Tuesday, December 8, 2009

Long Way Round Semenanjung - Episod 6

HARI KETUJUH
Jumaat (6 November 2009)


Dah pagi barulah nampak dengan jelas resort tu. Resort ni best pasal boleh parking kereta depan bilik. Rasa selamat Beetle aku tu. Ismah Beach Resort menyediakan chalet-chalet seperti rumah teres. Kemudahan yang ada di sini adalah seperti kebanyakan hotel & resort. Ada juga kemudahan wifi, tapi aku nak masuk blog tak dapat. Ada juga disediakan padang (pasir pantai) seperti dalam gambar tu. Langit nampak mendung pagi tu. Perut dah lapar, jom makan dulu.


Kami makan lewat skit pasal sebelum tu cafe ni penuh dengan budak sekolah yang buat aktiviti di sini. Menu pagi tu hanyalah mee goreng, roti & air (kopi & teh). Rasa macam dok asrama plak. Hehehe... Takpalah, padanlah dengan harga sewa bilik.


Kami ke pantai. Kira padang kepada resort tu. Pagi tu ada aktiviti kat sini, tu yang terperap lama skit dalam bilik. Sangkar-sangkar ni menarik minat aku & tertanya-tanya apa dia. Pelik aku tengok sebab sangkar ni tersusun rapi & selari. Di tengah-tengah sangkar tu ada anak pokok. Wife cakap, diorang tanam pokok... tapi aku tak setuju... takkan tanam pokok sampai dekat gigi air. Hmm... takpalah apa pun.... sebab aku dok rasa macam sangkar telur penyu.... sebab pengurus tu cakap pantai ni tempat penyu mendarat.


Pasir pantainya tak seperti pantai di pantai timur sebelum ni. Pasirnya agak kasar & berwarna coklat. Pantainya juga pendek. Banyak aktiviti perikanan aku nampak di sekitar laut ni. Rasa macam nak join je brader tu tangkap ikan. Aku takda pengalaman langsung. Teringin gak sebenarnya.


Sebenarnya, pengurus resort tadi beritahu yang sebelah resort dia ada pusat pengurusan penyu. Wah! Munkin ini rezeki kami tengok penyu secara live. Sah! (gambar 1). Inilah tempat pengeraman & penetasan telur penyu (gambar 2). Sangkar ni terletak di luar pagar pusat tu. Posing comel depan pintu masuk (gambar 3).

Rasa teruja betul masa masuk tempat ni. Bila fikir-fikir balik, banyak perkara yang berlaku pada kami & bernasib baik semuanya berlaku atas kehendakNYA. Sebelum mengembara, aku berdoa supaya perjalanan kami lancar & diberkati. Alhamdulillah, kesemuanya berlaku mengikut kehendak & ada yang berlaku buat kami terperanjat. Sebab terjadi lebih baik dari yang disangka sebenarnya.


Rezeki kami.... Allah lorong kami untuk menyewa di chalet yang langsung kami tak bercadang nak sewa... sebab kalau GPS, nak sewa resort lain, tapi jumpa yang ni dulu. Rasa puas bila dapat tengok penyu live camni. Rasanya aku tak pernah tengok sekor pun secara live sebelum ni.... ish, ish kesian.... Ada beberapa ekor penyu sedang berenang berirama. Ada sekor macam tidur (penyu tengah yang paling besar). Senyap ja aku tengok. Lama juga perhatikan dia. Pastu barulah dia bergerak.... Di hujung kolam tu ada air 'terjun'. Ada sekor penyu dok berenang melawan arus. Syok kot dapat mandi air terjun. Tengok saiz pun rasanya budak-budak lagi. Suka plak aku tengok dia.


Ada satu lagi kolam. Tapi kolam tuntung. Pernah tengok beberapa kali sebelum ni. Takut-takut ja masa mula nak tengok. Ada macam-macam saiz & ada juga yang tengok smackdown yang lain.


Masa sampai, ada rombongan budak sekolah kat situ. Kami ke pusat informasi penyu (gambar 1). Masuk dalam, ada banyak benda yang dipertontonkan. Penyu-penyu yang sudah diawet pun ada (gambar 2). Ada display yang ada batu-batu karang & juga siput-siput (gambar 3). Rasanya kalau makan siput tu (gambar 4), mau kenyang terus. Besar tu sebenarnya. Dua kali penumbuk aku saiznya.

Lepas puas dok sini, kami pun nak teruskan perjalanan. Sebelum mengembara, dah set appoitment dengan kawan aku di KL. Bila sampai KL nak pi rumah dia. Beberapa orang kawan lagi pun nak jumpa termasuklah bro Detikduabelas.

Masa nak checkout, disebabkan tak puas hati.... aku pun tanyalah kerani resort apa benda sangkar kat pantai tu. Sah aku yang silap.... Dalam sangkar tu sebenarnya ditanam pokok. Pokok tu bertujuan sebagai penghalang tsunami. Sangkar tu plak, nak lindung pokok tu sementara nak besar. Aiseh man....


Perjalanan kami melalui jalan kampung menyaksikan pelbagai rupa rumah tradisional yang cantik-cantik. Design rumah tradisional Melaka amat berlainan sekali dengan atap rumah yang tinggi & meruncing serta beranda (yang pada aku comel). Kesemua ciri-cirinya menyebabkan rumah nampak cukup cantik & cute plak tu. Ada juga rumah-rumah moden tapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.


Kami melalui jalan Pengkalan Balak... laluan tepi laut (gambar 1). Rumah tradisional Cina masih dikekalkan di sini (gambar 2). Malam yang kami sampai, sebenarnya dah ke tepi laut tu (gambar 3) untuk cari kedai makan. Ada kedai makan kat situ, tapi orang ramailah pulak. Dalam perjalanan tu, jumpa satu bangunan yang masih dalam pembinaan, ingatkan hotel/chalet, rupanya LKIM punya kalau tak salah (gambar 4).


Laluan tepi laut pagi tu memberikan rasa yang sungguh segar (gambar 1). Angin sepoi-sepoi bahasa masuk ke dalam Beetle amat nyaman sekali. Dalam GPS semalam ada chalet tu (gambar 2). Jauh dari resort kami sewa tu. Chalet tak besar mana & parking kereta nampaknya macam takda. Kena parking tepi jalan tu ja. Syukur kami dijodohkan dengan resort sebelum ni. Kalau tak, tak berpeluanglah tengok penyu. Perjalanan sangat lancar & melalui Kampung Gerakan Daya Wawasan (gambar 4) di Kuala Sungai Baru. Sungai Baru di Perlis pun ada juga.


Perjalanan kami melalui banyak kawasan. Ada juga resort/chalet yang susah terbengkalai/tidak digunakan lagi (gambar 2). Rupanya ALAM terletak di laluan kami ni. Sekarang ni kami nak menghala ke Port Dickson melalui Kuala Linggi.


Rumah tu cantik betul sampai rasa rugi kalau tak ambil gambar (gambar 1). Tiga rumah tradisional Melaka yang tersusun begini sangat menarik minat aku melihatnya (gambar 2). Akhirnya sampai juga kami di sempadan Negeri Sembilan (gambar 3). Kelihatan rumah kampung di sini masih mempunyai pengaruh rumah Melaka padanya (gambar 4). Perjalanan menyusuri jalan ni sangat menarik dengan suasana kampung yang cukup memikat.


Akhirnya sampai juga di Port Dickson (gambar 1). Kami hanya lalu saja di sini & tak singgah mana-mana sebab pernah ke sini dulu. Banyak kali aku pernah ke sini dulu, konvoi moto, dengan famili & pernah juga berkursus di sini. Di Teluk Kemang aku pernah main banana bot dulu. Best juga. Elok cuba kepada yang belum pernah. Pakai plak jam diver, pergh! Best. Hahaha...

Banyak resort besar-besar di sini (gambar 2). Tapi macam dah tak digunakan lagi. Resort tu nampak usang. Siapa sangka resort yang ternama suatu ketika dulu (kalau aku sebut mesti semua tau), kini dah jadi gajah putih. Resort/chalet yang kecil-kecil pula yang survive sekarang.

Kalau tak disebabkan nak jumpa kawan aku di KL, aku takkan masuk highway ni (gambar 4). Kalau ikut peta, kami nak ikut jalan tepi pantai lagi sebenarnya. Kami nak menuju ke Puchong. Tapi sebelum tu.... ada tempat yang perlu aku kunjung dulu.... Litar Sepang. Wife tak pernah pi & aku pun dah lama tak ke situ..... nak imbau kenangan lalu.....


Hah! Dah nampak simpangnya (gambar 1). Kami ikut laluan ke Nilai..... rasanyalah.... Sampai juga ke destinasi (gambar 2 & 3). Beetle tengok litar dengan kusyuk skali. Dia tak pernah sampai. Beria-ia dia nak main trek... aku nak bawa dia masuk... tapi pak guard tak bagi. Ada event BMW kat dalam. Takot la tu.... Kang Beetle masuk... habis semua Beemer kena tinggal.... wakakaka.... KLIA dapat dilihat dengan jelas di hujung sana tu (gambar 4). Boleh nampak kapal terbang menerbangkan dirinya ke angkasa.


Saja nak imbau kenangan dulu. Rugi bro Narong tak ikut. Kasi dia terbakar skit. Ekekeke.... Masa dok main moto dulu, group aku Pitstop Riderz adalah team moto yang agak hardcore skit. Semua selamba & kaki layan koner. Ahli kumpulan tak ramai, tapi ahli dari Singapura pun ada. Semua member sangat sempoi & ahlinya pula masyarakat majmuk.

Tahun 2001 merupakan sejarah buat kami kerana buat pertama kalinya kami buat Pitstop Riderz trackday. Aku yang ragu-ragu pada mulanya, terus ikut akibat keracunan. Segala persiapan dah buat. Memandangkan syarat nak masuk trek Sepang tak seketat Litar Batu Tiga, aku beranikan diri masuk trek. Syaratnya mudah saja. Hanya perlu ada helmet fullface, sarung tangan & jaket kulit, jeans berpaded & kasut kulit melepasi buku lali. Untuk rider miskin macam aku ni, bolehlah join. Aku takda kasut riding, jadi aku pinjam kawan aku punya. Saiz besar, tapi aku pakai stoking banyak lapis. Ekekeke... Untuk paded lutut, aku hanya pakai pading roller blade saja. Camtulah rider miskin. Satu aku cover lutut & 1 lagi aku buat slider. Manalah tau kot-kot cecah lutut. Ehehehehe...

Yang nak main trek tak ramai. Yang lain tu sekadar penonton.... kononnya.... Bila aku dah start (gambar 1), kawan-kawan lain terbakar kot pasal tiba-tiba penuh ja trek tu dengan moto. Rupa-rupanya kawan-kawan lain pun masuk juga sebab 'terbakar.' Muahahaha... Marshall pelik tengok aku sebab laju semacam je kat straight. Tak laju mana pun... aku berani tekan sampai 180kmj ja. Mau tak laju, cc moto aku paling besar antara semua. Masa nak daftar, aku bagitau moto aku 250cc ja. Padahal 400cc. Nak murah bayar. Jahatnya aku.... Hehehe...

Layan punya layan, terlebih 'turun' plak... slider 'lari'... akhirnya lutut aku sagat jalan. Cis! Pedih betul. Aku masuk pit sebab seluar koyak (gambar 2). Kawan-kawan ingat aku jatuh. Aku cakap cecah lutut... gelak sakan depa. Ini baru cecah lutut. Kalau tak, cecah slider ja. Wakaka.... Kenangan manis sungguh masa tu. Tapi janganlah sekarang ni, aku dah takot dengan koner sejak kemalangan dulu.... fobia.....

Kenangan bersama kawan-kawan seperjuangan dulu sangat indah. Kami bukanlah mat rempit. Group kami cuba membawa kelainan & contoh dikalangan yang lain. Tapi kini hanya tinggal kenangan.... (gambar 3 & 4).


Masa nak minta masuk, pak guard macam tak bagi. Pelik aku. Kerek & muka tak senyum langsung walaupun aku cakap baik-baik. Buat garang baru tau... Aku cakap nak ambil gambar ja buat kenangan. Dah la datang dari jauh. Sorang guard bagi masuk, sorang lagi tak bagi. Wife dah masam muka. Aku pun nak naik angin juga... tapi tahan ja. Kena pi kursus budi bahasa dulu depa ni & hormat orang tua. Akhirnya depa bagi masuk. Dapat pass pelawat & masuk dalam.

Dalam dok ambil gambar tu, pak guard tu cakap boleh masuk muzium kat dalam tu. La.... boleh masuk pun sebenarnya. Tadi yang tak bagi pasal apa? Aku tengok pelancong bagi masuk dengan mudah plak. Orang luar bagi.... orang sendiri tak bagi. Hampeh.! Diskriminasi plak. Kena rayu baru nak bagi. Hampeh betul!!! Pelawat hanya dibenarkan masuk setakat muzium saja. Tak boleh ke trek. Maksudnya memang boleh masuklah sebab muzium tu memang dibuka setiap hari. Memang untuk pengunjung pun. Hmm.... Apa boleh buat, aku bukan ada kuasa pun. Setakat berleter dalam blog bolehlah...


Walaupun rasa sakit hati, kami ke muzium & cuba lupakan kejadian tu (gambar 1). Nasib baik guard di muzium baik & layan elok. Sejuk hati ni... Muzium ni menempatkan pelbagai kenderaan & sejarah automotif (gambar 2). Wah.... Beetle!!! (gambar 3)...... Tak kira aku nak pegang juga..... walau tak sampai... (gambar 4). Benda yang orang tak bagi tu yang nak buat sangat tu....


Antara kereta terawal dunia juga dipamerkan (gambar 1). Masih cantik keadaannya (gambar 2). Jaguar d-Type ni merupakan satu-satunya yang ada di Malaysia (gambar 3). Kereta yang pernah digunakan dalam perlumbaan dahulu, kini dijadikan bahan pameran untuk tatapan anak cucu. Aku lupa plak sapa pemilik kereka ni. Orang kenamaan punya sebelum ni. Bufori (original) juga dipamerkan (gambar 4).


Muzium ni 2 tingkat. Tingkat atas menempatkan kenderaan buatan Malaysia. DRB Hicom, Proton, Perodua & Modenas. Kereta tu (gambar 1) merupakan TD2000 yang dihasilkan di Malaysia. Kereta klasik ini dihasilkan dengan ciri-ciri moden padanya. RM250k je bang.... Gambar 2,3 & 4 pula merupakan Bufori buatan Malaysia. Kereta yang dibuat dengan tangan ni merupakan antara kereta mewah & pernah masuk dalam Majalah 3 suatu ketika dulu. Perlbagai model motosikal keluaran Modenas juga dipamerkan. Selepas ke kedai cenderamata (tak beli pun)... kami pun nak bertolak semula ke KL.


Susunan gambar ni terbalik sebenarnya. Masa keluar nak ke Beetle, ada lori besar sampai bawa moto skuter baru (gambar 4). Rasanya untuk test ride di litar. Tak pernah tengok lagi moto tu. Mungkin bakal ada di pasaran nanti.

Mana satu pilihan hati? (gambar 1 & 2).... sudah tentulah Beetle.... Perjalanan diteruskan semula (gambar 3) ke KL... Kami tuju ke Bangi dulu. Jalan tu aku tak pernah lalu sebelum ni.


Sampai saja di KL, kepala mula pening. Teringat balik masa dok KL dulu. Jalan sesak... aduuuu.... Sebelum sampai rumah kawan aku di Puchong, rumah kuning tu menarik perhatian aku. Macam Disneyland plak....

Urusan dengan kawan baik aku ni agak lama. Dekat pukul 5 petang baru selesai. Disebabkan tak sempat nak jumpa kawan-kawan lain, kami teruskan perjalanan. Nak ikut jalan lama balik. Kawan aku bawa kami keluar dari situ. Dia kat depan tu.... Kami terpisah & aku teruskan perjalanan nak ke Kuala Selangor ikut Faderal Highway....


Masa kat sini dulu, boleh kata setiap ahad aku akan ke stadium tu. Ada pasar karat kat situ. Aku dok pi beli majalah backdated ja. Selalu sangat beli sampai tokey kenal. Kalau aku beli mesti dapat murah.


Lega.... akhirnya masuk ke jalan lama balik (gambar 1). Walaupun jalan agak sibuk di Sungai Buloh, suasana kampung ni buat hati tertawa semula. Dulu lalu sini dengan moto, sekarang dengan Beetle pula. Jalan bengkang bongkok & banyak kereta. Tapi ada juga orang yang tak sabar nak potong. Dia ingat aku slow kot. Buta agaknya tak nampak kereta berderet kat depan. Siap bagi lampu & hon lagi. Masa jalan lurus, aku tak bagi chance langsung. Tekan sampai dia tak terkejar. Geram jugak aku.... Rasanya itu 'tempat' dia. Tu yang kureng skit dengan orang lain. Lantak dia lah.


Sampai Ijok, aku teringat kat kawan baik aku. Pernah dok serumah dengan dia bersama-sama Mejar Dr Faiz beberapa tahun. Sekarang kawan aku ni dah buka klinik gigi. Takda rezeki, dia takda plak. Takpalah..... kami teruskan lagi perjalanan. Kepada yang tinggal berdekatan dengan Ijok, bolehlah dapatkan rawatan pergigian dengan kawan aku ni, Dr Halid namanya. Aku jamin kerjanya sangat bagus. Masa student dulu, hasil kerjanya memang cantik.


Perjalanan ke Kuala Selangor akan melalui estet-estet kepala sawit. Jalanya besar & elok.... tiba-tiba aku ternampak papan tanda ke Kampung Kuantan.... Kelip-kelip.... tak fikir panjang, aku terus masuk simpang tu (gambar 2). Jalannya lebih kecik & tak berapa elok. Kami sampai di Kampung Kuantan lebih kurang pukul 6.30 petang. Tempatnya dibuat dengan elok. Tempat parking pun luas. Itulah pintu masuknya (gambar 4). Tapi kereta tak boleh masuk. Kena parking kat luar tu.


Disebabkan takda orang untuk ditanya, aku masuk ke dalam (gambar 1). Ramai juga budak-budak kat dalam tu bermain-main di taman permainan di situ. Ada beberapa orang tua di wakaf kat situ. Aku bertanyakan khabar depa. Salah sorang tu rupanya pendayung sampan untuk tengok kelip-kelip. Kaunter akan dibuka pukul 7.45 malam. Aku rasa elok sangat dah waktu kami sampai ni. Aku bercadang nak sewa hotel di pekan Kuala Selangor malam tu. Tengokkan air sungai waktu tu, agak menakutkan aku juga. Air pasang & arus agak deras. Satu macam je aku tengok & tak sedap hati sebenarnya. Berat betul rasa hati. Tapi sebab dah sampai & tak pernah ke sini, aku bercadang nak tengok juga kelip-kelip tu.

Sewa satu sampan RM40. Ok sangat rasanya. Lagi pun tak pernah tengok. Jadi, kami ke pekan Kuala Selangor dulu lebih kurang 11km dari situ. Ikut GPS ja. Cuaca mendung nampaknya.

Sampai pekan dah maghrib..... banyak hotel dalam senarai GPS. Satu persatu kami pi tengok (tolak hotel dalam pekan). Takda nasib, semua hotel penuh dengan peserta kursus. Tinggal hotel dalam pekan saja (hotel rumah kedai). Tak confident sebab takda parking khas. Kena parking depan kedai. Risau juga tinggal Beetle tak terjaga. Tak jadi.... Tukar plan, pergi tengok kelip-kelip & lepas tu terus gerak ke Teluk Intan.... jumpa mana-mana hotel/homestay.... singgah. Hujan gerimis mula turun sikit-sikit...

Masa tengok GPS balik ada satu lagi tempat tengok kelip-kelip... Firefly Park Resort. Kami ke situ sebab GPS tak dapat tunjuk jalan ke Kampung Kuantan. Tak tau apa masalahnya. Jadi kami ke resort tu dulu. Masuk kawasan kampung juga & sampai di resort tu di kawasan yang agak 'dalam'. Ada juga bas pelancong di sini. Sampai situ, ramai orang India... ada function malam tu. Masuk tanya kerani, boleh tengok kelip-kelip dengan bayaran RM15 sorang. Rasanya tempat tu milik India sebab semua pekerja India & orang kat situ pun India juga. Tak kisah pun. Tanya bilik ada kosong ke tak. Harga agak mahal & ditambah pula kerani yang tak mesra langsung, aku tawar hati nak sewa situ.

Kami ke masjid untuk solat. Sebelum tu nampak restoran mee udang. Lepas solat nak pi makan dulu. Mesra betul orang-orang kat masjid tu. Siap ajak aku minum dengan diorang lagi. Segan plak rasanya. Aku tak pi pasal ramai sangat pakcik-pakcik kat situ. Lepas solat, lepak kat Beetle. Datang sorang pakcik sapa aku & tanya aku dari mana. Terkejut dia kami pusing semenanjung dari Perlis. Lupa pula nama pakcik tu. Macam-macam nasihat aku dapat & dia bagitau kawasan tu tak berapa selamat. Barang-barang dalam masjid, kereta & moto banyak hilang. Terus aku tak sedap hati nak sewa situ. Macam-macam lagi la peristiwa yang dia cerita yang membimbangkan aku. Terus aku tak confident nak sewa hotel kat situ. Terima kasih pakcik. Lama juga kami bersembang. Lepas ucap selamat, kami ke restoran isi perut dulu...


Menu istimewa mee udang (gambar 1). Tapi takda kick & garam murah kat kedai ni (masin). Terus takda feel nak makan. Makan setakat yang lalu saja. Takpalah... Jom ke Kampung Kuantan. Buka GPS, Kampung Kuantan ada dalam senarai. Tapi tak dapat baca. Aku dah lupa jalan nak ke situ. Banyak kali cuba, tak dapat baca. juga Asyik ulang-ulang turn south, turn south.... south belah mana pun aku tak tau.

Berhenti tepi jalan & cuba lagi.... sampai ke sudah tak dapat baca. Tapi tempat lain, takda masalah pula... elok ja dia baca. Buka Kampung Kuantan..... tak boleh langsung. Ish.... macam ada sesuatu yang menghalang. Terus teringat yang aku tak sedap hati tadi. Apa yang berlaku malam tu macam cuba menghalang kami dari pergi ke Kampung Kuantan, apatah lagi untuk menyewa di situ. Minta petunjuk Allah.... aku & wife masing-masing tergerak hati untuk tidak pergi... Jadi kami teruskan perjalanan (gambar 2) untuk ke Teluk Intan. Sampai mana-mana hotel/homestay, kami akan singgah.

Rupanya ada hikmah di sebalik kejadian tak ke Kampung Kuantan tu. Baru-baru ni anak sedara aku datang dengan kawan-kawan dia. Salah sorang tu kampungnya dekat dengan Kampung Kuantan & rumah abang iparnya memang berhadapan betul dengan sungai tu. Maklumat darinya, kelip-kelip memang ada.... tetapi kalau hujan, sekor pun takda. Rugi ja kalau pergi... tapi yang buat aku rasa bersyukur sangat tu, kalau waktu hujan & air pasang, ada sang buaya dalam sungai tu. Rumah abang ipar dia pernah buaya dok bawah rumah. Alhamdulillah..... syukur..... Bila ingat balik apa yang berlaku malam tu, rupanya Allah nak lindung kami dari benda-benda tak elok. Macam-macam petanda & alamat yang dapat malam tu. Alhamdulillah, tak berdegil nak pi....

Perjalanan malam tu banyak kenderaan. Banyak hotel & homestay kami jumpa. Boleh kata setiap homestay yang ada di papan tanda kami singgah. Takda satu pun yang boleh sewa. Ada yang ok, tapi tak yakin keselamatan. Yang ok, penuh pulak..... kebetulan malam tu PM kita turun ke Sungai Besar. Ada apa ntah kat situ malam tu. Dalam berita pun ada. Hal politik punya. Habis semua bilik kena booking orang-orang ke Sungai Besar tu.

Sampai Sungai Besar, punyalah ramai orang. Aku ada snap gambar. Tapi tak clear langsung. Patutlah hotel semua penuh. Memang patut penuh pun. Terlalu ramai orang. Tak minat aku nak bersesak-sesak camtu. Buat pening kepala saja. Banyak homestay yang kami pi takda berita yang menggembirakan. Tiba-tiba masa sampai kat trafik light kat Sabak Bernam, wife ternampak satu signboard kecil homestay kat simpang trafic light tu..... on the spot aku terus masuk simpang macam Valentino Rossi..... skreeettt.....

Dah penat rasanya cari hotel/homestay.... Homestay ni takda dalam GPS & takda dalam papan tanda besar kat jalan. Yang lain tu ada. Masa sampai di homestay tu, aku cuba nasib tanya tuannya. Alhamdulillah.....


.... ada bilik kosong. Nampak macam bangunan baru.... mamang baru siap pun. Harga cuma RM70. Cantek!!!! Lega rasanya dapat berehat. Kalau ikutkan hati aku, aku nak drive sampai takat yang aku mampu & kalau mengantuk, singgah tidur mana-mana masjid ja.... kalau dah takda sangat hotel.


Bilik besar. Katil ada 2. Satu queen size & 1 katil bujang. Semua benda baru & disediakan tikar sejadah & arah kiblat. Hotel di Mersing dulu takda penunjuk kiblat pun. Hmm... Shower sangat best dengan deruan air yang cukup kuat & pencutan yang pelbagai. Boleh urut belakang badan. Puas hati betul. Alhaldulillah.... kami dilorongkan untuk menyewa di homestay best ni. Penat betul hari ni & progress pergerakan hari ni agak baik.... Badan pun dah letih... aku nak rehat dulu.....


ps: cerita misteri selepas ini....


akan bersambung di episod akhir....


4 KOMEN ANDA:

Narong said...

amboi...bakar nampak...time tuh aku xm semester laaa...tak dapat ikut...siuttt...!!!

duniajam said...

hahaha.... Rugi beb.... Serious best gilos.... Muahahaha....

ahmad norman said...

bro cepat sikit cerita benda misterius tu aku tak sabar nak dengar

Unknown said...

Hahahah.... Ok.... aku balik kursus nanti aku cerita.... jangan jadikan hidup anda diselububgi..... missssteriiii.....