Monday, August 31, 2009

Oris Date


Oris merupakan salah satu jenama terkenal yang terbit dari Switzerland & tergolong dalam Swatch Group. Ditubuhkan di Holstein, Switzerland oleh Paul Cattin & Georges Christian pada tahun 1904, mereka hanya menghasilkan jam mekanikal terutamanya jam automatik (self winding) dengan trademark rotor berwarna merah. Kalau ada Oris quartz.... jam replika la tu.

Oris telah berjaya mendapatkan pengiktirafan penuh chronometer dari Neuchatel Observatory untuk movement cal.652 pada tahun 1968. Neuchatel Observatory merupakan salah satu pengiktiraf ketepatan jam terbaik di dunia.

Pada tahun 2003, Oris membuat persetujuan dengan BMW untuk menjadi satu-satunya pengedar jam untuk BMW Williams Formula One Team & jam Oris Limited Edition Williams F1 Team Chronograph merupakan jam Oris terbaik pada tahun tersebut. Banyak lagi model Limited Edition yang dihasilkan mereka menjadikan mereka antara jenama Swiss yang unik.

Selain menempah nama dalam sukan Formula Satu, Oris juga terkenal di Hollywood di mana ramai pelakon Hollywood menggunakan jam mereka seperti Sean Penn, Harrison Ford, Gwyneth Paltrow, Nicolas Cage, Meg Ryan & ramai lagi.

Berikut merupakan model-model yang dikeluarkan Oris:

Oris Williams F1 Mark Webber Chronograph

Motor Sport
  • TT3
  • Williams F1
  • Chronoris

Oris Divers GMT Date

Diving
  • Divers


Oris BC4 Flight Timer

Aviation
  • BC3
  • BC4
  • Big Crown
  • Flight Timer
Culture
  • Bob Dylan
  • Rectangular
  • Artelier
  • Classic

--------------------------------------------------------------------


Kalau itu model-model baru, ini pula model lama Oris. Tak pasti pula apa nama jam ni. Dipercayai dilahirkan sekitar tahun 1960an, ia masih berdetik dengan begitu cemerlang sekali. Lariannya masih gagah walau umurnya hampir 40 tahun. Bentuk yang ala segi empat ni telah membuatkan aku jatuh cinta untuk memilikinya.

Klasik...



Casing stainless steel dengan diameter 36mm (tidak termasuk crown). Saiz lug 18mm. Dipadankan pula dengan tali kulit ala buaya berwarna perang, 'menaikkan' lagi rupanya.


Dail yang bersih dengan marker timbul berwarna emas menyerlahkan kecantikan jam ni.


Penentuan tarikh adalah jenis non-quick set. Terpapar perkataan Swiss Made pada dail di pukul 6 untuk menunjukkan tempat kelahirannya.


Walaupun suasana suram, namun masih mampu menampakkan kecantikannya...


Crown tidak asli. Aku sedang cari crown original yang bersesuaian dengannya. Cermin akrilik timbul dengan bentuk dome. Salah satu ciri-ciri jam klasik.


Lambang Oris terpampang dengan besar sekali. Tulisan-tulisan di sekitar caseback sudah tidak begitu jelas. Mungkin kesan kehausan akibat pemakaiannya yang sudah lama.... ditambah pula dengan polish, makin tak nampaklah tulisannya. Tak kisahlah, janji lambang perisai Oris tak hilang sudahlah...


Movement automatik dengan fungsi kunci, bersih & bergerak lancar. Movement mempunyai 21 jewels.


Sangat segak apabila dipadankan pada tangan. Sangat sesuai dengan majlis formal... apatah lagi kalau ke tempat kerja. Nampak macam besar, tapi sebenarnya sangat sesuai dengan tangan aku. Bila pakai jam yang nampak klasik camni, aku pun rasa macam orang klasik juga...


Mungkin akan ada lagi Oris di tangan aku lepas ni... yang pastinya bukan replika William F1 yang aku ada tu... Cukup dulu review ringkas di bulan puasa ni... akan disambung dengan review jam lain pula...

Leia Mais…

Friday, August 28, 2009

Jam bulan kemerdekaan

3 ketul jam Seiko menjadi penghias aku sempena bulan kemerdekaan ni. Penat kerja pun hilang bila dapat jam-jam secantik. Susah nak jumpa apatah lagi memiliki jam seelok ni...

  1. Seiko Actus.... rupa seakan-akan Grand Seiko.
  2. Seiko Diamatic... classic, unik & menarik. Nampak seakan-akan Omega Dynamic.
  3. Seiko... err... yang hijau tu. Rupa macam Seiko DX. Jam Seiko paling cantik diantara semua. Sungguh cantik dengan hiasan dail berwarna hijau, menyerlahkan kecantikan sejati jam ni. Sangat cantik dipandang, apatah lagi dipakai...

Review kesemua jam-jam ni akan dibuat selepas ni.... Layan dulu....


Leia Mais…

Tuesday, August 25, 2009

Keputusan Poll 1

Pernahkah anda memakai jam di kedua-dua belah tangan?


Selama sebulan poll ni berada untuk aku buat sedikit bancian tentang penggunaan jam di tangan. Kebiasaannya orang pakai jam di sebelah tangan saja samada di sebelah kiri ataupun kanan. Jarang sekali atau hampir takda orang pakai jam di kedua belah tangan serentak. Kalau jumpa, anda orang yang bertuah sebab payah nak jumpa orang camni & semestinya anda sendiri boleh tahu orang tu mestilah seorang peminat jam. ;-)



Selama sebulan, sudah 30 undi yang telah masuk. Cukup 30 hari dengan 30 undian. Nak kata 30 orang yang undi pun tak boleh juga sebab undi boleh dibuat berkali-kali. Tak kisahlah pasal tu pasal aku cuma nak buat bancian ramai mana orang pakai jam di kedua belah tangan. Kalau tengok carta kat atas, peratusan orang yang tidak pernah pakai lebih tinggi dari yang lain.

Keputusan:
  • Ya = 30% (9 undian)
  • Tidak =43.33% (12 undian)
  • Buat malu ja = 26.67% (8 undian)
Tapi keputusan ini mungkin berubah kalau lebih banyak lagi undian yang masuk.

Tadi sorang kawan buka blog aku & tengok bancian yang aku buat. Dia bukanlah peminat jam, sekadar nak tengok blog aku ja. Dia agak terkejut & pelik kalau orang pakai jam di kedua belah tangan. Bagi dia, mungkin tak sanggup & ia suatu yang memalukan. Ya lah, bukan suatu norma kebanyakan orang pakai jam di kedua belah tangan. Kadang-kala aku pakai jam di kedua belah tangan ke tempat kerja, mungkin dia tak pernah nampak aku pakai. Mungkin hanya orang yang 'berani' & mempunyai semangat juang yang tinggi sanggup pakai 2 jam sekali. Ini pada aku la. Tapi kalau peminat jam yang lain tak perlulah nak pakai dua jam semata-mata nak memenuhi syarat ni.

Ada seorang kawan aku yang juga peminat & pengumpul jam pakai dua jam sekali... tapi di sebelah tangan, sebelah lagi pun ada satu lagi.... dia pakai 3 jam sekali.... Wah! Aku pun terkejut. Lebih ekstreem dari aku. Ekekeke..... Sanggupkah anda? Persoalan aku ni, bukanlah bermaksud kena pakai jam di dua belah tangan setiap hari. Kalau pernah pakai sekali pun sudah mencukupi sebab anda ada pengalaman berbuat demikian.

Kenapa aku pakai di kedua belah tangan?
  1. Aku memang sangat-sangat suka jam. Tak kisahlah orang lain tengok aku pelik ke apa, janji aku suka & bahagia dengan apa yang aku buat & tak kacau orang lain. Sebab kalau stress kerja, jam yang aku pakai ni boleh bagi aku relax bila aku tengok & belek dia. Staf tempat kerja aku dah tak pelik sebab dah tahu aku memang gila jam.
  2. Sebab jam banyak & tak terpakai. Jadi aku pakai dua sekali. Nak tunggu giliran lama sangat. Jadi, aku hentam dua sekali. Pagi jam lain, petang pakai jam lain pula... kalau tengah hari aku balik rumah la.
  3. Kalau jumpa kawan yang minat jam & tak bawa bekas jam @ malas nak bungkus jam, aku pakai dua sekalilah senang. Mestilah ok hendaknya jumpa geng yang sama...

Bear Grylls (hos rancangan Man vs Wild) dengan Casio Dynamic Wave Ceptor di tangan kiri.

Kepada anda yang pakai dua jam camni, aku memang respek. Salute! Anda memang berani! Anda memang seorang pencinta jam sejati. Tak la bermaksud yang lain tu bukan. Hanya nak menunjukkan mereka yang berani saja yang sanggup. Bagi sesetangah orang, pakai jam camni memalukan. Mungkin memalukan pada sesetengah orang & tak sanggup nak pakai. Kalau peminat jam yang tak pernah pakai pula, mungkin tak menjadi satu kesalahan kalau nampak orang lain pakai dua jam & tak pelik. Tapi dia sendiri pula mungkin tak sanggup.

Apa pendapat anda?

Leia Mais…

Monday, August 24, 2009

Seiko Chronograph 6139-7100 (HELMET)

Sekeping gambar memberi seribu erti.... mungkin itu ungkapan yang paling sesuai untuk gambar ni. Gambar tu sendiri sudah memberi erti..... "Akulah Seiko Helmet" ... sangat sesuai dengan namanya. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata bila mula-mula aku tengok gambar ni. Gelak ja memanjang... Muahahaha...


Sekali pandang macam cengkerang kura-kura, dua kali pandang pun nampak camtu jugak. Nasib namanya tak jadi Seiko Kura-kura. Seiko Helmet merupakan siri jam chronograph 6139-7100. Pelbagai lagi model chronograph yang dikeluarkan dalam keluarga Seiko dengan siri & bentuk yang pelbagai. Cukup untuk memenuhi kehendak & 'taste' ramai terutamanya pengumpul jam.


Mula dikeluarkan di pasaran sekitar tahun 1970an, ianya masih menjadi kegilaan peminat & pengumpul jam di serata dunia. Nasib baik la Helmet ni masuk juga ke pasaran kita.... kalau tak masuk, telan air liur saja lah tengok kat internet.


Fungsi & setting jam ni adalah sama seperti Seiko chronograph dalam artikel yang lepas. Dengan bentuk yang lebih gagah & sasa menjadikannya lebih berat berbanding yang lain. Jam ni dah ditukar tali rasanya. Sepatutnya talinya bracelet. Tapi tak tahulah kalau memang ada jam ni yang bertali kulit. Tapi aku memang suka jam ni dengan tali kulit berbanding bracelet. Nampak lebih muda & solid. Aku dah tukar tali baru sebenarnya. Tali tu ada jahitan benang putih di sepanjang tali. Nampak lebih selari dengan dail & nampak lebih smart.


Cermin jam ni adalah mineral glass, tidak seperti Seiko chrono aku sebelum ni dari akrilik. Dail masih original dan larian jam masih cantik seperti keadaannya. Chronograph masih berfungsi dengan cemerlang. Tapi aku jarang 'main-main' dengannya, maklumlah jam tua, takmau la tulang-temulang dia dapat arthritis pula. Tapi sekali-sekala tu tekan gak la button dia, mana boleh tahan tengok saja. ;-)


Tapi dail dia aku rasa pernah patah. Cuba tengok kesan seperti gam di sepanjang dail. Tak nampak ketara sangat kalau sekali pandang. Kena fokus betul-betul baru nampak dengan mata kasar. Aku tengah cari dail original jam ni. Kalau jumpa yang murah, aku nak ganti kasi ayu skit wajahnya.


Kondisi jam secara keseluruhan sangatlah memuaskan hati. Finishing jam sangat bagus tanpa calar. Macam jam baru ja... berkilauan sampai boleh buat cermin. Casing stainless steel ini berukuran 40mm (diameter) dengan saiz lug 20mm. Macam besar... & aku sendiri pun ingat besar sebab tak pernah tengok depan mata. Bila sampai ke tangan aku, senyum sampai ke telinga dibuatnya... tak sangka dapat jam sebegini cantik. Thanks bro... Memang impian aku nak miliki jam Seiko Helmet ni.


Crown disimpan 'di dalam' casing & selari dengan casing. Nampak cool sebab crown tersorok... tapi tetapan crown sebegini mempunyai kekurangan dimana crown tu akan bengkok sebab tarikan crown hanya dari satu sudut & tak seimbang tanpa support dari sudut yang bertentangan. Crown jam ni sudah pun bengkok sedikit. Tak kisahlah, janji crown tak loose, tak ketat & boleh ditekan ke dalam untuk tukar tarikh. Kena tarik crown dari bawah dengan hati-hati. Untuk pemilik & bakal pemilik jam model ni... please take note.


Caseback jenis skru. Tidak begitu terjejas dimamah usia. Aku tak buka tengok enjin sebab lupa nak bawa pembukanya masa photoshoot. Model dah bersedia, photographer pula buat slack. Hmm.. Jelas terpampang nombor keramatnya... 6139-7100.


Bila dikenakan pada tangan, sangat masyuk sekali walau cuma perasaan sendiri. Takpalah, biarlah syok sendiri... lagi pun jam sendiri. Tapi jam ni memang staf tempat keja aku admire. Depa pun tak pernah tengok jam ni & tak sangka jam sebegini cantik. Selama ni aku tunjuk gambar je kat depa ni. Selalu cerita & buka blog pasal jam sampai depa pun tahu model-model Seiko chrono ni. Bolehlah aku kongsi minat dengan depa ni. At least, bila ku sebut Helmet, Pepsi, UFO, Bull Head depa ni ada ilmu skit & tahu yang mana satu.


Sarat dengan makna untuk jam yang sarat seperti ni. Rupanya pun memberi makna ianya laksana helmet kecil. Boleh pakai di kepala naik moto kalau saiznya seperti helmet yang sebenar. Sudah tentunya keras & memberi perlindungan yang baik. Pakai kat tangan pun dah rasa selamat hendaknya...


Seolah-olah jam ni memang dibuat untuk aku. Shape casing & lug yang melengkung ke bawah tu betul-betul mengikut bentuk tangan aku yang comel ni. Bagai irama & lagu... tak dapat dipisahkan lagi dengan tanganku ini... Seperti bertemu jodoh yang dah lama menyepi... seperti ayat-ayat cinta pula.... (bini aku geli baca ayat ni... ekekeke...)

Pemburuanku masih belum selesai. Koleksi Seiko masih belum lengkap.... Bagai mencari harta karun, walaupun hanya jam berjenama Seiko (bukannya Omega & Rolex), membuatkanku tidak memandang lagi ke belakang. Perjalanan perlu diteruskan selagi kemampuan masih di tangan. Gagahkan juga walau rintangan mendatang.... Seiko Pepsi, UFO & Bull Head bakal menjadi milikku suatu hari nanti...

Leia Mais…

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Kepada rakan-rakan & pengunjung setia DJ... terima kasih diucapkan di atas sokongan kalian. Moga Allah meluaskan rezeki kalian & sentiasa berada dalam keadaan sejahtera hendaknya.

Sehari lagi, Ramadan bakal tiba... bermulalah episod baru dalam ibadah kita. Alhamdulillah, umur kita dipanjangkan-NYA untuk kita bertemu lagi dengan Ramadan. Moga Ramadan kali ni dapat meningkatkat iman & ketakwaan kita kepadanya. Jom kita sama-sama kumpul pahala sebanyak mungkin.... Moga sejahtera hendaknya....

Insyaallah, DJ akan di update selepas ini dengan topik yang lebih menarik & informatif. Terima kasih kepada semua kerana bersabar...

Leia Mais…

Wednesday, August 19, 2009

Detik dua belas...

Sebuah blog baru wujud hasil cacatan sahabat aku yang juga penggemar jam. Koleksi beliau cukup menggiurkan aku. Jom kita sama-sama berikan sokongan pada rakan kita. Seorang penggemar jam diver & juga jam Germany & Rusia. Mempunyai cerita yang cukup menarik untuk dikongsi bersama.

Detik Dua Belas

Jom meriahkannya...

Leia Mais…

Monday, August 10, 2009

Cara untuk tanggalkan crown

Banyak benda aku suka buat sendiri kalau aku yakin aku boleh buat. Ada juga benda yang aku tak yakin pun, main hentam je. Kalau jadi seronoklah, kalau tak jadi.... alahai.... Dari kecik, memang inilah tabiat aku. Selagi aku rasa boleh buat, aku akan buat & kalau tak mampu baru aku minta tolong. Bukanlah pandai sangat pun, main ikut teori, logik, bacaan, jeling orang buat.... lepas tu baru cuba buat praktikal.


Watchmaker mana ntah ni.... Nanti keluarlah jenama D.J. automatic power reserve, chronograph, day, date, moonphase, chronometer... Mesti mahai gila...


Dulu... bukan dululah, sekarang pun aku rasa kalau boleh aku nak repair jam sendiri & sampai berangan nak jadi watchmaker. Ehehehe... Tapi jam ni rumit skit & aku tak berapa berani nak buat sangat sebab komponen kecik sebesar kuman (tak cam enjin kereta & moto...ekekeke...) & ilmu pun ciput sangat. Takat buka caseback tengok enjin tu memang terer sangatlah. Wakaka... Tapi nak cabut crown, suatu perkara yang aku rasa susah pada mulanya pasal tak tahu nak mula kat mana. Aku cuma tengok kat youtube pada mulanya. Tak ingat pula dia guna jam apa. Yang aku perasan, dia buka satu skru dekat dengan crown. Itulah petua aku. Eksperimen pertama bermula...


Aku ada 3 set screwdriver biasa untuk buka jam. Ada yang beli kat kedai RM2 je & ada gak yang beli dari kedai hardware. Disebabkan saiz mata screwdriver tu besar & tak muat skru jam yang sehalus sutera tu, aku asah screwdriver ni dengan batu asah pisau sampai tajam. Sebelah kanan keadaan asal, kiri keadaan selepas diasah.



Walaupun alat tak berapa cukup, aku buat juga sebab nak betulkan jarum jam Seiko Bellmatic aku yang tak berapa tepat jarumnya. Disebabkan aku dapat conjuctivitis setiap kali tengok jam ni, aku cuba jadi doktor rawat jam yang tak sakit ni.


Seiko Bellmatic ni jam pertama aku mula buat. Senang bagi setengah orang, tapi susah bagi orang lain. Aku main yakin je buat sebab pernah tangok video klip tu. Cuma guna petua, skru berdekatan dengan stem crown... pencarian bermula untuk cari crown yang dekat... ternyata takda skru yang dok dekat pun dengan crown... dok sebatu ja semua. Cuma ada suatu punat kat situ. Aku pun tekan & cuba tarik crown perlahan-lahan... Toing... boleh cabut. Wah! Seronok betul. Bulatan merah menunjukkan tempat untuk menekannya. Tekan (jengan lepas) & tarik perlahan-lahan.


Disebabkan Bellmatic ada 1 lagi crown, aku main agak je 'menatang' yang dalam bulatan merah tu boleh tekan. Aku pun tekan guna screwdriver yang tajam... ternyata boleh cabut. Eksperimen berjaya. Prognosis? Very good. Ini baru permulaannya saja... & confidence level aku semakin meningkat.


Semua bahagian dah dikeluarkan. Bolehlah aku cuci semua bahagiannya. Lepas keluarkan, barulah aku tahu sebenarnya senang saja nak keluarkan benda ni. Dok tengok saudara Jamlama buka jam dia buat aku termenung sejenak... camnolah nak cabut menatang tu... Kawan aku tengok pun tabik dia. Kena buat... baru tau... Lepas buka, barulah nampak banyak bahagian dah longgar. Biasalah, cam manusia juga, semakin meningkat umur, semakin banyaklah parts yang longgar sana sini... err... untuk jam ni lah. Sebab tu jam automatik kena hantar servis setiap 5 tahun. Tapi jam ni, rasanya tuan asal guna untuk gerak dia bangun pagi kot. Bila jam bunyi, mungkin dia baling, hentak-hentak kot nak kasi senyap sampai tertanggal apa yang ada.


Diagnosis: Mata juling
Finding: Bukan saja matanya juling, ada beberapa parts dalaman, skru dah longgar.
Treatment: Titisan air mata berlinangan + joy & happiness + mata (jarum) dibetulkan + ketatkan apa yang patut.
Outcome: Very good
Result: Confidence level upgraded + puas hati pengarang jantung.


Lepas eksperimen tu berjaya, aku cuba buat benda yang sama untuk jam-jam lain. Mungkin boleh dijadikan pedoman kepada yang lain sebab lain jam, lain skit. Mungkin kepelbagaian jam yang ditunjukkan ni, sedikit sebanyak boleh membantu.


Helbros
Petua pertama, cari skru yang paling dekat dengan stem crown. Helbros ni senang & jelas.


Guna screwdriver yang dah asah tu, longgarkan crown (pusing ikut arah lawan pusingan jam). Tak perlu pusing sampai skru tertanggal. Memadai hanya longgarkannya.


Ha! Dah boleh cabut pun. Bila nak pasang balik, masukkan stem crown tu sampai rapat & barulah ketatkan semula skru tadi (ikut arah pusingan jam).


Tissot Seastar
Bulatan merah menunjukkan tempat dimana screwdriver perlu ditekan. Tidak seperti Helbros yang guna skru, Tissot ni cuma perlu tekan seperti Seiko Bellmatic tu. Tekan di bulatan merah tu.


Satu masalah dah timbul, punat tu takmau timbul pula lepas tekan. Tenggelam kelemasan. Terpaksa aku hantar pi hospital buat MRI. Leceh betul. Benda tak sakit, jadi sakit pula. Apa boleh buat, asam garam rumahtangga jam.


Oris
Sama seperti Tissot, Oris ni juga hanya tekan di bulatan merah tu saja.


Jangan! Jangan tak tekan....



Q&Q Leaf-Fit
Movement Miyota ni unik skit. Kalau yang lain punatnya malu-malu, Miyota memang tak malu, siap macam suruh.... "tekan la.. tekanlah aku..."


Dah dia suruh, aku pun tekan lah...


Cuma untuk movement quartz aku belum berjaya lagi. Cari skru tang mana pun tak jumpa. Mungkin dia tersangat malu sampai batang hidung pun tak nampak. Takpalah, biaq pi kat dia.

Untuk aktiviti ni, aku cuma guna beberapa alat:
  1. Caseback opener
  2. Watch stand/holder
  3. Screwdriver tajam & flat (RM2 je... nak asah pun tak sayang sangat)

Untuk sesiapa yang belum tahu caranya, ketahuilah ianya senang saja & jangan takut nak buat... Sangatlah boleh untuk mereka yang suka buka baju jam & cuci jam. Aku nak cuba tanggalkan semua komponen jam pula lepas ni. Nak belajar repair pula. Tapi alat tak cukup sempurna & takda mangsa yang rela hati untuk aku buat. Dok nampak jam replika je sekarang.... Hmm...

Leia Mais…