Saturday, December 26, 2009

Seiko 4R15 Diver + Pilot

Seiko... suatu jenama untuk semua golongan. Sebab apa aku cakap camtu? Seiko boleh didapati dengan harga serendah Rm200 hinggalah ke Rm30k.... ada lagi mahal sebenarnya ni.... Setakat ini, hanya Seiko yang mampu berbuat demikian. Syarikat lain mungkin tak berani ataupun nak jaga standart kononnya. Mungkin sebab tu, ramai orang yang 'kurang' tahu pasal Seiko memandang rendah dengan jenama ni. Bila tengok... "alah, Seiko ja..." Mungkin ada yang pernah terserempak dengan orang camni, mungkin juga tidak. Pada yang pernah, berderau juga darah bila dengar. Sebagai collector, itu adalah asam garam & pasti jenama ini antara yang dibanggakan disebabkan sejarahnya, keberanian, heritage & juga inovasi mereka.

Seiko berani berbuat demikian sebab mereka bukan sahaja mensasarkan pasaran low-end sahaja malah juga high-end. Inovasi yang mereka buat bukan sahaja pada design ataupun fungsinya... tetapi yang lebih membanggakan sekali ialah enjinnya. Enjin basic mereka samada quartz atau automatik banyak dibeli oleh syarikat lain & digunakan pada jenama lain, contohnya Alba (anak syarikat Seiko), Chronoforce, Pulsar & lain-lain lagi.

Jika jenama Swiss yang menang brand yang kebanyakannya menggunakan ETA, Seiko berbangga dengan enjin in-house mereka & boleh dijual dengan harga yang jauh lebih murah dari jenama Swiss. Dari segi ketahanan, Seiko sudah membuktikan yang mereka adalah jaguh dalam liga ini. Mengapa?

--------------------------------

Mengikut sejarah....

Sebelum wujudnya Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres, ataupun Official Swiss Chronometer Testing Institute (COSC).... pernah terdapat satu observatory testing & pertandingan yang mempunyai standart tinggi diadakan di Switzerland. Testing yang diadakan ini adalah cukup ketat & mempunyai standart yang lebih tinggi berbanding COSC sekarang. Apa yang berlaku pada ketika itu merupakan titik tolak kepada Seiko untuk terus maju ke depan & tidak tunduk dengan peraturan serta desakan dari mana-mana pihak yang pada aku bias. Sebab apa? Testing yang diadakan pada waktu itu sebenarnya telah berlangsung selama 23 tahun. Sebanyak 5093 jam yang dihantar untuk mendapat pengiktirafan & hanya 3253 sahaja yang lulus. Hanya beberapa manufacturer yang menyertainya & hanya Omega & Patek menyertainya setiap tahun. Peserta lain pula terdiri daripada Rolex, Zenith, Longines, Mavado, Vacheron & Constantin, Ulysse Nardin, Cyma & Favre-Leuba, bersama-sama watchmaker profesional (persendirian)...... sehinggalah Seiko hadir....

Hadirnya Seiko telah memberi tamparan yang cukup hebat kepada ke semua jenama Swiss pada ketika itu. Jenama-jenama hebat lain menghantar jam yang dibuat khas untuk pertandingan tersebut. Bukan calang-calang jam yang dihantar tu...
tetapi Seiko pula tidak menghasilkan jam khas untuk pertandingan tu, tetapi hanya menghantar jam yang telah dihasilkan & sudah pun dipasarkan iaitu Grand Seiko.

Hanya ada 2 jenama selama 23 tahun pertandingan itu diadakan menghantar enjin dengan nombor enjin pasaran, iaitu Seiko & Gerald Perregaux. Tetapi pertandingan ini dihentikan oleh Swiss pada tahun 1970an setelah 2 tahun berturut-turut Seiko memenanginya dengan jam dalam production line. Kemenangan oleh pihak Jepun ini telah memalukan jenama-jenama Swiss sehingga pihak Swiss sendiri menghentikan pertandingan yang telah berlangsung selama 23 tahun itu. Sekiranya Swiss meneruskan pertandingan ini, kemungkinan besar Seiko akan menang lagi. Jadi untuk tidak memalukan diri sendiri lagi sekali, mereka menghentikan terus pertandingan tu.



Grand Seiko SBGA029
Model diver Grand Seiko dengan enjin Spring Drive.


Suatu badan yang lebih besar & mempunyai standart yang lebih tinggi dari COSC adalah Astronomical Observatory Chronometer Standart. Seiko menghantar jam bersama-sama dengan jenama high-end di dunia.... Grand Seiko dihantar sekali lagi. Di akhir tahun 1960an... dari ke semua jam yang dihantar itu, hanya ada 2 jam sahaja yang lulus ujian itu. Dua sahaja!... iaitu Grand Seiko & Gerald Perregaux (jam yang dibuat khas untuk ujian itu).

Disebabkan syarikat Jepun ini mendominasi dunia horologi di akhir tahun 1960an & pertandingan yang telah diadakan sebelum itu (menang 2 tahun berturut-turut)... pada tahun 1972 beberapa pengeluar Swiss membuat permintaan supaya menghentikan pertandingan itu. Pada tahun 1973, COSC diwujudkan pula dengan ujian yang kurang ketat berbanding Astronomical Observatory Chronometer Standart.


Pemilihan
Seiko sebagai juara telah memalukan pengeluar yang lain kerana Seiko tidak perlu pun buat jam khas sebab jam pasaran mereka itu adalah memang jam yang terbaik. Seiko memang cukup yakin jam yang mereka hasilkan untuk pasaran itu & seolah-olah juga menunjukkan bahawa syarikat lain tidak yakin dengan jam yang mereka telah pasarkan & perlu buat jam khas untuk pertandingan itu pula. Dah buat pun, kalah dengan Seiko... Bukanlah nak 'menjatuhkan' syarikat yang lain & 'menaikkan' Seiko, tapi inilah yang belaku & ini adalah sejarahnya.

Kita tidak perlu khuartir & tercabar jika orang memperlekehkan jam
Seiko yang kita pakai kerana seungguhnya mereka tidak tahu akan sejarah ini & kemasyuran sebenar Seiko di kalangan watchmaker di seantero dunia. Dunia horologi amat berbangga dengan pencapaian Seiko yang telah menghasilkan jam yang terulung serta mampu dimiliki orang kebanyakan. Syarikat Swiss pun salute dengan Seiko.


--------------------------------------------


Jika jenama Swiss perlu mendapat pengiktirafan COSC untuk jam chronometer, Seiko pula tidak menghantar untuk mendapat pengiktirafan ini. Hanya jam yang layak sahaja boleh menggunakan tag chronometer pada jam mereka. Tapi tidak bagi Seiko... mereka mengeluarkan pengiktirafan mereka sendiri dimana mereka claim yang jam mereka mengikut pengiktirafan & standart yang sama malah lebih baik dari COSC. Sejarah telah membuktikan mereka benar. Jadi, buat apa perlu nak hantar check pula. Perdebatan hebat pada waktu itu menyaksikan ramai yang tidak setuju dengan Seiko. Tapi dasar pandang ke timur Jepun amat kuat & memberi impak yang besar dimana Seiko tidak langsung tunduk dengan desakan ini & meneruskan usaha mereka itu.

Pendapat aku, bagus juga Seiko berbuat demikian. Ini menunjukkan suatu daya usaha Seiko dalam penghasilan jam yang bermutu tinggi. Walaupun COSC tidak mengiktiraf jam Seiko, tapi pengiktirafan itu mereka diberi oleh mereka sendiri & diperolehi oleh pembeli di dunia. Ramai yang sukakan Grand Seiko yang setanding dengan Rolex pada ketika itu. Satu lagi, ia juga menunjukkan kuasa Jepun yang sebenar. Orang lain tidak boleh sewenang-wenangnya menyuruh atau menundukkan kuasa Asia & Jepun sudah membuktikan yang kuasa Asia tidak boleh di pandang enteng.


Seiko Kinetic Prepetual.
Jam ni mempunyai power reserve selama 4 tahun!


Inovasi yang Seiko hasilkan juga amat dibanggakan. Jika syarikat Swiss kebanyakannya hanya menggunakan enjin ETA, enjin in-house Seiko yang dihasilkan mampu menyaingi enjin ETA... malah Seiko juga menghasilkan enjin mekanikal yang orang lain tak terfikir sebelum ni. Jika yang lain masih dengan enjin mekanikal tradisional, Seiko keluar dengan enjin kinetik. Ramai juga keliru dengan automatik dengan kinetik. Ini akan aku ceritakan kemudian... Enjin kinetik mampu bertahan sehingga 4-7 hari jika cukup charged. Kini, dengan model Premier, power reserve model Premier Perpetual Calender mampu bertahan sehingga 4 tahun sekiranya tidak digunakan. Selain itu enjin high-end mereka seperti Grand Seiko memberikan suatu kayu pengukur yang kuat & seterusnya mereka menghasilkan pula enjin Spring Drive... gerakan jarum saat yang sweep & senyap.... the quiet revolution. Enjin high-end ini tidak dapat tidak, kena keluarkan lebih RM20k untuk memilikinya.


Seiko Spring Drive.




Seiko juga menghasilkan jam high-end untuk mereka yang bergelar jutawan. Credor Sonnerie dihasilkan bagi menyaingi & sebaris dengan jenama Swiss dalam kategori mewah. Mungkin ramai yang menyangka Seiko hanya menghasilkan jam dengan harga yang rendah. Mereka perlu tahu dengan lebih mendalam tentang setiap jenama sebelum smash tanpa fakta. Jam Credor Sonnerie ini hanya dijual USD$134,000 ja. Jika berkemanpuan... why not?

Sedikit sejarah ini mungkin boleh membuka mata mereka yang selama ini memandang rendah dengan jenama Jepun & berbangga pula dengan jenama lain... apatah lagi ada yang berbangga dengan jenama butik/fesyen. Jangan malu sekiranya anda sedang memakai Seiko di tangan sekarang. Walau berapa harganya sekali pun ia adalah jenama yang hebat & perlu berbangga dengannya. Tidak ada jenama Swiss yang mampu berbuat seperti Seiko.


------------------------------------------------------------------


Tahun 2009 menyaksikan dunia horologi diceriakan lagi dengan model terbaru diver Seiko. Dengan bentuk yang berlainan dari model diver sebelum ini & dengan design dail serta jarum yang sangat kemas memberikan kelainan yang amat ketara pada model ini. Hanya didatangkan dengan 1 warna dail pada ketika ini dengan 2 versi iaitu bertali getah ataupun bracelet. Bracelet nampak lebih kemas berbanding getah.... pada aku la... Mungkin lepas ni, Seiko akan keluarkan versi baru dengan pelbagai warna dail seperti model diver mereka sebeum ini jika sambutan memberangsangkan.


Gabungan ciri-ciri pilot pada jam ini amat ketara pada jarum & dail. Memandangkan aku juga suka jam pilot/military, ciri-ciri yang ada pada jam diver ni memberikan impak terbesar buat aku yang sukakan kedua-dua jenis jam tu. 2 in 1.... suatu yang jarang berlaku pada jam yang kita suka. Nampak macam model flieger tapi disaluti diver padanya.

Model yang belum diberi nama ini hanya dikenali sebagai 4R15, iaitu nombor enjin yang memacunya. Enjin ini merupakan enjin terbaru keluaran Seiko & mengikut spec ia mempunyai power reserve sehingga 50 jam.... suatu yang membanggakan & merupakan enjin automatik dengan power reserve paling lama dihasilkan Seiko pada jam diver mereka setakat ini... Tapi sayang.... tak boleh wind atau hack pun. Hanya model JDM sahaja yang memunyai enjin yang boleh hack & wind. Kalau boleh wind & hack, inilah jam yang paling perfect aku ada setakat ini. Diver + Pilot + hack/wind = PERFECT!!!

Memandangkan belum ada nama, aku nak bagi nama kat jam ni.... Diver + Pilot = Dilot.... Ok ka? Susah nak sebut 4R15.... terbelit lidah. Kena bagi satu nama yang mudah macam jam diver depa sebelum ni. Bagi la Sea Pilot ka, Army Dive ka, Black Army ka, Black Pilot ka..... pilih la yang mana suka buat masa ni.... Mungkin sebab baru lagi, Seiko belum bagi nama ataupun depa nak peminat yang bagi nama sendiri & mengguna pakai nama tu selepas ni. Entahlah... kita tunggu & lihat.


Yang aku perasan, dia punya font insert bazel tu hampir menyerupai datuk dia & juga model SKX Bond (yang masih dikeluarkan hingga hari ni). DNA datuknya diperturunkan & dimasukkan ke dalamnya. Patutlah handsome....


Seperti biasa luminous superluminova Seiko sangatlah memberangsangkan jiwa setiap kali melihatnya. Sangat terang & sama taraf seperti adik-beradiknya. Dari kiri Samurai, Monster & Dilot Sea Pilot Black Army Pilot of the Sea....


Crown yang sangat familiar inidiwarisi dari Monster & juga Sumo. Nampaknya Seiko masih sayangkan design crown sebegitu rupa. Crown skru ini sangat mudah diskru tanpa rasa bimbang tersenget & merosakkan tripnya. Pusingan crown sangat meyakinkan berbanding Epos aku yang kadang-kala senget semasa ingin skru ke dalam.


Pandangan sisi memberikan perspektif yang berlainan. Sekali tengok tak terasa ia adalah jam diver sebab bentuk begini tidak pernah dibuat oleh Seiko sebelum ni. Lubang pada lug masih dikekalkan ada pada jam divernya bagi memudahkan kita & finishing padanya tidak begitu 'bling' sampai menyakitkan jiwa-jiwa yang mamandang.


Lihat sahaja bentuk casingnya. Finishing brushed yang dibuat padanya halus & polished finishing pada bahagian bevel dibuat dengan cukup kemas. Bezel yang solid memberikan cengkaman yang bagus & tidak menyakitkan jari. Putaran bezel satu arah dengan 120 klik mengeluarkan bunyi klik yang sedap didengar & membuatkan aku suka untuk bermain-main dengannya. Syok sendiri... Hmmm....


Bracelet cukup solid memberikan keselesaan pada tangan. Nampak macam keseluruhan bracelet brush finishing, tapi Seiko tidak mahu nampak ia dibuat dengan begitu saja... sentuhan akhir polished finishing sebenarnya boleh dilihat pada bahagian sambungan link bracelet. Setiap sambungan tu adalah polished finishing. Design sambungan bracelet pada lug sangat ringkas tapi kemas. Design begini bukan sahaja mudah malah meyenangkan kita menukar tali. Jika tukar tali kulit tebal dengan jahitan benang putih di kelilingnya, memang jadi jam pilot teruslah. Nampak smart betul.


Extension clasp pada jam ni adalah sama seperti jam diver mereka sebelum ni. Ringkas & mudah dibuka.


Bentuk & design clasp juga sama seperti abang-abangnya yang lain. Langsung tak berubah. Yang berubah hanyalah saiznya. Ia lebih lebar dari yang lain.


Lambang tsunami kini lebih besar. Gerun pula aku tengok. Mungkin tak nak orang tersilap jam ni sebenarnya adalah diver & mungkin nak tunjukkan juga betapa divernya dia. Pandangan belakang memberikan pandangan yang cukup kemas & dibuat dengan cukup elok.


Cukup selesa & nampak sharp di tangan. Nampak cukup gagah & dari jauh pun boleh baca waktunya dengan saiz jarum yang cukup besar.


Dari sini nampak janggal skit, tapi hanya kalbu yang kenal manikam.


Aku tak pasti cermin hardlex ini ada coating anti-reflektif atau tak sebab dari banyak sisi, cermin jam ni seperti tidak kelihatan. Salah satu cara nak tau ada coating tu ada atau tidak adalah dengan melihat cerminnya dari banyak angle. Kalau nampak seolah-olah tiada cermin, coating tu ada padanya.


Crown guard nampak pelik skit. Tapi kalau semua jam sama je designnya, takda seni langsung. Kepelbagaian begini mencorakkan dunia kita. Kalau semua sama ja... balik-balik itu, balik-balik itu... alangkah bosannya dunia kita.

Setakat ini, aku belum pernah jumpa model terbaru ni di Utara melainkan di Penang. Itupun hanya kedai tertentu sahaja yang ada. Kedai yang besar pun tak jumpa jam ni & dengar katanya jam ni cukup laris. Di KL pun payah jumpa jam ni lagi. Mungkin sebab tu tak jumpa banyak & mungkin sebab tu kedai yang aku beli ni pun masih takda jam ni lepas aku beli tu. Stok baru takda walau beberapa kali aku ke kedai tu. Jam ni di jual di antara Rm1500-1800 mengikut jenis tali. Mungkin ada yang berkenan dengan jam tanpa nama ni.... rajin-rajinlah mencari...

8 KOMEN ANDA:

loque said...

salam.nice artikel..sy pon pernah kne pandang sinis sbb pakai seiko,tp x pe..dia org x kaji sejarah..pas ni siap r sapa2 nk kondem jam seiko sy..bg je artikel nih..haha

duniajam said...

Salam loque, mmg ramai pun pandang sinis. Tambah-tambah masa tengah belek Seiko tu, ada orang-orang yg camtu. Berdesing-desing telinga ni. Hehehe...

ex001 said...

hahaha tengah pakai seiko ni... hinsh hinsh (idung kembang ni)... lepas ni sapa pun takleh pandang rendah kat seiko dah... nice 1 bro...

mat saleh memang pelik... dia buat pertandingan ikut law (kepala otak diorang) tapi bila ada kaum lain asyik dok menang diorang ubah syarat. contohnya yg bro tulis ni... sebab asyik kalah terus bubarkan pertandingan.... dan yang terbaru ni tahun 2009 diorang buat lagi... buat pertandingan Accuracy jam tapi langsung tak jemput seiko... khusus utk jam2 swiss saja... dan hasilnya jaeger le coultour master compressor menang dgn cemerlang... hehehe hebat marketing depa...

satu lagi contoh dalam bidang sukan f1... dulu ya ya o bagi guna engine turbo... sekali honda develope enjin turbonya dan menang sampai 3 -4 tahun terus ubah peraturan enjin turbo tak dibenarkan, sebab ferrari tak bleh tapau honda hahaha...

4R15 Dilot ni memang solid... kena ada kat lengan baru boleh appreciate. kukuh dan padat... memang sesuai buat pakai lasak2... masuk hutan atau camping atau memancing laut dalam... juga sesuai dipakai ke pejabat tanah atau pejabat hal ehwal pengguna... versatile betoi la... pilihan yang tepat...
so?? 4R15 dah ada, 6R15 pulak kot???? hehe

Narong said...

takpe...kalau org nak kutuk seiko pun takpe....kalau aku pakai 6138 "tokei zara" ni pi kenduri2 kahwin pun still ada org dok tanya pasal jam aku nih...hahaha.....seiko dilot nih ada 2-3 kedai yg aku dah jumpa....tapi takpe...hasil buruan aku masih belum tercapai lagik....tunggguuu.....

JACK' TREASURE CHEST said...

JAM-JAM SEIKO IDAMAN KALBU:-
1) GRAND SEIKO movement manual winding 4520 high-beat 36,000 bph, 14K GOLD CAPPED, BROWN DIAL...IDAMANKU BILA LAH NAK DAPAT... HARGA RM6,500!!!
2) KING SEIKO 27JEWELS 4420-9990 CHRONOMETER HARGA RM12,500
3) SAPA KATA JAM SEIKO LOW CLASS? MAI AKU NAK TUNJAL DIA!!!!!!KIH KIH KIH

duniajam said...

bro ex001, sebab tu depa suka pi perang dgn orang. Suka cari psl dulu, bila dah kena, depa salahkan orang lak. Bias & tak adil. Itu yang berlaku & sapa pun takleh buat apa. Hmm...

Rasa macam dah nak dapat ke 6R15 tu... Wakakaka....


bro Narong, jam apa yg diburu? Ish, ish, misteri nih...


Tuan Syed, memang ada yang pandang lekeh. Tambah2 kalau orang tu dok layan jam2 butik. Siap kutuk lagi. Hish! Iyah!!!!

Shidi said...

bagus la artikel ni, patut la bpk aku minat sgt ngn brand seiko ni...terbaik rupanya

duniajam said...

Shidi, terima kasih. Ramai tak tau Seiko sebenarnya lebih hebat dari Swiss. Mungkin sebab kat mana2 ada Seiko, tu yg org rasa jenama biasa.