipotong sedikit untuk memberi ruang kepada lug mengepitnya. Agak sukar untuk membuka tali itu kerana potongan talinya sangat rapat dengan lug & spring bar dengan 20mm itu menambahkan lagi kesukaran untuk membukanya lagi. Waduh...



Pada aku, 6105-8110 adalah siri diver Seiko yang paling unik & paling cantik antara semua siri diver Seiko vintage. Terasa keunikannya & istimewa memakainya. Mungkin design casing tak simetrinya yang mamberikan perasaan tersebut. Kita lihat ciri-ciri unik lain pula...

Model ini cukup popular di kalangan pengumpul jam diver. Salah satu jam diver yang sangat collectible.... harganya juga semakin meningkat di pasaran dunia kerana kesukaran untuk mendapatkannya kini. Harga paling tinggi pernah dicatat USD$1000 untuk model NOS & ada juga pre-owned yang hampir mencecah USD$1k. Harga untuk pasaran kita rata-rata sudah melebihi RM1k-2k. Sementara masih ada, lebih baik sambar satu sekiranya berminat sebelum terus lupus di pasaran seperti ayahnya 6217 yang sangatlah sukar didapati di pasaran kita & kini harganya telah mencecah harga melebihi RM3000 walaupun sudah berumur hampir setengah abad.



Jam Seiko diver bukan saja terkenal di kalangan pengumpul jam malah juga terkenal di kalangan pelakon Hollywood. Ramai yang menggunakan jam Seiko diver dalam lakonan mereka. Contohnya 6105 yang telah digunakan oleh pelakon Kiefer Sutherland dalam filem A Soldier's Sweetheart (1998). Jam keluaran tahun 70an digunakan dalam filem lewat 90an. Hebat juga ya... Kemungkinan besar pelakon ini juga adalah seorang peminat jam. Tali Nato yang dipasang pada jam itu sangat kena & sesuai dengan karekternya ini dalam filem tersebut.


Satu lagi 6105 yang turut digunakan dalam filem Columbo... Make Me A Perfect Murder(1978).



Kecantikan & kualiti serta standart sesuatu jam bukan saja bergantung kepada kualiti buatan & design casingnya, malah keutamaan terletak kepada dail & jarumnya juga. Jarum saatnya mempunyai dua warna dihujungnya... atau juga dikenali sebagai jarum 'trafic light'. Pastikan jarum saatnya ada dua warna sebegini jika anda berminat nak beli. Warna merah itu WAJIB ada pada model ini. Lihat saja dail & jarumnya yang sangat berlainan & terasa standartnya berbanding model-model terbaru Seiko kini. Tidak hairanlah jika ia masih digilai ramai & masih menjadi sebutan sahingga kini.

Jam ini telah pun direfurbished sepenuhnya. Insert bezel baru, dail baru & jarum juga baru. Walaupun baru, ia masih menggunakan komponen dari 6105 juga & bukannya dari siri lain. Aku sukakan bentuk jarumnya yang tidak begitu flat. Bahagian tepi diberi sentuhan bevel yang memberikan rupa 3D apabila dipandang. Marker yang dikelilingi oleh metal itu memberikan wajah yang mahal & standart tinggi. Kombinasi dail & jarum begini telah memberikan wajah yang sempurna untuknya..... menunjukkan Seiko teliti dalam pambuatan jam yang bermutu tinggi.

Pada mulanya aku terasa nak dapatkan jam ini dalam keadaan original (bukan refurbished). Setelah melihat kecantikan jam bro Hassan, terdetik terus untuk mendapatkan jam yang siap refurbished begini. Salah satu sebab lain ialah, sparepart aftermarket jam ini jauh lebih mahal barbanding model Turtle.... Turtle juga bakal aku 'pimp' tidak lama lagi....



Water resist 150m merupakan suatu kebanggaan pada zamannya. Walaupun kini nilainya telah berlipat ganda pada siri-siri baru, 150m tidak boleh dipandang enteng kerana inilah langkah permulaan Seiko dalam dunia menyelam laut dalam. Dail aftermarket yang digunakan padanya adalah dari 6105-8009. Walaupun bukan 8110, ia tetap dalam siri yang sama.



Seperti kebiasaan siri Seiko diver, lume jam mereka sangat terang. Agak mengejutkan aku bila mana dail & jarumnya walaupun aftermarket agak terang.... walaupun tidak seterang lume Superluminova Seiko lain. Namun masa pencahayaannya tidak lama..... Tak kisahlah, janji bercahaya....



Ciri unik pada jam ini juga terletak pada crown guardnya. Casingnya sengaja dibina terkeluar sedikit supaya dapat melindungi crown sepenuhnya. Ini menyumbang kepada bentuk tidak simetri casingnya itu.



Permulaan screw-down crown Seiko bermula dari sini.... Bermula hanya dengan putaran ringkas seperti mengunci pintu, ia kemudiannya dibina sebagai skru untuk model terbaru selepasnya..... Seiko 6309. Untuk jam ini, fungsi mengunci crownnya masih boleh digunakan. Ada di antara model ini sudah tidak boleh dikunci crownnya. Sila pastikan crownnya masih boleh dikunci sekiranya anda berminat dengan model ini.

Cara mengunci cukup mudah. Satu putaran mengikut anak panahnya sudah mencukupi untuk mengunci crown dengan kemas. Jika dilihat, crown Monster (gambar kecil) hampir menyamai crown datuknya ini. Rupa-rupanya dari sinilah DNA crown Seiko diver sebegitu datang....Design crown begini juga boleh dijumpai pada Seiko Sumo & Dilot.



Casing yang tidak begitu tebal & melengkung memberikan keselesaan pada tangan. Lihat saja pun sudah nampak selesa... apatah lagi jika memakainya.... puji sungguh.... wakakaka..



Caseback yang sangat kemas & boleh dilihat juga alur brush finishing yang nampak cantik. Pemilik sebelum ini telah 'pimped' jam ini dengan begitu baik sehingga nampak seperti jam baru. Ada juga yang keseluruhan casebacknya polished finisning. Tak pasti yang mana satu kondisi asal. Rasa-rasanya polished finishing adalah kondisi asalnya. Tak kisahlah asalkan ianya cantik.

Dari nombor sirinya 602396, kita sudah boleh tahu tarikh kelahirannya. Bulan Oktober 1976 dengan siri keluaran yang ke 2396. Ini merupakan tahun terakhir siri 6105 dikeluarkan sebelum digantikan dengan siri 6309.



Caseback yang telah dibuka memperlihatkan movementnya yang masih berkeadaan baik & sangat bersih. Keadaan gasket masih nampak elok, tapi aku tak berani nak menyelamkannya dengan sengaja dalam air. Tak pasti bagaimana keadaan gasket lain pula.



Terserlah movement 6105B disitu.... Japan..... sah original lagi.... seperti yang sepatutnya.



Jam yang didatangkan dengan tali Z20 nampak serasi juga... memberikan wajah tangkas & sporty. Namun aku kurang suka tali wave begini pada jam aku. 'Lidah' pula nampak terjelir keluar.... menambahkan lagi perasaan kurang minat aku walaupun hakikatnya jam nampak cantik dengannya.



Nampak seperti jam baru & bergaya dalam banyak sudut. Masih ramai orang yang belum mengenali dengan model ini sebenarnya. Memakainya di tangan boleh menjadi pembuka bicara & buah mulut orang yang melihatnya...




Seiko Sumo vs Seiko 6105 vs Seiko 6309



Gandingan 3 generasi berbeza dalam ikatan kekeluargaan...


.
Sumo nampak betul-betul seperti ahli sumo. Besar & gemuk berbanding 6105. DNA tarikh, insert bezel, jarum saat & crown diperturunkan kepada Sumo. Seperti pernah tengok saja jarum saat Sumo tu.... rupa-rupanya dari datuknya....



Marker Sumo turut dikelilingi oleh metal di sekelilingnya sepertimana 6105. Sentuhan ini bukan saja menaikkan rupanya, malah turut meningkatkan kualiti & standartnya. Lihat persamaan yang ada pada jarum saat kedua-duanya.... cumanya jarum saat Sumo dah hilang rupa 'lampu isyarat' itu... Jarum jam & minit Sumo pula jauh lebih gemuk dari datuknya itu...



Jika Sumo hanya mempunyai DNA pada jarum saat saja.... namun tidak pada Marinemaster, ke semua jarumnya nampaknya datang dari DNA 6105. Ciri standart ini diperturunkan juga kepada jam yang cukup standart seperti Marinemaster. Binaan jarum Marinemaster nampak cukup berkualiti, tegap & hebat.



Berbeza pula dengan anaknya 6309-7040. Ciri dalaman tidak diperturunkan, hanya ciri luaran sahaja yang diperturunkan. Movement 6309 kini mempunyai hari & tarikh.... tidak seperti6105 yang hanya mempunyai tarikh. Boleh nampak perbezaan umur dua generasi ini.... Kedua-duanya mempunyai saiz casing yang sama besar. Bentuk cushion case diperturunkan kepada 6309 (Turtle) yang kini telah dipotong 'lebihan' crown guard bagi menghasilkan bentuk yang lebih simetri.



6105 menggunakan cermin cembung, manakala 6309 menggunakan cermin flat. Aku cuba dapatkan cermin cembung untuk 6309, tapi tak dapat. Nampak jam lebih cantik dengan cermin cembung. Kawan aku tukar cermin cembung untuk Turtle-nya. Hasilnya cukup cantik. Keistimewaan anak-beranak ini sangat terserlah. Ciri-ciri yang ada padanya ini diperturunkan dari generasi ke generasi agar generasi seterusnya tidak melupakan dari mana asal usul mereka....



6105 hanya mempunyai saiz lug 19mm yang bukan saja agak sukar untuk mendapatkan tali gantian, malah agak sukar juga & rasanya tidak ada lagi fat spring bar 19mm. Fat spring bar 20mm boleh digunakan, namun ianya sukar untuk dibuka setelah tali dipasang. Jenuh juga nak buka masa aku dapat jam ni. Disebabkan kesukaran membukanya, aku tukarkan kepada spring bar biasa untuknya. Disebabkan tidak banyak pilihan untuk tali bersaiz 19mm, terpaksalah beli tali 20mm & dipotong sedikit bahagian sambungan pada lug untuk menyesuaikannya.

6309 pula mempunyai saiz lug 22mm.... tidak ada masalah sangat untuk mendapatkan gantian fat spring bar & pilihan tali pula sangat pelbagai serta mudah. Aku baru order bracelet dari bro Hassan Detikduabelas untuk Turtle kesayangan aku ni.



6105 adalah lebih nipis berbanding 6309. 6105 mempunyali ketebalan lebih kurang 12mm, manakala 6309 mempunyai ketebalan 12.8mm (ukuran dari bezel ke caseback). Crown 6309 besar sedikit berbanding 6105. Namun 6309 sudah menggunakan sistem screw-down crown.



Sisi caseback dengan permukaan membulat & membesar ke atas adalah sama di antara kedua-duanya. Sebenarnya ada sebab mengapa sisinya dibuat sedemikian...


... disebabkan permukaannya melengkung begitu, ia tidak mengganggu pergerakan pergelangan tangan seperti ini. Hasilnya.... jam yang sangat selesa dipakai. Designer Seiko cukup bijak memikirkan yang terbaik yang bukan sahaja nampak cantik, malah ia berfungsi. Ciri sisi seperti ini bukan sahaja dapat dilihat pada 6309, malah Sumo & Marinemaster juga turut diberi sentuhan sisi casing yang melengkung sebegini. Bijak!



Caseback menampakkan kesamaan. Setelah melihat 6309, aku yakin yang 6105 juga sepatutnya diberi sentuhan polished finishing begitu. Walaupun begitu, 6105 telah berjaya di'pimped' dengan cukup baik oleh tuannya sebelum ini.



Kelainan yang telah dibuat.....



Seperti yang dinyatakan sebelum ini, aku sangat sukakan jam diver dengan bracelet. Tidakku sangka pembelian jam ini dari bro Sukajam turut disertakan bracelet ini dengan percuma.... Terima kasih banyak bro...

Bracelet tersebut turut disertakan dengan end-link khas untuknya, disamping end-link originalnya. Namun nampak kurang sesuai sebab pendek. Jadi aku gunakan end-link bracelet original ini & asah dengan kikir sampai jadi begini. Sakit jari jemariku.....



Walaupun masuk ke dalam lug, namun ianya terkeluar sedikit.... maklumlah, bukanlah end-link untuknya.... & jam ini memang tidak didatangkan dengan bracelet pun. Selain itu ia juga terjadi akibat penggunaan spring bar biasa. Jika guna fat spring bar, rasanya end-link itu akan fit dengan cukup elok & kemas.



Beginilah keadaan di bahagian belakangnya...



Usaha tangga kejayaan, akhirnya berjaya juga aku memasang bracelet pada jam ini.... Rupa yang sebelumnya cukup sporty telah berubah menjadi formal. Hasilnya juga menampakkan rupa yang matang & berumur..... seterusnya memberi perasaan tua kepada diri sendiri... Walaupun agak janggal pada mulanya, akhirnya dapat juga mata & hatiku menerima keadaannya sekarang. Aku sukakan rupanya yang terkini & selepas ini aku nak cuba dapatkan tali kulit tebal untuknya... nak lihat bagaimana rupanya pula...

Seminggu sebelum mendapatkan jam ini, aku berasa tidak senang duduk. Asyik teringatkannya & rasa tak sabar untuk memakainya di tangan. Auranya cukup kuat sampaikan sebelum mendapatkannya pun.... sudah wujud perasaan ingin memakainya setiap hari..... & itulah yang berlaku setelah aku mendapatkannya. 'Chemistry' yang wujud antara aku dan 6105 telah membuatkan aku memakainya setiap hari dari hari pertama menjadi keluarga aku sahinggalah hari ini. Mungkin 'inilah' yang aku cari untuk koleksi aku yang seterusnya.....

Seiko 6105 telah menjadi suatu koleksi yang istimewa. Pelbagai perasaan wujud setelah mendapatkannya. Perasaan yang tidak mampuku luahkan ini hanya mampuku sampaikan dengan menyayanginya & appreciate setiap detik bersamanya. Seiko 6105 telah menjadi sejarah & telah menjadi salah satu koleksi yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Mungkin tidak kepada orang lain, yang pentingnya kepada diri sendiri....

6 KOMEN ANDA:

Suka Jam said...

JAM NI BYK TURUNKAN DNA KPD MARINE MASTER.. MAKNANYA, JAM NI MEMPUNYAI NILAI YG MELAYAKKAN UTK SETANDING DGN MARINE MASTER.. HMMM...

duniajam said...

Betul bro. Kita boleh tengok sendiri keeksklusifan 6105 tu. Aura dia power tu.

Sempat lak ko online... Hehehe...

Suka Jam said...

semangat horology ni bro.. menyempat aje online.. hehe!!

amer|zhafran said...

insyallah satu hari nnt akan sy beli turtle ni walau mahal mana pun..heeeeee...tergoda dah nih..aduhhh

Anonymous said...

Moyang Diver seiko semestinya 6217. Warisnya 6105 utk 150m dan 6215 utk 300m (professionl series). Marine master waris 6215. sumo waris 6105.

Kalau nak kira rare, 6105 lebih bertuah memiliki berbanding marine master sebab MM masih boleh beli baru. Tahniah sebab dapat jam ni bro. simpan elok2. generasi kedua seiko diver tuuu....

duniajam said...

SJ, semangat betul ko. Tahniah... dah dapat ahli keluarga baru.

Amer, insyaallah satuhari boleh pakai. Sampai hari ni aku masih lagi pakai 6105. Jam lain tak pernah pakai sampai camni sekali. Hehehe...

ex001, tq bro. Insyaallah selagi nyawa dikandung badan, akan disimpan jam ni sampai akhir hayatku. Huhuhu... Tadi mamu puji jam ni. Wakaka...