Monday, June 21, 2010

Digital krezi..... Permulaan pengembaraan bersama jam digital - Bahagian 2

Era permulaan jam digital LCD mula berkembang sejak penciptaan oleh Gruen dengan model Teletime pada tahun 1972. Suatu penciptaan yang unik & terkini pada waktu itu terus diperkembangkan oleh pelbagai jenama termasuklah Omega, Tissot & beberapa lagi jenama Swiss. Namun mereka tidak meneruskan usaha mereka itu dengan begitu lama.


Omega Speedmaster digital.
Salah satu model yang pernah dikeluarkan mereka.
(Gambar diambil dari http://www.thewatchforum.co.uk)


Disebabkan tiada usaha berterusan dalam memperkembangkan teknologi LCD oleh mereka, model yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut hanya mempunyai fungsi asas sahaja. Tidak banyak syarikat Swiss yang masih meneruskan usaha dalam memperkembangkan teknologi LCD. Tissot merupakan salah satu syarikat Swiss yang sentiasa menampilkan teknologi yang hebat dalam model quartz mereka. Contohnya model T-Touch yang menampilkan teknologi skrin sentuhan dengan pelbagai fungsi & sensor dalam jam mereka.



Tissot Sea-Touch.
Model diver dalam siri T-Touch. Harga pasaran lebih kurang RM3.5k.
(Gambar diambil darihttp://www.watchsites.net)


Teknologi yang tiada batasan terhadap teknologi LCD telah menimbulkan minat kepada jenama Jepun seperti Seiko, Citizen & Casio serta beberapa lagi jenama lain untuk meneruskan pengeluaran jam digital. Kita boleh lihat model LCD Jepun yang menampilkan teknologi jam LCD dengan pelbagai fungsi & design.


Seiko referee.
Model yang dikeluarkan khas untuk sukan bola. Sangat sesuai untuk mereka yang meminati sukan itu.
(Gambar diambil dari Detilduabelas)


Seiko masih meneruskan usaha mereka sehingga kini, setelah memulakan langkah pertama dalam liga jam digital LCD. Pengeluaran jam digital mereka agak banyak dengan pelbagai teknologi yang ditampilkan sebelum ini. Model digital mereka kini tidak banyak dikeluarkan kini (seperti analog quartz) & ia seolah-olah telah menjadi salah satu model eksklusif serta sukar didapati. Untuk mendapatkan Seiko digital adalah suatu yang sukar & sangat istimewa jika kita memilikinya.

Dikala syarikat lain sedang berlumba dengan teknologi analog quartz & automatik, Seiko bukan saja berada disisi mereka, malah turut dalam memperkembangkan teknologi LCD seiring dengan perkembangan kemajuan dalam bidang horologi lain juga. Kita lihat lagi beberapa model Seiko LCD yang pernah belayar dalam dunia horologi & ada diantaranya telah menjadi lagenda & ikon dalam dunianya. Model-model yang ditampilkan ini kesemuanya sangat rare & mungkin kita hanya mampu melihatnya di internet saja.



Seiko Data 2000 Databank Chronograph
(Gambar diambil dari http://edition.bigcartel.com)



Seiko digital dengan kuasa solar.
(Gambar diambil dari http://www.larrybiggs.net)


Seiko Scubamaster M705.
Salah satu Seiko digital dengan fungsi yang hebat.
(Gambar diambil dari http://nakahiro.parfait.ne.jp)


Seiko Scubamaster M726.
Dikeluarkan pada tahun 1990 & merupakan jam diver komputer pertama di dunia. Sangat sukar ditemui kini & sudah tidak dikeluarkan lagi. Ia merupakan salah satu jam kebanggaan Seiko kerana menampilkan teknologi terkini & kompleks yang paling hebat pernah dikeluarkan pada era tersebut. Ia juga telah dipamerkan dalam Beselworld 2010. Harganya pada ketika pengeluarannya adalah RM3k++. (Gambar diambil dari http://nakahiro.parfait.ne.jp)

Gambar-gambar jam Seiko digital boleh dilihat melalui web di bawah:
http://seikowatches.110mb.com/


Seperti rakannya Seiko, Citizen juga tidak terlepas terkena tempias kegilaan jam digital pada ketika itu. Citizen juga turut mengeluarkan model digital sebagai suatu cara meluaskan pasaran kepada pengguna disamping jenama yang sedia ada. Mereka masih mengeluarkan siri digital mereka sehingga kini & ada diantara model-model tersebut sudah tidak dikeluarkan & sangat sukar didapati kini sepertimana Seiko. Harga-harga jam digital yang sudah berada dalam kategori vintage ada yang telah mencecah ribuan ringgit.


Citizen Promaster International Code Flag.
Merupakan siri Promaster yang rare & sukar didapati. Kepada yang berminat untuk memiliki model rare ini, sila hubungi saudara Detikduabelas sementara stok masih ada & harganya juga sangatlah berpatutan.


Citizen Aqualand MA9040-52E.
Salah satu siri Aqualand & masih dikeluarkan lagi.
(Gambar diambil dari http://www.shoponline2011.com)


Citizen i:VERT
Model terkini Citizen dengan fungsi yang juga terkini. Ia merupakan jam telefon dengan kombinasi remote control, pager, paparan mesej & menyimpan data.
(Gambar diambil dari http://www.gmtplusnine.com)



Citizen Aibato M Bluetooth
Jam dengan fungsi bluetooth yang dapat connect dengan telefon mudah alih & dapat memaparkan caller ID, email & berita terkini.
(Gambar diambil dari http://gearmoda.com)


Hebat bukan? Teknologi jam digital LCD sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan teknologi dunia. Siapa sangka jam tangan kini bukan sahaja memaparkan waktu, malah dapat juga menyediakan fungsi yang kita sendiri tidak pernah terfikir sebelum ini....



Bahagian seterusnya.... kita sama-sama mengembara di dunia digital pengeluar jam digital terbesar di dunia pula.... CASIO....


10 KOMEN ANDA:

ayisy said...

Salam. Rasanya tadi baru ternampak jam Citizen Promaster International Code Flag di sebuah kedai jam. Huhu. Kalau tak silap lah.

Anonymous said...

adoh!! lawa plak jam digi nih...

duniajam said...

Mmg best layan digital. Sekali sekala pakai rasa kelainan. Tambah2 jam digital tu rare & dah takda.... Mana nak cari bang oi.... Hehehe...

anisyazila said...

aku pun minat jam digital..senang tengok... tapikan aku ni memang tak berapa minat pakai jam..tak tau pasal apa... hehehe

duniajam said...

Jojoe, takpa. Dulu aku mmg dok pakai digital. Paling admire jam Redzuan pakai dulu... punyalah suka jam tu.... Alhaldulillah dapat gak pakai walau jam tu dah tak wujud lagi disini. Hehehe...

♥ 미스 kiera ♥ said...

sy pon ske jam!..
tp xde la yg mhl2...
hehe..
da puluh2 da jam sy ade!..
=)...
nice!

btw..jemput la ke blog sy yep!...

http://owlkieranaa.blogspot.com/

jgn tgok jep..folow skali ae...tq!.=)

duniajam said...

Tak kisah jam apa.... janji suka jam. Hehehe... Cantik blog awak.

duniajam said...

Satu lagi jam digital yg aku dok cari... Timex Ironman... 1st model yg lampu indiglo... Sampai skrg tak jumpa walaupun 2nd hand

ayisy said...

Emmm... Bulan Disember lepas ada terjumpa sebijik jam Casio Digital Touch Screen. Rasa macam nak angkat jek tapi duit tak mengizinkan. Huhu...

duniajam said...

O. Best jam tu. Harga mahal skit. Tak pasti model tu masih Japan made atau tak...