Wednesday, March 3, 2010

'Nilai' seutas jam

Jam... suatu yang istimewa kepada kita yang sangat meminatinya. Walaupun minat yang sama... cara kita pilih jam, tengok jam, jenis model, jenama serta citarasa adalah berbeza. Ada yang minat jam lama, ada yang minat yang baru saja & ada yang minat kedua-duanya.

Cara tengok juga tak sama... ada yang tengok asal cantik terus beli, ada yang tengok terlalu detail sampai nak juling biji mata, ada yang suka tengok enjin, ada yang suka tengok itu, ini sampai tak tau apa yang di tengoknya. Setiap mm jam itu memberi makna tersirat kepada pemiliknya & penilainya.

Jenis model pula... ada yang minat diver, military, dress, tourbillon, chronograph, replika ataupun jam pasar malam. Minat kita macam-macam atas nama jam. Ada yang layan jam fesyen/butik, ada yang hanya layan jam Jepun, ada yang layan jam Swiss sampai tak pandang jenama lain & ada juga yang layan semuanya... tak kisahlah apa pun jenamanya, semuanya dilayannya.

Ada pula yang layan jam mahal sampai memandang rendah dengan orang lain yang hanya layan jam 'biasa'. Ada pula yang minat kumpul banyak-banyak tak kira jenama semua dibelinya, ada yang hanya mempunyai beberapa jam, ada yang suka beli jam tiap-tiap bulan & ada juga yang tak suka beli jam walau dia minat jam.... ada ke? Main hentam ja....

Tujuannya juga tak sama... Ada yang beli jam kerana minat yang mendalam, ada yang beli jam sebab suka-suka saja, ada yang beli jam sebab nak menunjuk-nunjuk, ada juga yang beli jam mahal sebab mampu beli... tapi dia tak minat jam pun & tak tahu sangat pasal jam.

Bila dah ramai kawan yang minat sama, kita boleh kenal akan kesukaan & arahnya. Ilmu pun bertukar-tukar. Banyak ilmu dicurahkan oleh otai-otai jam yang dalah lama berkecimpung dalam dunia horologi. Pandangan terhadap sesuatu jam juga berbeza. Ada yang beli jam & simpan. Tak pakai pun, hanya menjadi jamuan mata. Jam sentiasa cantik tanpa cacat cela. Ada yang beli jam & jual balik bila dah bosan dengannya. Ada yang beli jam untuk buat jualan membantu rakan-rakan yang sedang mencari & ada juga yang minat jam tapi minat tengok saja, tak minat nak beli. Pelik-pelik minat kita kan? Tapi itulah yang mencorak kepelbagaian sesama kita.

Nak beli jam biarlah ukur baju di badan sendiri. Tak perlu kita terikut-ikut dengan kawan-kawan yang boleh beli jam yang mahal-mahal. Bukanlah tak boleh beli, ikut suka kitalah... cuma biarlah pembelian kita itu tidak sampai bergolok bergadai atau buat loan semata-mata nak memenuhi kehendak nafsu kita terhadap jam. Nasihat aku, belilah jam yang anda betul-betul minat saja. Barulah anda akan rasa pembelian jam itu berbaloi walau berapa harganya sekali pun. Murah ka, mahal ka... lama ka, baru ka.... pon... pon....

Koleksi yang aku ada cumalah jam biasa. Mungkin sesetangah orang tak minat nak tengok pun. Jam pun taklah dalam kategori gempak. Tapi aku suka letak 'jiwa' dalam jam-jam aku. Minat aku sekarang lebih cenderung kepada jam diver & military. Dress ketiga. Jenama aku tak kisah. Cuma harga yang aku kisah skit.... sebab aku bukanlah berkemampuan untuk membeli yang mahal-mahal sangat. Niat tu ada, tapi kena ambil masa kumpul pitis. Tak kisahlah berapa lama kena bersabar asalkan dapat jam yang betul-betul aku minat. Dulu aku main beli ja, lepas tu aku bosan & jual. Semua tu semata-mata nak memenuhi tuntutan beli jam setiap bulan. Ada juga beberapa jam yang aku tak pakai pun & ada yang cuma pakai sekali saja. Jual sebab rasa macam ada benda tak kena. Entahlah perasaan tu wujud bila setiap kali pakai jam tu. Jam yang mempunyai 'jiwa' aku rasa sayang dengan nostalgia, cerita yang dibawanya sebab memberi aku banyak maksud tersirat yang orang lain tak tahu....


Boy London.... Semua dah tau jam ni adalah jam paling bernostalgia pada aku. Tidakku sangka ia masih berfungsi setelah hampir 20 tahun bersemadi. Tak sangka aku masih menyimpannya dengan baik. Banyak kenangan dengan jam yang wujud dalam fenomena Boy London pada zaman tu.


Casio Databank 50... satu lagi jam nostalgia aku. Pernah aku pakai dulu masa tahun 1994 (model hitam dalam beg tu). Aku beli kembali model stainless steel NOS kerana rindu akan kenangan bersamanya dulu.


Times Ironman Shock Resist... salah satu jam yang aku pernah pakai masa tahun 1996. Kena kebas pada tahun 1999. Aku beli semula jam NOS ini sebagai kenangan.


Timex Chronograph Indiglo... Jam chronograph pertama aku miliki ini adalah barang hantaran isteri tercinta. Masa ni aku masih lagi belum sampai tahap nak kumpul jam. Minat memang dah lama, tapi ilmu sangat kurang pasal jam & belum terasa nak kumpul & memburu jam. Hanya sekadar minat. Sebab masa ni, minat aku terhadap moto masih tebal. Masih teringat kisah-kisah moto yang pernah aku gunakan dulu. Bro Narong dah wujud dalam ingatan aku.... rugi bro hang tak join kami layan trek... Wakakaka...


Orkina, oh Orkinaku... Jam automatik pertama aku beli masa mula dapat kerja. Jam buatan China ini mempunyai kualiti buatan yang sangat memikat. Mempunyai fungsi hack & wind. Harganya memang murah. Tapi kisahnya terselit manis dalam hati. Sebenarnya aku terpaut hati dengannya dengan jam skeleton abang ipar aku yang nampak mahal. Aku pujuk dia bawa ke kedai malam tu juga... sekarang jam ini telah hampir 3 tahun & abang aku punya dah ranap.


Q&Q Leaf-Fit automatik.... Q&Q automatik!? Semua orang cuma ingat termasuklah aku, Q&Q hanya keluarkan jam quartz. Rata-rata kedai jual quartz. Takku sangka ada juga automatik. Sampaikan seller kedai jam pun tak tahu adanya model automatik. Unik & istimewa. Untuk dijual? Ermmm... gua fikir dulu....


Oris automatik.... ini adalah jam vintage pertama aku beli. Belian pertama vintage dari saudara Ijan Jamlama ini telah membuka mata aku kepada jam-jam vintage. Belum pernah terfikir nak mengenali mahupun membeli jam vintage sebelum ini. Banyak lagi jam vintage aku beli lepas tu. Namun hatiku lebih terpaut pada jam baru sebenarnya. Hanya beberapa jam vintage aku masih simpan dalam koleksi. Kebanyakannya telah aku jual. Koleksi aku yang dulunya lebih 60 ketul telah berkurang separuh daripadanya & akan semakin berkurang lagi rasanya...


Helbros Day-date automatik.... jam vintage buatan Germany pertama aku miliki. Sangat rare & sangat cantik di mata aku. Ramai yang minta nak beli.... tapi rasanya aku simpan sajalah jam ni. Aku sukakan dailnya yang cembung serta cermin akrilik yang cembung itu. Biasan cahaya pada dail membuatkannya bersinar dengan wajah yang cukup menyenangkan.


Citizen Eco-drive Perpetual Calender... jam pertama yang lebih RM1k. Masa mula beli rasa dah cukup mahal harganya & merupakan jam paling mahal aku pernah ada. Jam paling selesa dalam koleksi aku ini sangat bergaya bila dikenakan dengan baju kemeja. Aku sukakan teknologi padanya itu serta features yang ada padanya. Sebelum beli, aku buat perbandingan dengan Seiko Premier Kinetic Perpetual Calender.... Nampaknya Citizen ini adalah pemenangnya...


Seiko Orange Monster... ikon oren diver Seiko. Ini adalah jam diver pertama aku miliki & merupakan jam diver paling selesa antara semua diver aku. Design, konsep, warna dail serta 'status' jam ini buat aku sangat tertarik & teruja untuk memilikinya.


Orient calender automatik... hadiah dari yang tersayang sempena hari jadi aku. Pergi kursus dapat hadiah jam ni & merupakan bibit-bibit pertama perkenalan aku dengan seller favorite aku di Penang. Pembelian yang pertama dari kedainya ini telah membawa kepada banyak lagi pembelian darinya.


Jeep Chronograph... aku minat betul dengan Bell&Ross... & jam ini telah mengingatkan aku kepada janama mahal itu. Masa tu terasa nak beli replika aja. Tapi jam ini tengah menarik minat aku. Tengok dah jatuh hati.... sampai di tangan, terus terpikat... pakai kat tangan terasa tak mahu buka... terus beli. Jam ini mempunyai rupa seperti Bell&Ross. Tapi bukanlah disebabkan bentuk segiempat tu saja yang menyebabkan aku beli. Banyak features padanya itu yang membuatkan hati ini terpaut. Jam didatangkan dengan manual & kotak kayu yang cukup standart serta pen special. Casing diperbuat dari titanum, dengan bracelet jam nampak sangat gagah & grunch, chronograph & yang paling aku suka ialah ia menggunakan teknologi microtec H3 iaitu trigalight (tube gas) yang mempunyai keupayaan bercahaya secara sendiri tanpa perlu cas dengan cahaya seperti lume jam lain. Teknologi ini turut digunakan oleh Traser, Luminox, Marathon & Ball. Setakat ini hanya dari kedai yang aku beli jam ini saja yang menjual jenama ini. Malah di internet, aku tak jumpa lagi model ini. Terasa keistimewaannya bila memakainya... tak kisahlah walau syok sendiri. Kita saja yang nak rasa puas. Bukan nak bagi orang lain yang puas.... ekekeke...


Levi's Cooper.... jam segiempat dalam siri Core Collection. Bukan saja tertarik pada bentuknya itu tapi kualiti buatannya juga. Casing segiempat yang besar ini dibuat dengan cukup unik. Nampak ciri-ciri jeans Levi's pada casingnya itu. Mempunyai penunjuk 2 masa & tak sangka ia sangat selesa di tangan jika dibandingkan dengan saiz serta bentuknya itu. Buatan tali kulitnya itu tebal & berkualiti tinggi. Menurut seller, ia adalah siri yang rare dalam koleksi Levi's. Nak beli G-Shock sebenarnya waktu tu, tapi ini yang aku bawa keluar dari kedai.


Junkers chronograph.... model chronograph winding pertama aku & merupakan jam pilot pertama aku miliki. Pertama kali melihatnya di Red Army Watches, jam ini terus menarik minat aku. Aura yang dikeluarkannya itu dapat aku rasakan masa mula-mula melihatnya. Pusing satu kedai, inilah yang terbaik untuk aku. Dari aku tak dapat tidur malam, terus aku membelinya.... sebenarnya ini hadiah hari jadi juga... ekekeke... Aku suka wind jam ni & hampir setiap hari aku wind. Bunyi "krekkk... krekk..." yang terhasil bila wind buat aku suka mendengarnya.


Epos....model diver Swiss pertama aku miliki. Review mengenai Rolex Submariner telah meracunkan aku untuk mencari model homage. Dalam budget aku Epos, Sandoz, Invicta, Orient adalah antara pilihannya. Tolak markah itu ini.... Epos ini adalah yang terbaik. Saiznya yang besar itu 44mm sebenarnya memberi keselesaan di tangan berbanding model Epos yang kecil 38mm. Rupanya itu mengaitkan aku dengan Rolex Sea-Dweller. Namun, Epos ini berada dalam kelas tersendiri.


Seiko Samurai.... susahnya nak dapat jam ni. Kena pusing satu semenanjung baru boleh dapat. Bermula dari Perlis mempertemukan aku dengan jam ini di Kota Tinggi, Johor. Seperti sudah jodoh, pertemuan yang dibuat oleh bro ex001 dengan bekas tuannya itu, membibitkan perasaan cinta terhadap jam ini. Walaupun ditumbuhi bulu-buluan, kecantikan & keistimewaan padanya itu telah mengaburi mata aku. Dengar cerita jam ini telah dihentikan Seiko & sangatlah rare di pasaran antarabangsa apatah lagi di pasaran kita.... sampaikan distributor Seiko terbesar di Malaysia pun pelik dari mana aku beli jam ni. Jika anda terjumpa di mana-mana, tolonglah beli. Sangat collectible & selesa di tangan. Design diver yang unik & pelik ini tidak akan dijumpai di mana-mana diver di dunia.


Seiko Sumo!!!.... the end.....


Kenapa aku beli jam? Sebab aku sangat sukakan jam. Bukan sekadar menunjukkan waktu, ia adalah teman di kala keseorangan serta memberi semangat & confident bila memakainya. Suka saja aku membelek apa saja jam yang aku pakai. Belai, pegang, polish, tatap dari segala penjuru adalah kebiasaan aku buat kepada semua jam aku. Setiap jam aku mempuyai ceritanya yang tersendiri... cukuplah sedikit cerita mengenai mereka yang aku sampaikan, masih ada makna terselit yang tak mampu aku ceritakan & tak tahu macammana nak sampaikan...

Ini adalah cerita aku.... anda bagaimana pula?

17 KOMEN ANDA:

amer|zhafran said...

koleksi jam bro mmg terbaik!!

Jay muzill said...

Bro,

Satu koleksi yang ada variasi menarik.
Ahah.. banyak lagi kot cerite dan nostalgia yang belum tercoret.

jam otai said...

variasi jam yang mungkin mencerminkan jiwa si pemakainya...
punya keikhlasan dalam cerita bro..

duniajam said...

Terima kasih kawan-kawan semua atas komen. Bukan apa... syok kongsi cerita dengan semua.

Sekurang-kurangnya dapat juga kita sama-sama terfikir cerita orang lain macammana pula. Hehehe...

dabu said...

fuhh..sungguh mendalam bro dj,terasa nk menitis air mata..

Narong said...

pehhh...dah lama gak kita meninggalkan zaman muda remaja kita dulu2 ek....huhuhu....dulu2 mmg aku jakun tgk 400 (cbr n cb) hang....sejak tuh aku dok idam jek nak pakai nc35 sebijik....

bagus artikel ko nih..setiap jam ada sejarah masing2...nostalgia beb...

buat masa nih aku beli jam mmg mengikut nafsu serakah aku....tapi aku ada mission aku sendiri...memihak pada seiko...model2 seiko yg wajib ada dalam simpanan mmg aku akan cuba carik....

tapi ada benda yg pelik pasal sumo....bila aku dapat jek sumo tuh tiba2 nafsu serakah aku terus terkunci....tetiba aku aku rasa koleksi aku perlu dihentikan buat sementara waktu untuk aku menikmati keindahan sumo gemok nih...rasa mcm dah lengkap jek dunia koleksi jam aku...(sebenarnya duit dah byk abis...waaa)

yg peliknya...bila aku pi keje aku pakai Seiko 5 superior buruk aku n selang seli dgn Casio F-91w....hahaha.....jam2 yg aku beli aku pakai time aku tak keje jek....

tapi.....kalau byk duit...beli jek apa hang suka....minat masing2...nafsu masing2....duit masing....yg penting kita enjoy dgn hobi kita nih...jgn dok kacau org udah le...

Suka Jam said...

Hmm.. masing2 bermacam2 cara kita membeli jam. Dulu beli kalau jam tu nampak cantik. Sekarang beli jam yang lasak & sporty. Dah agak veteran, mungkin kita akan mencari jam2 yang eksklusif sikit.

1. Ada yang beli jam sebab nampak lawa.
2. Ada yang beli jam memang nak kumpul banyak2.
3. Ada yang beli jam untuk jual balik.
4. Ada yang beli jam untuk pelaburan (biasanya beli yang limited Edition & special edition)
5. Ada yang beli jam sebab kualiti.
6. Ada yang beli jam memang nak pakai hari2
7. Ada yang beli jam untuk "pakai" kat mata je
8. Ada yang beli jam sebab tak tau nak buat apa ngan duit (haha!!)

Aku kategori apa yek? Hmmm...

duniajam said...

Narong, kenangan masa tu manis betul. Kita konvoi sana sini, layan koner sana sini.... wah... manis... tapi kalau aku layan motor balik, alamatnya jam aku payah nak layan. Layan motor lg kos tinggi dari layan jam. Kalau pakai gak, aku layan blues sorang ja. Takda kawan. Layan jam ada korang semua.... Best!!!

Lepas aku dapat Sumo memang itu yang aku rasa. Rasa cukup dah jam yang ada. Lepas dapat Sumo jugalah buat aku terasa nak jual semua jam-jam aku.... terbalik dengan bro timur. Dia makin beli jam ada lah lepas dapat Sumo. Hahaha...

Lain orang, lain pencariannya. Setiap jam ada makna yang terselindung. Hanya tuannya saja yang boleh menilainya....

duniajam said...

Sukajam, aku rasa ko nombor 9.... aku pun tak tau. Waakakaka...

duniajam said...

Fitri, jangan sedih sangat. Nanti aku lagi sedih... huhuhuhu....

TIMEasitis said...

Salam

First thing first...SAYA SANGAT JELES...dengan koleksi DJ...memang cool habis dari segi varities nyer...sampai Boy London pun ada lagi....salute la

Ada dua tiga benda nak tanya la

Satu - Kat mana nak beli kotak simpan jam ? teringin nak beli satu la...

Kedua - DJ ada mention jenama jam Invicta...saya tk tahu tahu mana nak cari nie...memang ada minat tapi cuma jumpa kat internet. Saya tak minat beli kat internet...takder kepuasan membelek jam selama berjam jam ... "ada yang suka tengok itu, ini sampai tak tau apa yang di tengoknya. Setiap mm jam itu memberi makna tersirat kepada pemiliknya & penilainya." - saya lah nie....

anyway saya setuju dgn DJ...beli ikut kemampuan..pasar malam, replika, homeage, affordable watch sampai designer watch....yang penting value yang ada pada jam tue...and kepuasan sendiri...biar la org nak kata apa...apa yang kita beli, itu la jam yang kita minat...

Satu lagi ..jam Jeep Chronograph tue saya ada jumpa dua tiga kali, rasa kat area MINES pun ada...

:)

duniajam said...

Salam bro,

terima kasih. Bila beli jam walaupun masa kecik2, aku memang jaga sungguh. Bukan saja jam, apa saja barang mahupun barang mainan aku jaga elok & masih aku simpan sampai sekarang. Aku masih simpan karekter ninja turtle Donnatello & Raph dengan elok. Beli masa aku darjah 3 kat Sabah (1989). Robot transformers decepticon (aku tak tau apa nama dia) pun ada lagi. Masih boleh 'bermain' lagi benda tu. Waduh... nostalgia lagi... muahahaha...

Jam Invicta, setakat ni aku tak pernah tengok di mana-mana kedai lagi. Setakat tengok internet saja. Tuan Syed Irhomdeys ada jual jam ni. Ada dua movement dia pakai samada Swiss atau Jepun. Kalau pakai enjin Swiss, harga dia mahal skit.

Tak kisah beli jam apa pun asalkan tak sampai terjerut leher. Biar beli yang betul2 minat. Baru rasa berbaloi.

Jeep tu tak pernah jumpa langsung di mana2 kedai di Utara melainkan di Sungai Petani. Kalau gitu, kepada siapa teringin nak belek Jeep, boleh tengok kat Mines. Tq bro...

ex001 said...

Tu la bro Samurai tu memang pilih tuan. Sebab tu dapat jugak tuan yang tau appreciate dia akhirnya.
hahaha.

Semua peminat jam ada 'grail watch' masing2. grail ni istilah mat salleh utk jam idaman. Jam yg diidam-idamkan siang malam. Biasanya jam ni mesti mahal. sebab kalau murah kita dah beli dah.

Dalam perjalanan utk memiliki grail watch ni kita akan beli bermacam jam lain dulu. Contohnya grail watch saya, Rolex Sub. Sebelum dpt sub mcm2 jam yg seakan2 sub akan saya beli, pakai, juai, ada yg simpan tapi byk yg juai la. Ada yg murah ada yang mahai. Tapi biasanya jam2 ni takkan dapat memenuhi keinginan utk mendapatkan grail watch tu jugak. Kalau rasa puas pun sekejap je. Lepas tu jemu dan pencarian atau mission utk dpt sub timbul kembali. sedar tak sedar perjalanan ni menemukan saya dgn byk jam yg punya karektor tersendiri. Kelebihan tersendiri. Tu sebab sesetengah jam akan terus menjadi koleksi peribadi. Tapi misi utama tetap tak dilupakan selagi belum accomplished.

Apa jadi bila dah dapat jam yg diinginkan??? Grail watch dah dalam genggaman?? Kita akan rasa puas. Rasa complete. Rasa content. Rasa keinginan dah dipenuhi. Rasa tak mau jam lain dah. Cukup takat ni. Tapi sebagai peminat jam, kaki jam, WIS, hantu jam, kepuasan ni cuma sementara. Mungkin utk sebulan, setahun atau 2-3 tahun. Lepas tu keinginan utk jam akan timbul kembali. Jam lain pulak akan diburu. Biasanya lagi mahal, atau lagi rare, atau lagi vintage. Pemburuan baru akan bermula dan yang pasti tak da ubat utk penyakit gila jam ni. Cuma kalau boleh biarlah jgn memudaratkan kesihatan badan atau kesihatan poket. hehehehe

duniajam said...

Wah.... bro suatu kebenaran telah terungkai tu.

Setuju sangat. Lepas dapat Sumo. Memang dah rasa cukup dah. Rasa macam tak mau lagi dah jam lain. Ini pada aku la. Tapi niat nak beli jam masih ada. Cuma tak tau jam apa sebab ada banyak dalam kepala.... hru sungguh...

Patut la Samurai senyum ja sekarang. Bahaya ni.... bole tengok jam senyum...

JACK' TREASURE CHEST said...

DOKTOR ASMAR, TAK TAU AKU NAK KATEGORIKAN DIRI AKU NI... SEMUA SEKALI KOT YANG TUAN DOKTOR SENARAIKAN TU! JAM-JAM NOSLALGIA SEMUA MASIH AKU SIMPAN DENGAN BAIK, JAM KAWIN ORIENT QUARTZ DAH 30 TAHUN LEBIH MASIH BERJALAN ELOK TAPI BINI AKU PUNYA DAH LAMA HILANG, ORG POMPAUN NI KURANG SIKIT NAK JAGA JAM-JAM NI, 3 BIJI JAM-JAM HADIAH KHIDMAT CEMERLANG JENAMA ENTAH APA-APA CARLO CARDINI PUN MASIH AKU SIMPAN. MULA-MULA DULU BELI SEBAB MINAT JAM VINTAGE TAPI AKHIR-AKHIR NI BELI UNTUK KONGSI NGAN KAWAN-KAWAN BELI, ADA AKU BELI SEMATA-MATA ATAS PERMINTAAN KAWAN, TAPI TAK JADI, AKU SIMPAN SENDIRI JE... MASALAH AKU TAK TAHAN NAK KAWAL DIRI DARI MEMBELI BILA GI MANA-MANA FLEA MARKET MASA BERTUGAS DI LUAR NEGARA, JADI DIAM TAK DIAM DAH BERATUS-RATUS PULAK. AKU BUKAN APA DJ, SEMUA NI AKU BUAT UTK BEKAL MASA BILA AKU PENCEN, ADALAH AKTIVITI LEPAS PENCEN HEHEHE

duniajam said...

Hahaha... Dahsyat tuan Syed. Salute! Punyalah banyak sampai beratus-ratus. Mesti banyak gila jam2 zaman dulu yg orang lain tak pernah tengok.

Setakat ni, perasaan nak beli jam tiap bulan dah hilang. Dulu sekali beli pernah 3-5 jam sebulan. Pastu jual, pasal jam2 tak memenuhi kehendak hati....

Esok-esok pencen boleh belek jam. Jam kami rosak, boleh bg tuan Syed repair. Ekekeke...

Unknown said...

Salam.. saya Ada jam tangan invicta.. Sapa nak.. .?..