Monday, December 21, 2009

Jangan tak pakai langsung jam mekanikal


Jam automatik dihasilkan untuk dipakai. Tidak seperti jam quartz yang dipacu tenaga bateri, jam automatik akan berhenti bergerak jika tidak digunakan. Jam automatik yang tidak digunakan dalam jangkamasa yang lama akan lebih mudah mengalami kerosakan berbanding dengan jam yang dipakai ataupun jam yang sentiasa dikunci.


Mengapa?


Jam automatik mempunyai banyak komponen yang kecil yang bergantung antara satu sama lain bagi menghasilkan pergerakan yang lancar & harmoni. Seperti kereta, komponen dalaman enjinnya memerlukan pelincir untuk melicinkan pergerakan & mengurangkan kehausan. Tanpa pelincir, komponen akan cepat rosak & boleh menyebabkannya 'jem'. Konsep ini adalah lebih kurang sama dengan enjin jam juga.

Komponen jam adalah sangat kecil & memerlukan pelincir khas untuknya. Jam yang tidak digunakan dalam jangkamasa lama akan menyebabkan minyak pelincirnya bergerak ke bahagian yang lain (migrate). Ini akan menyebabkan komponennya cepat haus & memberikan masa yang tidak tepat.


Bagaimana nak mengatasinya?
  • Sekali-sekala, pakailah jam-jam yang langsung tak pernah pakai tu.
  • Kalau tak pakai, ambil jam tu goncang-goncang ke, winding ke sampai jarumnya bergerak.
  • Kalau tak mahu juga pakai & buat yang lain-lain tu disebabkan degil (ketegaq), jalan terbaik ialah belilah winder jam. Letak jam kat winder tu, biarlah winder tu yang pakai & gerakkan jam tu.

Ini adalah contoh winder dalam pasaran. Ini adalah winder yang agak murah. Boleh beli dari eBay. Winder sampai RM100k pun ada gak kalau nak beli... Hehehe... Kat sini, saudara Detikduabelas pernah jumpa jenama Arbutus di KL. Harga dalam RM300+ kalau tak salah.


Apa yang dibuat ni sekurang-kurangnya dapat memanjangkan hayat jam kesayangan kita & mengurangkan kos dalam jangka masa panjang. Jam mekanikal bukanlah seperti jam quartz. Ia memerlukan penjagaan yang baik & kos untuk servis juga adalah lebih tinggi berbanding quartz.

Kesimpulannya biarlah jam automatik diservis akibat selalu dipakai daripada diservis akibat tidak dipakai.

7 KOMEN ANDA:

ayisy said...

Salam. Winder jam? Ada jual ehh? Tak tahu la plak. hehe.. Skrg saya tgh cari kotak utk isi jam yg byk2 tuh. Cari2 tak jumpa. Kat mana yer ada jual? Kat internet ada tp tak reti plak nak beli. hehe..

duniajam said...

Salam. Winder tu ada jual di kedai. Tapi payah nak jumpa kedai yang jual. Aku pernah jumpa tapi sangat mahal. eBay jual murah skit.

Kotak jam pun sama juga. Kena rajin tanya kedai. Kalau nak mudah, ko cari di lelong.com. Aku beli Rm150 sekali pos. Boleh isi 12 jam. Tapi ruang letak jam kecik. Jam boleh bergesel. Tak sesuai untuk jam beso. Kena balut jam tu kalau nak letak juga.

Narong said...

cmner rupa winder nih...??? kalau motor chopper Titan sidewinder aku tau laa...hahahah.....

ayisy said...

oh.. Ingat minggu depan nak pergi Kuala Lumpur cari kotak jam kat sana. Tempat aku ada sebuah jek itupun cuma boleh simpan 6 ketul jam. Target nak cari yg boleh isi 12 jam. Agak2 kalau saiz 40mm bergesel tak? Kebanyakan jam aku kecik jek bawah 40mm. Cuma satu jek besar saiz 46mm.

duniajam said...

Narong, nanti aku cari gambo bog dalam artikel tu. Aku rasa macam nak DIY je buat benda tu. Cari motor kereta kontrol & modified buat. Murah skit. Hehehe...

ayisy, 40mm boleh bergesel. Aku balut dengan plastik kalau jam tu beso.

ex001 said...

letak dalam kotak yg boleh isi 3 cukup la. kalau jam byk beli kotak byk2 lepas tu simpan lain2 tempat... kalau ditakdirkan rumah kena pecah jam tak hilang semua... kalau jam ada 20, letak 1 tempat mau hilang semua nanti... hehe

beringat sebelum kena sebab selalu baca dlm forum antarabangsa pasai jam kena curi ni... macam saya letak jam merata... atas almari.. bawah dapoq... bawah pasu... tepi peti ais... kalau pencuri masuk confirm tak jumpa semua hahaha

duniajam said...

Betui tu. Terfikir gak. Sebab kalau hilang sekotak tu. Menangis aku... Waaa....