Wednesday, March 24, 2010

Survey untuk perjumpaan

Untuk perjumpaan yang bakal diadakan nanti, aku nak buat survey & minta pendapat kawan-kawan semua. Aku cadangkan perjumpaan dibuat sekitar Kuala Lumpur. Kiranya di tengah-tengah Malaysia lah.


Cadangan: Hari

1. Musim cuti sekolah.
  • Pro: Mungkin ada dikalangan kita yang bekerja sebagai guru tinggal jauh boleh datang & bercuti panjang skit.
  • Cons: Bila musim cuti sekolah ni, memang sibuk la semua jalan orang nak pi bercuti. Berdasarkan pengalaman aku baru-baru ni. Boleh terima ka alasan ni.... ekekeke...

2. Hari-hari biasa.
  • Pro: Mungkin tak sibuk macam hari lain.
  • Cons: Mungkin ramai yang tak boleh join sebab tak dapat cuti atau terpaksa batalkan cuti di saat-saat akhir. Mungkin juga tak boleh tinggalkan kerja, meeting & sebagainya. Perlu mohon cuti yang agak panjang bagi yang tinggal jauh macam aku ni.

3. Hujung minggu.
  • Pro: Tak perlu mohon cuti sebab buat hujung minggu....ramai yang cuti. Kalau nak mohon cuti tambah pun taklah lama sangat. Taklah risau sangat & fikir hal kerja sangat.
  • Cons: Mungkin ada yang dah plan nak bawa family berjalan-jalan, shopping, mandi laut, camping, hiking, drift & sebagainya.

-----


Cadangan: Waktu

1. Siang (pagi/petang/malam).
  • Pro: Masa panjang. Boleh lepak lama. Nak ambil gambar pun cantik.
  • Cons: Mungkin siangnya ada hal famili atau hal-hal lain.

2. Malam
  • Pro: Boleh join bila kerja disiangnya selesai.
  • Cons: Ambil gambar tak cantik & tak clear walau terang mana pun lampu. Bila pakai flash, berkilauan di angkasa hendaknya. Bila malam menjelma... masa untuk lepak juga terhad. Kalau dah lewat sangat, mulalah bantal panggil & bini pun panggil.... mungkin ada yang kena tarik telinga... muahaha...

-----


Cadangan: Tempat

1. Kedai makan/mamak
  • Pro: Senang nak pergi. Rasa lapar, order saja. Percuma plak tempat tu. Tapi kena reserve beberapa meja untuk kita.
  • Cons: Orang ramai. Tempat sangat terbuka. Orang lalu-lalang, pengunjung boleh nampak kemeriahan kita. Jam-jam atas meja terdedah kepada orang-orang yang tak sepatutnya. Mungkin tak selesa bila ramai mata tertumpu kat kita.
  • Kalau nak buat juga, cari kedai yang ada bilik. Kita sewa bilik untuk kita saja. Duit kutip sorang sikit untuk bayar sewa. Makan pun senang & ada privacy.

2. Hotel
  • Pro: Privacy sebab bukan tempat awam.
  • Cons: Nak reserve tempat kena bayar.... mahal. Kena kutip duit ramai-ramai & perlu persediaan yang betul-betul & awal. Hanya orang yang bayar saja boleh join. Nak makan pun mahal. Kena ada yang sanggup buat kerja sebab aku tak mampu nak buat.

3. Rumah
  • Pro: Sangat privacy sebab hanya kita saja di rumah tu. Takda sapa yang kacau. Tak bimbang jam terhilang. Kalau hilang aku buat spotcheck sorang-sorang. Hahaha...
  • Cons: Ruang mungkin terhad kalau ramai sangat. Mungkin panas sebab takda air-cond. Mungkin takda siapa yang sanggup carikan rumah atau sediakan tempat.
  • Kalau ada kawan-kawan yang duduk KL sanggup buat di rumahnya boleh juga. Kalau nak buat di mana-mana homestay pun boleh. Taklah mahal sangat nak sewa. Boleh kutip duit sorang sikit untuk sewa rumah pada hari yang sama bagi siapa yang join. Bab makan takpa, kita kutip duit ramai-ramai & beli ataupun keluar pi kedai makan. Kalau takda, aku boleh cuba provide rumah. Tapi hanya di Putrajaya. Bayaran aku tanggung. Hehehe... Lain tempat aku tak mampulah. Cumanya mungkin ada yang cari rumah tu tak jumpa sebab keliru jalan di Putrajaya. Aku pun banyak kali tak jumpa walau dah berkali-kali ke situ. Kena pakai GPS baru jumpa.

Ini hanya pendapat aku. Nak minta pendapat semua dulu. Seelok-eloknya janganlah bawa anak pinak. Nanti tak jadi kerja. Faham-faham je lah. Bila dah capai persetujuan & ada keputusan, barulah aku nak cari masa yang sesuai untuk buat. Bukanlah dalam masa terdekat ni. Mungkin dalam 3,4 bulan lagi kalau aku tak sibuk ataupun mungkin hujung tahun ni. Maklumlah bila jumpa ramai-ramai, mesti ada jam yang berkenan di hati. Sempatlah nak kumpul duit banyak sikit. Harharhar...


32 KOMEN ANDA:

jam otai said...

salam bro DJ..
good idea tu...sy sokong 100%
bab mcmana nk jumpa,bila dan di mana, kita buka utk perbincangan.Secara peribadi sy lebih suka buat ujung minggu.mungkin ahad..isnin ambik cuti rehat laaa.hehe.Tempat, kalau dpt rumah sewa/homestay bro2 jam area kl
( boleh sponsor tu) kira ok la..bab makan no hal sbb kita bukan nak p kenduri makan..,tapi nak p kenduri jam...hehe..makan jam la kita hari tu...hehe..balik rumah tengok bini pun macam muka jam..hahahaha

duniajam said...

Salam baro jam otai,

Dok nampak hujung minggu & rumah juga. Apa-apa pun kita buka untuk perbincangan. Bila dah dapat keputusan, nak survey sapa yang nak join plak. Bab makan, mungkin akan kenyang kot tengok jam. Hahaha....

dabudabi said...

bleh no hal cakap ja bila..tapi bgtau awai senang nak ambik cuti..tapi sebelum tu kena la pakat gotong royong,xkan sorang nak handle semua..bahagi tugas masing2 senang...bkan apa nak bg betul2 best...

duniajam said...

Betui tu. Kita bincang dulu. Dah dapat kata sepakat, bincang cara nak jalankan pulak

timur said...

Kita buat kat restoran KFC je, cari restoran KFC yang mmpunyai 2 aras ruang makan... booking 3 meja tingkat atas, letak ayam sebucket kat tengah...amacam?

xafee said...

klu org asing nak join leh x..?x bli pn cma nak tgk2 n cari info je.. :P

TIMEasitis said...

Saya rasa la..

masa : Terbaik weekend

tempat : Rumah...samaada homestay atau kalau sesaper sudi nak bagi rumah dia jadi port, memang terbaik..oh ya pastinya di KL..senang nak berkumpul

makan : kalau nak jimat...cam nie la...kita buat pot luck jer...semua org bawak makanan sendiri selain bawa jam...rasa sikit kita nie mcm brotherhood....

kos : kos kos tempat dan lain lain...kita share ramai ramai...rasanya ramai percaya DJ ...so dia kena collect duit and takder pertikaian...tapi kos transport masing masing tanggung sendiri la...

kedatangan : benda nie kalau jadi melibatkan display barangan yang mungkin mencecah ratusan ribu ringgit (silap silap boleh jadi jutaan)termasuk ada yang tak ternilai dgn duit contoh mcm jam lama yg sangat penting pada owner...so kena ada sikit security, so pastikan kedatangan by invitation only...kalau nak bawa pasangan atau anak kecik pun kena record...bukan apa , kadang anak anak kecik bukan faham, nampak jam banyak banyak...dia syok main terjah jatuh pecah ..mak bapak yang nangis...so kena ada kawalan bab bab nie...dan hopefully takder kehilangan...so kena jaga ketat sikit la..baik beringat sebelum terkena...kita semua ada minat yg sama tapi belum kenal hati budi masing masing...mcm aku, kalau aku nampak jam boy london DJ memang aku
nak rembat jer...hahahahha

TIMEasitis said...

pot luck tue ada la sentimen sharing...kan kan kan...pastue masing masing boleh tunjuk kemahiran memasak atau membeli makanan yg best...kalau org utara mungkin boleh tunjuk makanan dari utara..best apa

TIMEasitis said...

satu lagi...kena pikir nak display jam mcm mana...atas meja ? bawah meja ? atas lantai ? or ikut giliran...heheheh...buat gathering peminat jam tak bawak jam tak best la...

satu lagi...aku rasa jgn buat kat rumah org la..nanti ramai ramai ada pasu pecah lak...kesian tuan umah...and then, kalau ramai rioh rendah malu tuan umah...paling kesian bini tuan umah kena kemas lepas kita balik...dah tuan rumah kena pujuk bini dengan membeli satu jam khas bagi bini tuan rumah....adusss

duniajam said...

KFC pun ok. Kita minta reserve tempat besar skit. Bayar pun takpa. Kita share la ramai2. Tertutup & ada aircond.

xafee, sapa pun boleh join. Nanti aku akan minta nama sapa yang nak join. Boleh la estimate berapa ramai & tempat yg sesuai.

Zhentan, cadangan yang bagus. KIta tengok apa kata kawan2 lain & sapa yang nak join. Boleh pilih tempat yang sesuai. Kalau ramai sangat rumah kat Putrajaya tak sesuai kot pasal tempat taklah besar mana. Setakat nak berguling, lompat tu boleh la lagi.... errr... Aku kena pakai lah jam Boy London kalau camtu. Hahaha...

duniajam said...

Cadangan, display jam atas meja. Semua orang letak jam atas meja. Boleh kita tawaf semua jam2 atas meja. Sebab tu kena pilih tempat tertutup. Selama aku dok buat kat Perlis di kedai makan, mesti ada orang luar yang datang tengok, pegang, tanya, buat2 lalu nak tengok. Tak selesa langsun.

Syarat tambahan.... semua orang mesti bawa jam. Tak kisahlah jam apa pun, janji jam. Mesti kawan-kawan ada jam yang nak jual. Bolehlah belek sampai puas kalau berkenan.

Majlis tak perlu formal. Santai je. Kalau berjaya, kita boleh buat lagi lain kali.

Jam Kampung (019-441 3123) said...

ok tuuu...aku sokong 100% & pulun sampai jadi..kalu jadi aku bawa perut ja la..nak bawa koleksi jam segan lak...(tak dak punn...) pasal bila & dimana aku tak kisah, tapi kena cfirm awai takut org booking foto kawin...asal jadiiii...

TIMEasitis said...

zhentan tue aku la...nazri...hehehe
anyway...aku rasa KFC tak sesuai pasal ..takkan nak lepak sampai 5 jam kat KFC...sure masalah nanti...and takkan sejam kita semua nak balik dah...mana puas..kot Sarja Hassan bawak semua jam dia..DJ kata 3 jam pun tak habis tengok lagi...

p/s Semua mesti kena bawa jam...kalau takder jam tangan kena bawa jam dinding

p/s walau kau pakai jam boy london, aku akan cari cara nak curi gak..pasal aku tak tahu nak cari mana jam boy london tue...dulu kecik aku rasa nak sangat jam kau tue...

arif123lol said...

best weh... nak join... tarikhny ble...

duniajam said...

Jam kampung, insyaallah jadi. Kita buat perancangan awal. Senang nak urus cuti, tempat & lain2. Hang kena bawa jam gak. Tak cukup korum nanti. Hahaha...

Zhentan aka Nazri. Aku pun rasa KFC tak sesuai. Confirm kena halau kalau lama sgt. Ekeke...

ps: Aku tak bawa lah Boy London tu. Bahaya... Wakakaka...

duniajam said...

arif yaakob, tak pasti lagi bila. Aku nak survey dulu. Dah dpt keputusan yang perlu, baru nak fikir tarikh pula. Barulah semua orang boleh bersemuka. Selama ni 'jumpa' di blog aja. Hehehe...

TIMEasitis said...

kalau kau tak bawak...time gathering aku tak join...aku pergi perlis...pecah masuk umah hang...ok ?

AKu minta kebenaran dulu nie...

Perompak bersopan la katakan...

duniajam said...

Aku kena beli insuran kat jam tu. Bahaya kalau hilang. Wakaka... Tak ternilai harganya.

Jam Kampung (019-441 3123) said...

Dj... Alamakk kena bawak jam gak ka...hah...aku bawak jam locebg ja la...cukup masa, loceng bunyi....time balik la tuu..ok gak... asal jadiii.....

duniajam said...

Kena. Wajib. Kita nak share. Tak kisah jam apa pun. Grandfather clock pun jalan.... kalau boleh bawak la. Hahaha...

arif123lol said...

wokeh2... janji dpt jamu mate... hehe.. jam...jam...

TIMEasitis said...

tak pa aku pasti datang, dgn jam pasar malam...bukan mcm korang kaya raya , jam semua gempak habis....hehhe

Jam Kampung (019-441 3123) said...

salam dj.. aku check scdule 6/6/10 foto kawin kat ayer itam kdh,12/6/10 kat penaga & 13/3/10 kat kangar..perlis.ni dah cifrm bulan feb lepas....asal jadiiii....aku nak pi jugakkk..

duniajam said...

Salam bro, ok sangat. Tarikh nak buat nanti kita tentukan bila. Tapi bukan dalam masa terdekat ni. Kena buat persediaan awal dulu. Biar lmbat takpa, masa byk untuk kwn2 prepare nak join

JACK' TREASURE CHEST said...

rumah apartment aku di Bukit Sri Jalil kosong sejak aku beli, takde perabut, xde kipas, xde meja hehehe
lampu n kipas boleh suruh org pasang kalau korang nak guna rumah tu tapi lepak atas lantai kihkihkih makanan bawak sendiri kwangkwangkwang

duniajam said...

Ok juga. Boleh sewa satu hari dengan Tuan Syed. Hehehe... Kalau takda sangat, sy boleh sediakan satu rumah. Tapi di Putrajaya lah. Lain tempat tak mampu lah. Ehehehe...

JACK' TREASURE CHEST said...

Tak payah sewa, dah memang kosong sejak siap bulan Januari 2010. cuma tempat tu kalau tak biasa sesat dan parking terhad. Kalau Putrajaya lagi senang kot...

duniajam said...

Kalau kat putrajaya, parking takda masalah. Kalau hujung minggu, ramai yang keluar. Parking banyak kosong. Cuma nak tengok ramai mana yg nak join. Kalau tak ramai sangat, kat putrajaya pun ok.

Anonymous said...

salam..

actually bila nak buat...ke dah buat...nak gak join

0123566545-nizar

duniajam said...

Nizar, insyaallah dalam bulan 12 nanti. Pengumuman akan dibuat sebula sebelum perjumpaan

Anonymous said...

salam..

duniajam...hang dok mana...kalau dekat2 putrajaya/kajang bole kita ngeteh area situ..pepehal contact aku la

0123566545-nizar

duniajam said...

Aku dok dekat je. Perlis nu. Haha... Selalu aku jumpa bro Timur (Hassan) bila aku pergi sana.