Saturday, March 27, 2010

Grandmaster sensei diver

Tetap nampak gah walau disusun bak kelopak bunga. Sinaran cahaya matahari sangat menggoda mata supaya menumpukan perhatian ditengahnya.... saat-saat indah begini mungkin hanya datang sekali seumur hidup.... jamuan mata begini kadang kala boleh melekakan jiwa.


Satu persatu diperhatikan.... kelainan yang disampaikan oleh Seiko's' sangat ketara. Penyelam pelbagai usia membuat pesembahan berirama yang jarang sekali dilihat. Keindahan setiap satunya boleh membuatkan kita lari sejenak dari alam maya ke dunianya... Jika dilihat, hampir kesemuanya telah pun aku review.... tolak satu-persatu sudah pasti akna terjumpalah dengan si sensei diver....


Terimalah Seiko Marinemaster 300m SBDX001.... Juga dikenali sebagai MM300 untuk membezakan diantara MM600 Spring Drive, MM300 merupakan 'grail watch' kebanyakan collector di seluruh dunia. Ia mempunyai reputasi yang cukup tinggi malah lebih baik dari jam Swiss yang jauh lebih mahal. Jom kita selami jiwanya....


Tergolong dalam keluarga Prospex, jam ini hanya boleh didapati di Jepun. Sebagai model dalam Japan Domestic Market (JDM), ia masih boleh dibeli kita dari dua website Jepun yang boleh dipercayai seperti Seiyajapan & Higuchi. Mujur ia masih dikeluarkan lagi. Dapatlah juga kita merasai nikmat duniawi ini....


Tidak seperti ahli keluarganya yang lain yang berkemampuan selaman 200 meter, ia mempunyai keupayaan jauh lebih baik dari itu. Ia dibina untuk mempunyai ketahanan ditahap saturation diving. Itulah yang dikatakan lebih dalam tahap selamannya, lebih baik & utuh sesuatu jam itu. Nilainya itu sudah cukup memberitahu kekuatannya.

Tidak seperti Rolex Seadweller & Omega Seamaster, ia tidak memerlukan helium escape valve untuk gas helium yang terhasil dari selaman yang dilakukan. Keutuhannya terbukti dengan binaan casing monocoque. Yang sudah tentunya akan menambahkan keberatannya.


Casing monocoque tidak mempunyai caseback yang boleh dibuka. Dari seketul stainless steel solid, ia diukir, dibentuk, digilap untuk mencapai hasil yang sebegitu rupa. Tiada ruang untuk mencapai enjinnya dari belakang. Tiada ruang untuk gas helium terbentuk dengan sealed yang sangat baik untuk jam yang dibina sebegini gagah yang pada aku lebih baik dari adanya escape valve itu. Sedar atau tidak, ini suatu lagi bukti Seiko kepada Swiss akan kemampuannya membina jam yang jauh lebih baik dari mereka dengan tawaran harga yang jauh lebih menggiurkan. Ia juga dapat membuka mata ramai yang selama ini memandang enteng terhadap Seiko. Sejarah sudah membuktikan kehebatan mereka dalam dunia horologi.

Ramai pemilik sukakan kelebihan ini & memberi rating yang juga jauh lebih tinggi dari jam Swiss mahupun Sea-Dweller sendiri. Cermin perlu dibuka untuk mencapai enjin. Tiada kedai yang mampu membukanya & banyak forum serta review mengenainya memberitahu perkara yang sama & hanya satu kedai saja yang mampu membuatnya jika tidak dihantar ke Seiko Japan. Yakni, jam perlu dihantar kepada watchmaker Seiko di Jepun untuk diservis.

Pacuan enjin 8L35 dari versi unadjusted & undecorated Grand Seiko 9S55. Enjin high-end ini sangat reliable, tepat dalam lingkungan masa COSC, & tahan sudah terbukti terbaik dalam sejarah horologi dunia. Mempunyai 26 jewels dengan rhodium plated, ia mempunyai power reserve 50 jam. Ia juga mempunyai keupayaan hacking & kunci. Enjin Grand Seiko merupakan enjin high-end yang hanya dibina oleh dari 30 orang pakar watchmaker Seiko. Seperti enjin kereta AMG yang setiap satunya dibina oleh seorang jurutera, enjin Grand Seiko ini turut serta dalam liga ini.


Jika anda perasan... ciri-ciri yang diketengahkan Seiko pada dail MM300 ini adalah seperti datuknya 6105-8110. Hanya berbeza marker, dimana 6105-8110 mempunyai marker segiempat. Jarumnya juga hampir sama. Yang berbeza hanyalah saiznya saja. Jarum saat kedua-duanya adalah sama! Nampak keeksklusifannya disitu. Seperkara yang terang lagi bersuluh, cantik & tersendiri serta sangat menarik perhatian adalah pada jarumnya itu. Buatan jarum sangat berkualiti tinggi dengan finishing brushed di bahagian atas dengan polished finishing di bahagian bevelnya itu. Kehalusan buatan jarumnya itu menambahkan kemantapan ia sebagai jam diver yang mahal.


Berbeza dari MM600 yang menggunakan cermin sapphire flat, MM300 menggunakan hardlex kristal dengan coating anti-reflektif. Cermin yang cembung itu sebenarnya rendah sedikit dari bezel. Cermin akan terselamat dari calar. Cermin cembung ini juga turut membantu dalam kemampuan ketahanannnya melawan tekanan yang tinggi serta turut menyumbang kepada kesesuaian design monocoque itu sendiri. Kecantikannya boleh dilihat dengan reflektif kebiruan yang dihasilkannya & membuatkannya nampak sangat cantik untuk dipandang.


Keteguhannya boleh nampak dengan pandangan ini saja. Jam agak tebal & tinggi apabila dipakai. Ianya juga berat. Design bezel dengan gigi yang sekata ini memudahkan grip & putaran bezel juga smooth dengan 120 klik.

Kualiti yang ditampilkan watchmaker Seiko pada jam ini juga dapat dilihat daripada kualiti finishingnya. Gabungan antara polished & brushed finishing di sisinya itu dibuat sangat halus & kemas.


Sulaman antara brushed & polished finishing sangat tepat tanpa lebihan & kekurangan. Kehalusan buatan & kualiti jam boleh dilihat pada finishingnya saja.


Seperti Sumo, ia mempunyai saiz lug yang sama iaitu 20mm. MM300 turut didatangkan dengan tali getah. Jam nampak tough dengan design bezel yang gemuk & sasa.


Kualiti & kegagahan yang dibawa bersamanya ini dapat menggerunkan lawan. Sangat sesuai dengan namanya Marine Master. Aku sangat sukakan braceletnya itu. Cukup selesa di tangan & designnya sangat sesuai dengan rupanya yang gagah itu.


Cantik.... suatu kata nama yang sesuai. Kualiti.... suatu kata nama yang sesuai. Hebat..... suatu kata nama yang paling sesuai.


Bracelet & clasp dirasakan solid & sangat menarik apabila claspnya itu sebenarnya diperbuat daripada titanum. Sangat ringan & sangat utuh. Dengan hanya memegang clasp, kita sudah boleh mengagak yang ianya bukanlah dari stainless steel. Warnanya juga berlainan. Nampak lebih gelap dari stainless steel.


Bukaan push-button clasp menampakkan kelainan yang tiada pada siri diver lain. Tidak nampak extension clasp sepertimana siri yang lain pada pandangan ini....


Rupa-rupanya extension clasp dibuat begitu ekslusif sebegini yang hanya didapati pada jam diver Swiss yang jauh lebih mahal. Rolex Submariner pun tidak mempunyai clasp begini. Untuk memanjangkan clasp, hanya perlu menarik safety clasp. Boleh adjust clasp mengikut saiz tangan dengan tepat & mudah sekali.


Berat mata memandang, berat lagi tangan yang memikulnya..... "Berat"... ungkapan pertama yang terpacul dari mulutku. Betul. Jam ni memang sangat berat. Jauh lebih berat dari mana-mana diver yang pernah singgah di tangan aku. Terasa betul kehebatan & ketinggian harganya itu. Boleh rasa $$$$$ ditangan setiap kali tangan dihayun.


Tampak gagah & hebat di tangan. Sangat mengujakan dengan apa yang dipersembahkannya ini. Terasa kekok masa mula-mula pakai & risau kerana belum pernah melihatnya depan mata.


Diver dari dua zaman ini membuat persembahan yang tersendiri. Mempunyai dua jiwa namun satu hati. 6309-7040 ataupun nama timangannya Turtle ini masih tegap & sedap dipandang mata & masih menjadi idaman para collector. Agak sukar didapati kini & harganya juga semakin tinggi.


Sama cantik namun tidak sepadan kemampuan. Datuknya itu hanya mampu menyelam 150 meter. Biasalah otai selalunya akan beri laluan kepada penggantinya yang sudah tentu akan lebih pakar darinya. Begitulah dunia kita... Sentiasa mencari yang terbaik dalam kehidupan...


Sumo vs Marine Master

Inilah yang aku nanti-nantikan. Gandingan mantap jam JDM dapat dilihat dari kedua-duanya. Sukar untuk dibuat gandingan begini kerana banyak faktor perlu dititik berat.


Mempunyai design casing yang hampir sama.... corak dail, bezel & jarum sangat berlainan. Sumo nampak seperti lebih besar dengan diameter 45mm berbanding MM300 yang cuma 44mm & ditambahkan dengan saiz font bezelnya yang besar, sumbangannya itu menjadikan Sumo tampak lebih besar saiznya. MM300 nampak mantap & gabungan keseluruhan ciri idaman collector semuanya ada padanya.


Kedua-duanya berkongsi citarasa yang sama. Kualiti yang ditampilkan oleh kedua-duanya setanding jam Swiss. Kehebatan mereka terserlah & tersendiri. Masing-masing ada kelebihan & mempunyai pandangan masing-masing.


Mempunyai saiz lug yang sama, 20mm... kedua-dua spring bar dapat dibuka dengan senang dengan adanya lubang pada lug. Boleh lihat kehalusan finishing pada kedua-duanya & design yang hampir sama. Jika diperhalusi lagi penglihatan, boleh nampak terdapat sedikit perbezaan pada brush finishing kedua-duanya. End-link bracelet kedua-dua jam adalah solid.


Curve yang dihasilkan juga hampir sama. Design begini bukan saja untuk estetika malah turut menyumbang kepada keselesaan ketika memakainya. Dari segi praktikaliti, bezel MM300 lebih praktikal & lebih mudah untuk diputar berbanding Sumo yang nampak sangat unik.


Bracelet MM300 juga nampak mantap, sesuailah dengan harganya itu. Ia hanya mempunyai lubang pin bracelet hanya di beberapa link sahaja. Sangat berbeza dengan Sumo yang mempunyai lubang pin di keseluruhan link. Design link bracelet MM300 itu nampak kemas namun agak sukar nak dapatkan saiz genggaman yang elok jika saiz tangan kecil.


Binaan Sumo yang lebih melengkung itu membantu dalam melekapkan ia di tangan dengan kemas. Shape kedua-duanya juga nampak sama & serasi. MM300 mempunyai saiz yang lebih tebal dari Sumo. Tidak seperti Sumo, tiada logo 'S' pada crown MM300. Alangkah cantiknya jika logo itu turut ada pada MM300. Seperti adiknya Sumo, MM300 juga tidak mempunyai crown guard.


Seperkara yang menarik minat aku melihat sesuatu jam ialah pada cerminnya yang cembung itu. Cermin hardlex Sumo tidak mempunyai coating anti-reflektif sepertimana MM300. Bezel MM300 yang nampak seperti seramik itu sangat berkilat & bergemerlapan apabila terkena cahaya. Biasan cahaya yang terhasil sangat indah untuk dipandang mata. Aku sangat teruja setiap kali melihatnya. Nampak seperti bezel itu 'sekali' dengan cerminnya.

Marine Master merupakan flagship Seiko dalam liga diving. Keupayaan yang dipunyainya tidak dapat tidak, telah mengalahkan banyak jam Swiss. Ia telah meletakkan standart untuk jam lain mengikutnya. Ramai pemilik sangat menyukainya & meletakkan ia sebagai 'the perfect watch'. Harganya sangat berbaloi dengan apa yang akan kita dapat. Kepuasan memilikinya langsung tidak sama berbanding jam lain. Aura yang diterima darinya juga tidak mampu untuk disangkal lagi.

The perfect watch?
Perhaps...

Impressive watch?
Of course...

One of the most desireble watch to own?
Yes! In deed!!!

11 KOMEN ANDA:

Narong said...

nice review bro...mmg mantap...aku mmg dah jadikan jam nih sebagai target utama kalau aku pass xm aku nih...(dok asyik fail jek)....nak jadikan hadiah peribadi aku la konon2nya

Harga dia tuh yg tak larat...tapi still berbaloi...

pemburuan bermula...pencarian pasti berakhir dgn MM nih kat tangan aku satu hari nanti...

timur said...

diver neverrrr die... kutip slogan maximus

duniajam said...

Diver never die... dalam banyak model jam, model diver lah paling ramai orang minat.

timur said...

jam diver pertama aku casio analog quartz 200m...jam tu tah mana hilang

ex001 said...

Diver lagi? lagi2 diver takda jam lain ke??? hehehe jgn marah aaa

1950an, zaman manusia homo sapien ghairah meneroka tempat2 yg belum pernah dijejaki manusia lain. everest, bulan, laut, kutub utara/selatan. Masing2 teringin nak tgk apa ada kat sana. Apa boleh dieksploitasi. Laut paling byk diteroka sebab byk sumber2 dlm laut yg berharga. (emas hitam).

Menyedari hakikat ni, Rolex mula meletakkan sasaran utk jadi pengeluar jam pertama yg mampu meneroka dasar laut paling dalam, dalam masa sama mengekalkan ciri2 utama jam mekanikal. ( why? Because it's there. hehehe) Hasil kerjasama dengan COMEX (perancis punya firma diving professional) rolex berjaya menghasilkan model Submariner yg mampu bertahan sehingga 300m ke dasar laut.

Seiko mula membangunkan jam diver mereka bermula tahun 60an. Antara model awal adalah datuk kepada MM300 iaitu seiko 6159-7001. ( http://longines30l.com/div_seiko_3.html ) Model ni mampu bertahan sama seperti Sub, 300m.

Tapi manusia mana pernah puas. 300m apa barang bai. Diaorang selam lagi dalam. dan pada tahap 365m jam2 diver ni mula retak cermin sebab tak tahan tekanan yg terhasil dari gas helium yg masuk kedalam casing dan nak cari jalan keluar waktu proses nyah tekanan. sekali lagi jurutera jam memikio jalan penyelesaian kepada masalah ni. Hasil kerjasama Rolex dan Doxa serta COMEX maka terciptalah Helium Escaped Valve. Injab pembukaan otomatik utk gas helium melepaskan diri supaya cermin jam tak meletup. Rolex Sea Dweller menjadi model pertama rolex yg dilengkapkan dgn HEV manakala Doxa pulak dgn Doxa Sub Conquestador.

Jurutera Seiko jugak mencari jalan penyelesaian utk masalah tekanan ni. dan sebagai org Jepun yg memang inovatif diaorang berjaya menjumpai satu lagi penyelesaian yg berbeza dgn Rolex dan Doxa. Mana boleh tiru org beb. diorang cipta satu casing yg takda pintu belakang. (monocoque case) 100% berbeza dgn rolex oyster case. Maknanya movement kena masukkan dari depan. Dan satu lagi inovasi yg dipatentkan iaitu L-shape gasket, yg berjaya menahan gas helium dari masuk ke dlm casing. Inovasi ni berjaya menyelesaikan masalah jam meletup akibat tekanan. Dan hasilnya model pertama Seiko Tuna (600m) dipasarkan.

MM300 ni adalah pewaris teknologi serta takhta kegemilangan Diver Jepun masa lampau. jam yg diklasifikasikan sebagai Prospex. Tak dieksport keluar. Best jam ni. Kualiti tinggi, lume terangbenderang, berat mcm bro DJ cakap tu. Divers extension pun berbeza dr model lain. Rasanya sesuai dijadikan pelengkap koleksi diver jepun hehehehe.

duniajam said...

long live diver.... diver, diver.... Hahaha...

Sebagai pencetus jam diver pertama di dunia, Rolex telah meletakkan suatu standart yang telah menjadi ikutan sepanjang zaman.

Pembaharuan dilakukan bagi memastikan standart sebagai jam diver tidak jatuh. Jika suatu ciri itu sama dengan yang lain sudah tentu kredit akan dapat juga kepada pencipta asalnya. Watchmaker Seiko cukup bijak mencari penyelesaian & membuat inovasi terunggul pada Marine Master.

Walaupun jam ni agak mahal, tapi berbaloi dengan apa yang dikecapi...

amer|zhafran said...

review yg terbaik..

diver..jam yg paling sy tunggu2 tp xtahu bila lah buleh dapat membelinya..mmg satu impian untuk memiliki jam diver ini..harap2 impian ni ak tercapai nnt..maka bermula lah episod mengumpul duit..hahaha

duniajam said...

Segalanya mungkin. Insyaallah boleh dapat jam ni. Kena sabar, usaha, berdoa... supaya duit tak keluar pi ke lain. Hahaha...

Anonymous said...

test

Anonymous said...

Yo!DJ nie shidi..Aku tak leh post plak guna google acc..x tau naper..
Anyway brapa harga sebijik bro?Nie yg aku teruja nak beli nie..Ko beli x nak ajak aku..

duniajam said...

Aik, mungkin server down kot.... Kalau ikutkan memang boleh. Jam ni bukanlah milikku. Milik sahabat..... SBDX001..... buang 'SBD' tambah 'E' kat depan. Hehehe... Terer tuan dia ni pilih jam. Hahaha...

Jam ni RM8k bro. Kat kedai SS2 bro Timur jumpa model MM600. RM27k kalau tak salah. Yg ni kalau ada pun mungkin belas2. Seller markup tinggi sangat. Mampoih nak beli. Huhuhu....