Sunday, May 23, 2010

Panerai - simple yet attractive

Luminor 1950 Chrono Rattrapante
Gambar dari http://www.europastar.com


Panerai merupakan salah satu jenama yang cukup terkenal di saantero dunia. Ia merupakan suatu jenama yang sangat digilai ramai pengumpul jam. Bukan saja digilai penggemar jam, malah bukan pengumpul jam juga menyukai jenama ini. Mungkin disebabkan kesederhanaan & rupa yang ringkas membuatkannya mudah diterima ramai golongan.

Mereka menampilkan design yang cukup ringkas namun cukup anggun... cukup anggun sehinggakan mampu memberi aura tarikan yang sangat kuat kepada sesiapa yang memandang. Disebabkan design yang ringkas & mudah, jenama ini adalah antara jenama yang paling senang & banyak sekali ditiru (replika). Banyak juga homage tercipta dengan menampilkan rupa yang lebih kurang sama dengannya.


Gambar diambil dari http://www.europastar.com


Konsep yang diketengahkan mereka ini mudah serta ringkas & strategi mereka juga mudah iaitu, nilai/harga (value). Mereka sentiasa mengekalkan nilai kecantikan klasik ini & memperbaiki setiap keluaran. Pasti akan ada ciri baru yang diketengahkan dalam setiap model baru. Paling membanggakan mereka kini telah mengeluarkan movement mereka sendiri dengan keluaran pertama caliber P.2002. Usaha ini telah dimulakan sejak tahun 2002 & caliber pertama ini hanya dikeluarkan pada tahun 2006. Bermula sejak itu, mereka tidak lagi memandang ke belakang & terus melangkah ke depan dengan penghasilan beberapa lagi movement selepas itu. Misi mereka ialah untuk mengeluarkan movement baru setiap tahun. Sudah pasti dengan penggunaan movement mereka ini, menyaksikan harga jam mereka akan melambung jauh lebih tinggi dari keluaran mereka sebelum ini.




Penampilan mereka sebagai jam tangan bersaiz besar memberikan imej gagah & tampan. Dengan saiz di antara 44mm hingga 47mm, ia bukanlah jam untuk semua orang. Koleksi mereka terdiri dari empat siri utama:
  • Historic
  • Contemporary
  • Specialities
  • Special Edition


Panerai Luminor Submersible Chrono 1000M Slytech
Gambar diambil dari http://www.rolexreferencepage.com


Penampilan mereka ini telah menarik minat nama-nama besar seperti Sylvester Stallone & Arnold Schwarzenegger untuk memilikinya. Kerana terlalu sukakan Panerai, bintang Hollywood ini (Sly) telah membelanjakan modal yang cukup besar untuk berkolaberasi dengan Panerai bagi menghasilkan edisi terhadnya sebanyak 500 unit. Model tersebut keluar dengan tag namanya pada dail iaitu Panerai Luminor Submersible Chrono 1000M Slytech.


http://watches.infoniac.com


Selain itu, mereka juga membuat usahasama dengan Ferrari dengan menggunakan trademark Ferrari sendiri. Sebab itu boleh dilihat jam Ferrari hampir serupa design & bentuknya dengan Panerai. Jika diperhalusi design mereka, kita akan nampak design Itali pada mereka. Ya... Panerai adalah jenama dari Itali. Tidak pelik jika mereka menjalinkan persahabatan dengan Ferrari. Design mereka sangat sesuai dengan jenama supercar itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai model-model keluaran mereka & juga sejarahnya, sila layari web official mereka.... OFFICINE PANERAI.



------------------------------------------




Jika penampilan Panerai pertama dahulu adalah replika, penampilan kali ini adalah model originalnya. Menampilkan...

PANERAI 112


Penampilan ringkas model 112 sangat anggun untuk ditatapi. Dicantikkan lagi dengan tali kulit hitam berkualiti tinggi sebagai pemeluk tangan menjadikannya suatu jam yang sangat selesa dipakai. Design begini tidak akan lapuk ditelan zaman & akan menjadi design yang evergreen. Itulah yang ditampilkan oleh model ini sebagai penyambung model bersejarah mereka yang terdahulu.



Kualiti yang ditampilkannya boleh memukau mereka yang menjiwainya. Dengan dail sandwich hitam matted yang dilengkapi dengan hanya 2 jarum, jam tampak sangat ringkas. Lebih ringkas dari model Pam 111. Ringkas tapi cantik...

Casing stainless steel diberikan sentuhan polished finishing secara keseluruhan. Dengan diameter casing 44mm, ia merupakan saiz yang paling kecil dalam siri keluaran Panerai. Walaupun bersaiz besar, ia tidak kelihatan begitu besar di tangan sebenarnya.



Pam 112 dilengkapi dengan cermin sapphire yang cembung. Sudah pasti ianya juga tebal. Cermin melengkung memberikan wajah yang cantik dengan biasan cahaya yang menawan. Kilauan yang dihasilkan oleh casing menunjukkan kualiti yang ingin disampaikan Panerai.



Segak, tampan, anggun.... adalah perkataan yang sesuai untuk jam ini. Nampak cukup eksklusif & mengancam. Suatu dress watch yang sangat cantik. Panerai adalah jam yang sukar didapati & tidak banyak dealer di Malaysia yang menjualnya. Ini menjadikannya sangat eksklusif untuk dimiliki kerana sukar mendapatkannya.



Crown guard ini sudah dipaternkan oleh Panerai. Design crown guard sebegini agak pelik pada mulanya namun unik & telah menjadi salah satu identiti Panerai. Walaupun crown bukan jenis skru down, ia terselamat dari perkara yang tidak diingini. Jika dilihat, finishing padanya adalah jenis brushed & buatannya sangat kemas & padu.



Jam agak tebal & design lug yang melengkung ke bawah itu membantu memberikan keselesaan kepada tangan.


Klip pada crown guard sangat kemas buatannya & klip itu sangat solid & tidak longgar. Perhatikan juga crown guard itu tidak flat, tetapi saiznya mengikut ketebalan casing jam.



Movement jenis kunci yang digunakan adalah dari ETA Unitas 6497. Movement dapat dikunci dengan mudah tanpa perlu menarik crown. Bila jam ditangan, barulah tahu akan perkara ini. Sebab itu, aku lebih suka review jam yang aku tengok sendiri sebab banyak perkara yang dapat digali... Nombor siri terpaksa dikelabukan & boleh lihat angka 2000 padanya. Setiap siri keluaran mereka walaupun bukan edisi terhad adalah terhad pengeluarannya. Yakni, memiliki salah satu model mereka adalah koleksi yang istimewa & rare.

Jika anda perasan ada logo ikan di sisi caseback... ia bermaksud water resistant (WR). Angka 300m di sebelahnya itu membawa maksud water resistant 300 meter. Siapa sangka model ini adalah WR 300m. Selain segak bergaya di mana saja, boleh juga berenang lautan biru bersamanya. Cukup meyakinkan walau di mana saja berada bersama teman istimewa ini.



Movement Unitas 6497 terbukti sangat reliable walau sudah berpuluh tahun umurnya & ia banyak digunakan oleh pelbagai jenama Swiss. Movement dihiasi dengan dekorasi 'Cotes de Geneve' yang sangat cantik. Swiss memang pakar dalam seni kecantikan horologi. Jepun tidak mampu lawan dalam hal ini sehinggakan Seiko pun turut berguru dengan Swiss untuk menghasilkan seni movement yang cantik.



Walaupun bersaiz besar, jam tampak sesuai walaupun dengan lengan kecil seperti aku dengan ukur lilit 6.25inci. Saiz tali yang lebar turut membantu memberi keselesaan di tangan. Jam nampak cukup anggun & segak digayakan dimana-mana majlis eksklusif. Memberi keyakinan kepada si pemakai berdepan dengan cabaran mendatang....



Dalam banyak sudut pandangan, ia tetap memberi gambaran akan kehebatan jam berjenama Panerai.



Luminous yang hadir bersama jam ini sangat terang dalam gelap. Cahayanya kehijauan & berterusan terang dalam jangka masa yang agak lama.

Memandangkan jenama ini paling senang ditiru, model replika nampak sangat sama dengan model original. Yang paling banyak ditiru adalah model Pam 111.



----------------------------------------




Pam 111 (replika) vs Pam 112


Sekali pandang nampak sama baik dari segi design mahupun saiznya.



Dalam banyak pandangan sekali pun agak sukar untuk dipastikan model replika dari yang original. Pendapat barangkali samada kedua-duanya original ataupun kedua-duanya replika. Sama cantik, sama padan jika dipandang dari jauh.... Jom kita close-up sikit... mungkin boleh membantu & belajar mengenalpasti model original dengan replika...



Dari segi design casing, ianya sama kerana tergolong dalam model Luminor. Namun design dail terdapat sedikit perbezaan. Kedua-duanya menggunakan dail sandwich namun lihat potongan & saiz font dail atasnya. Pam 112 lebih tirus & tebal dail atasnya. Tiada jarum saat pada Pam 112 sepertimana Pam 111 (replika) yang mempunyai subsecond di pukul 9.

Pam 112 diberi sentuhan polished finishing secara keseluruhan kecuali crown guard. Manakala Pam 111 (replika) adalah brushed finishing secara keseluruhan. Model original juga terdapat model brushed finishing, jadi tak dapatlah nak dibandingkan kualiti brushed finishing model original dengan replika ini.



Jika tak dapat dipastikan lagi model replika ataupun original, periksa saja lume padanya. Model original sangat terang cahayanya berbanding replika. Maaf, ini gambar terbaik aku dapat sebelum kamera kehabisan bateri. Lume replika langsung tak terang & cahayanya kelihatan kasar dengan tompok-tompok gelap seperti ketebalan lume dibuat tak sama rata & nipis. Dari sini kita sudah boleh kenal akan keasliannya...



Sedikit sebanyak tali kulit replika nampak sedikit kurang kualitinya. Bandingkan dengan gambar-gambar di atas. Secara zahirnya kita sudah dapat agak akan identiti Pam 111. Talinya nampak tidak asli walaupun dari kulit. Saiz lug nampak tebal sedikit dari original. Memang susah nak kenal kalau tidak diletakkan begini. Tapi ciri-ciri lain mudah kita kenal pasti.



Pam 112 vs Pam 111 (replika)
Boleh lihat crown guard original sangat kemas buatannya. Perfect. Crown juga sedikit berbeza antara kedua-duanya.



Crown guard Pam 112 (kiri) dibuat sangat padan & tepat pada casing serta mengikut saiz ketebalan casing. Model replika dibuat lurus (flat) tanpa mengikut saiz casing & tidak begitu rapat pada casing.



Boleh nampak perbezaan saiz crown guard dari sudut pandangan ini. Ini salah satu ciri yang mudah dikenalpasti. Satu cara lagi ialah dengan menarik klip crown guardnya. Model original mempunyai klip yang rigid, manakala model replika agak longgar & membuai. Skru pada lug replika juga nampak tidak kemas buatannya berbanding original.



Kedua-dua jam mempunyai cermin yang cembung. Model original jauh lebih berkilat & putih warna cerminnya. Model replika pula nampak kehijauan warnanya...



Bukan saja casing, talinya juga mempunyai marking yang hampir sama dengan tali original. Namun kualitinya sangatlah berbeza.



Walaupun replika, buckle nampak agak tegap walaupun sisi-sisinya agak tajam. Cantik juga buatannya.



Ini bahagian yang agak susah..... Secara keseluruhan, ianya sama. Ini merupakan movement Unitas replika (kiri). Mereka meniru hampir serupa 100% sama dengan Unitas Swiss.



Dari segi finishing, movement original (kanan) jauh lebih halus & cantik buatannya berbanding replika (kiri) yang nampak agak kasar & tulisan Officine Panerai yang tidak berapa kemas. Movement original mampunyai sisi yang telah dibevel dengan sentuhan polished finishing, manakala movement replika sisinya tiada bevel. Namun, apa yang cuba disampaikan di sini ialah betapa seriusnya pengeluar jam replika dalam menghasilkan jam yang serupa dengan jenama-jenama mahal.

Rasanya kini, sedikit sebanyak kita telah sama-sama belajar dalam mengenalpasti jam replika Pam. Manalah tahu ada dikalangan kita selepas ini ingin memilikinya (yang original), bolehlah tahu nak mengenalnya supaya tidak tertipu walaupun jam itu mempunyai warranty & certificate kerana kini banyak sekali jam replika yang bukan saja tiru jam, malah kotak, warranty serta certificate juga ditiru. Semuanya semata-mata ingin mengaburi mata manusia yang melihatnya.... Jika ia dijual pada harga replika, tak apalah juga.... yang merisaukan ialah jika ia dijual pada harga original... Rasanya perkara ini tak mustahil berlaku...

Untuk melihat gambar replika Pam 111 dengan lebih dekat, sila layari link di bawah untuk gambar serta review mengenainya dahulu.
Pam 111 (replika)


25 KOMEN ANDA:

Tok Janggut said...

Salam..rasanya kalau nak beli PAM yg ori kena buat loan bank rakyat ni bro...hehehe

ayisy said...

Salam. Huh! Susah betul nak bezakan jam ori dgn replika Panerai. Hampir sama. Agaknya kalau nak beli kena study dulu betul2 baru bleh beli. Takut kena tipu mmg menangis. huhu..

TIMUR said...

Kalau tak mau tertipu mudah aje... iaitu JGN BELI. hehe mesti selamat...

duniajam said...

Salam semua.

Kalau aku nak beli memang kena buat loan le. Huhuhu... Antara replika dengan ori memang sama. Sekarang ni rasanya kita dah boleh kenal serba skit kalau terjumpa yang dikatakan 'original'....

Tok Janggut said...

Aku ada terjumpa masa jalan2 dekat batu feringgi penang..memang serupa sgt2.ada mat salleh tgh tgk jam tu geleng kpala...penjual tu siap tunjuk dalam catalog lg yg jam tu sama mcm ori...

Suka Jam said...

Uih.. Tiru sebijik, teliti betul.. ntah sape la tukang ukir & pasang jam replika ni ye?

TIMEasitis said...

Kejam....

Bila DJ buat posting pasal PAM nie...terus serta merta membakar nafsu aku kembali....cinta sejati aku pada PAM tak mungkin terpadam, tapi berjaya aku redakan untuk sekian lama....Kini segalanya musnah....

Panerai memang jam yang terbaik...juga harganya....

impian aku untuk beli PAM original sebelum umur 30...

tapi DJ memang kejam...sekarang nafsu membuak buak untuk memiliki Panerai...mungkin kah replika untuk seketika....

Tapi tak tahu kat mana boleh beli jam replika yang berkualiti tapi harga berpatutan...kalau 1k ++ untuk replika baik aku simpan sikit and tambah buat beli Eco Drive..., Lum Tec pun cun gak...

Tapi Panerai nie...adussssss....DJ ada cadangan ker

duniajam said...

Aku memang kejam... Harharhar....

Kalau tak mau replika, ko beli homage. At least jam original. Setakat ni Parnis paling sama. Aku rasa jam ni guna material yg sama dgn replika. Cuma diorang letak nama diorang. Beli yg dail kosong, tak tulis apa2.

Kalau homage lain, ada macam2 aku jumpa. Samada suka atau tak je jam2 tu.

Anonymous said...

Review perbandingan yang baguih bro. Panerai memang popular. Semua disababkan oleh sejarahnya. Dan peminatnya yg terdiri dari bintang2 filem popular yg memakai panerai dlm filem2 diaorang walaupun tak dibayar. Jadi secara tak langsung membantu mempopularkan lagi jam ni.

Kalau nak beli panerai dan takmau tertipu dinasihatkan beli dari Pengedar sah atau kedai2 yang bereputasi tinggi. Kedai mcm ni tak jual replika. Kalau ada individu yg nak jual, mesti kena ada pakej yg complete. Setiap panerai mesti ada 3 kotak:
1-Kotak pertama dari recycle paper (tertulis maklumat2 penting pasal jam kt dalam seperti model jam, bar code, no siri dll).
2-Kotak kedua, kotak Hitam dari kertas tebal dengan tulisan Oficine Panerai.
3-Kotak ketiga dari kayu dengan cushion dan balutan baldu di dalamnya.
(setiap pemilik panerai akan menyimpan kotak2 ni sebagai bukti & penambah nilai jam). Boleh google utk tgk gambar2 kotak.

Dalam pakej tersebut jugak ada 3 manual, waranty card, pelindung jam (mcm kondom tu), tali getah (original rubber strap keras berbanding replika yg lembut), dan screwdriver. Biasanya resit asal dan pricetag original dgn number siri jam jugak akan disertakan sekali.

Kalau takda semua benda ni, kena bwk p AD la untuk pastikan ketulenannya.

Kalau panerai siri Base mcm 112 ni, beza dgn replika boleh dilihat kat tulisan Officine Panerai di movement. Yg replika tulisan tu ditampal, yg ori diukir (engraved). Base plate ada perlage finished. Yg replika takda. Tulisan kat tepi caseback lebih sharp serta solid. replika tak sharp dan tak dalam torehannya. Cotes de geneve pada pam asli, garisan2 halus tak sekata sebab dibuat dgn tangan. Garisan halus pada replika sekata sebab buat pakai mesin. Movement dgn rhodium plated lebih berkilau, (rhodium adalah logam plated paling mahal. Lagi mahal dari emas). pam replika hanya besi SS biasa. tak berkilat. senang nak beza part ni.
Cermin sapphire kat caseback pam asli tebal. sama tebal dgn sapphire depan. Yg replika caseback pakai cermin biasa. Nipis, yg depan saja tebal.

Bunyi detikan pada pam asli senyap. susah nak dengar. detik pam replika biasanya kuat. Sandwich dial pam asli lebih tebal dengan effect emboss. replika lebih nipis dan takda emboss.

Pada yg nak beli Pam sy nasihatkan kumpul duit beli yang ori sebab kepuasan pakai yg ori berbeza dgn yg replika. Even hommage marina militare yg highgrade (rm5k-6k) macam rxw pun tak sama kepuasannya.

Last but not least, tahniah bro DJ atas kenaikan pangkat. Makin hebat la koleksi2 dia lepas ni hehehehe.

duniajam said...

Tq bro... tersipu2 malu dibuatnya... hehehe...

Bro ex001 terang dgn lebih jelas. Maklumat tambahan yg sangat berguna untuk kita. Owner lebih arif terang apa yg perlu kita tahu. Tq bro kerana percaya bg jam untuk review...

TIMEasitis said...

ada terbaca



Firstly, with the exception of the large "Egyptian" model, all other Panerai case finishings are NOT brush. They are however polished; but not highly polished like the recent reissues. The only "brush" finishing is the locking device at the crown!

The large "Egyptian" model comes with two types of case finishing; the "burnish" steel type and the others with "Gun-metal" finishing. The locking devices for the "Egyptian" model have the same finishing of the cases; unlike the other Panerai models with "brush" finishing.


ada saper saper boleh komen ker

Anonymous said...

Ni mungkin artikel tentang Panerai Vintage model. Kalau Model2 vendom & pre vendome memang ada byk variasi finishing dan model. Biasanya yg brushed dibuat dari titanum. (yg ori saja, yg replika macam2 diorg boleh buat).

Kalau manifattura series mungkin ada yg brushed dgn 1950 case. Yg vintage dgn manifatura memang tak pasti sebab kebarangkalian utk memiliki sikit sgt. Jadi research belum start. Kalau nak angkat nanti baru start hehehe

TIMEasitis said...

Thank you Ex001

Bro DJ...nie soalan maut lak...jam PAM ori nie...sapa punya...DJ punya ker...kalau ye, sudi kah kiranya bawak kalau kita berjumpa...teringin sangat nak belek and rasa jam ori Panerai...tgk kat kedai tak puas pegang....kot kalau kena sewa dari DJ pun takper la...sewa 15 minit pun cukup la...muahahaha.....kempunan betul ni DJ....

duniajam said...

Soalan maut ni aku boleh jawab. Jangan bimbang.... bukan lah aku punya... mana aku mampu.... lagi.... PAM ni bro ex001 punya. Bro ex001 boleh cerita A-Z pasal PAM. Pakar tu bro... Hehehe...

TIMEasitis said...

terkedu...tapi tak gak....Bro Ex001 dari jawapan yang diberikan memang nampak mahir

Dan alamak, jeles nie...dia punya ker...heheh....Bro Ex001...kalau sudi, bagi la saya tgk jam nie...nak sangat membelek....nak rasa nikmat nyer PAM ori....mesti terbaik....

Saya dah 8 tahun tergila kan PAM, Sampai screen saver kat PC pun pakai Panerai (oh ye, kalau ada saper saper mencari screen saver jenama jam, boleh donwload free disini http://zhenendeavor.blogspot.com/search/label/FREE )ada sekali beli replika...tapi ye la, tak ori memang takder kepuasan...

Idaman saya Panerai Luminor Power Reserve Titanium PAM 00171, Luminor Chrono PAM 00251, yang ni jatuh hati bila tgk Jason Statham pakai dalam Transporter (dia pakai color hitam PAM 00250)Panerai Special Edition 2009 18ct Pink Gold 47mm PAM 00319, dan Luminor 1950 8 Days GMT PAM 00289...

Akhir kata, saya memabg berazam, kalau tak dapat yang atas nie pun, sebelum umur 30 saya nak beli at least Luminor Base PAM 00000...atau pun PAM 00112...hari tue dah tgk kat Starhill...maybe setahun dua nie insyaallah saya akan berusaha....heheheh

alamak turn saya pulak komen terpanjang lebar kat sini

Anonymous said...

Nazri mai perlis, belek la puas2. Tak mahir sgt pasal lain2 model. research hanya utk model yg berminat saja. utk model2 vintage yg memang tau takkan dpt, baca gitu2 ja. lagipun harganya menakutkan.

Sebenarnya dua dua pam atas tu saya punya. Yg replika tu beli dari kwn. Dia ckp pakai replika cukup sebab sebijik mcm ori. Bila pakai rasa tak puas walaupun replika tu memang cantik. Terus terkena racun. Tak boleh duduk. Kena cari yg ori jugak. Terfikir nak beli swiss homage tapi tgk harga yg terlampau tinggi, terus pikir, alang2 angkat yg real walaupun yg base model yg paling murah. Sebab tu sekarang tak mau beli replika jam mahal2 lain sebab beracun.

Pam idaman sy, manifatura series 233 8 days. Sebab kalau rolex = submariner, Panerai = hand wound. tapi kalau dapat 312 auto pun ok sgt dah.

jason statham memang peminat pam. tansporter, crank, italian job semua ada pam.

TIMEasitis said...

Insyaallah satu hari sampai perlis...memang ada plan ke sana pun dalam tahun nie...urusan kerja

Itu la masalah pakai replika, boleh jadi racun...heheheh

Walau base model, tetap model terbaik...yang replika tue nampak kemas, berapa beli? mahal ker? yang ori malas la nak tanya kan...pasal dah pergi kedai dgn shidi hari tue...heheheh....insyaallah kalau ada rezeki, memang saya tekad sebelum umur 30 nak beli...now pun dah umur 28...alamak pecah rahsia

ada terbaca pasal jason statham, dia kata dia memang minat jam panerai nie...tapi dia tak tahu pun model apa dia pakai....lagipun dalam transporter ada penambahan, dia buat jam panerai nie ada alarm...rasanya panerai takder yang ada alarm kan....unless saya tak tahu...tapi memang nampak cool habis dia pakai jam nie...huhuhuhuh, and saya pun sebenrnya minat lakonan dia...suka accent dia cakap...mcm cool jer...

satu lagi, sebenarnya minat juga model slytech...tu la best jadi org kaya...minat jam, terus keluar duit invest buat line up sendiri...tapi Panerai pun kena berterima kasih pada Stallone kan...dia la bagi org nampak betapa anggunnya jam nie

aku terfikir, dulu sejarah Panerai dia buat jam untuk itallian navy, banyak gak company lain yg supply jam utk askar , yg aku fikir, askar askar nie dapat jam free ker...wah bestnyer....Macam rolex aku memang ada baca dia pernah bagi free...ada pun aku masuk dalam blog aku....best juga jadi askar ekk...agak agak askar malaysia dapat jam apa la yer ? hehehehheheh

Anonymous said...

Replika tu kawan beli di JB. rm200 kalau tak silap. Dah jual pun dgn harga sama. Base model memang yg paling laris sebab entry level PAM. samada Luminor 000, 002, (painted dial) 111, 112, 176 (sandwich dial) atau Radiomir 210. Kalau nak melabur otai2 Paneristi akan cadangkan model2 ni sebab harga maintain.

Jason statham pakai PAM 74 dlm transpoeter 1. Memang ada function alarm. Macam alarm seiko bellmatic, Vulcain cricket dll. Transporter 1 paling best antara 3 tu. Sly stallone memang dia minat Panerai pun sebab dia ada darah italy.

Rasanya askar memang dpt free. Salah satu sebab Seiko diver 6309 popular ialah sebab jam ni disupply utk GI joe masa perang vietnam. Pernah jumpa sorang askar malaysia yg pakai Traser H3. Katanya dia dpt jam tu masa operasi kat Australia.

TIMEasitis said...

Thank you Bro Ex001...bertambah ilmu aku...

Sayang dah jual , kalau tak mahu aku menyanggup nak beli...tgk detailing dia bagus....huhuhuh

best gak dapat jadi askar yer...dapat traser tue pun cukup menarik...dia punya ilumination sangat menarik....

aku pulak lately nie, sibuk nak cari jam yang ada ilumination best...cam ball, lum tec, traser....hopefully ada rezeki soon...heheheh

apa pun salute bro Ex001...banyak ilmu...and salute bro DJ

duniajam said...

Tanpa bro ex001, blog aku ni hanya ada jam biasa je. Jam high end takde le. Takat boleh buat preview je la. Tq bro...

Anonymous said...

Takda la high mana pun bro. semua entry level ja. yg super/ultra luxury mana ada

duniajam said...

Yg mana ada tu best sgt dah. Nak beli tak mampu. Dpt tengok bro punya pun dah seronok gila dah. Hehehe...

comel said...

Salam
aku ni salah seorang peminat jam

buat masa sekarang aku ada koleksi
Panerai GMT 10 days
Panerai GMT
Pamerai Marina

semuanya replica

PP (x tau ori ke dak sebab hadiah since jom tu da rosak)

U-boat da jahanam

insyaallah aku akan cari
Panerai Submersible Bronze casing
U-boat U-42

Aku akan update kan koleksi jam aku dalam blog aku kalau da angakt 2 jam yang aku mention tadi

http://anuar-comel.blogspot.com

Unknown said...

Hello bro bole bagi cadangan ..sya ada terjumpa jam dekat area parking jenama jam itu porsche made in swiss tapi x tau original atau replika.. Pasal jam nie saya x reti sngt. ..Ada kah jam porsche nie benilai just btanyak sjk?? ?

duniajam said...

Bax Kwang Soo

Porsche Design adalah jam Swiss. Memang mahal harganya. Namun ada replika/tiruan juga sepertimana kebanyakan jam Swiss lain. Saya cadangkan bawa jam tu ke mana2 dealership Swiss atau mana2 technician jam berpengalaman untuk pengesahan.

Terima kasih