Tuesday, December 22, 2009

Citizen Eagle 7


Citizen merupakan suatu jenama Jepun yang tidak asing lagi. Jenama yang sudah lama bertapak dalam dunia horologi ini bukan sahaja menghasilkan jam, malah alat elektronik juga dihasilkan, contohnya kalkulator. Tidak seperti watchmaker Jepun yang lain, enjin jam mereka sedikit berbeza dengan kelebihan winding pada setiap enjin yang mereka hasilkan. Suatu bonus untuk pengguna & aku sukakan fungsinya begini kerana jam Seiko & Orient di pasaran kita tidak boleh winding. Hanya Seiko JDM saja yang boleh winding. Kadang-kala jam itu akan 'mati' walaupun semasa dipakai akibat kurangnya power reserve ataupun kurang bergerak. Dengan fungsi 'kunci' sekurang-kurangnya kita tidak perlu khuartir jam akan mati walaupun tengah memakainya.

Rasanya sudah lama aku tak review jam. Rasa rindu pula nak membelai jam dengan lebih dekat... Kali ni jam Citizen Eagle 7 menjadi perhatian aku. Jam ini sebenarnya hadiah harijadi aku baru-baru ni. Sebenarnya, hadiah aku dah dapat dari isteri aku dulu.... Junkers JU52 6612-4 beberapa bulan yang lalu. Tapi untuk mengisi kekosongan waktu harijadi aku, aku beli juga jam untuk tatapan sempena harijadi. Payah juga nak tolak kehendak ni. Banyak betul dugaan.


Suluhan spotlight dari muka bumi memberikan impak maksima padanya...


Aku beli jam ni sebab berkenan dengan design jam yang nampak klasik-moden ni. Citizen Eagle 7 masih banyak & mudah didapati di kedai-kedai jam.....buat masa sekarang. Untuk informasi semua, model ini sudah tidak dihasilkan lagi oleh Citizen. Yang ada hanyalah stok lama yang tunggu untuk dihabiskan. Jadi, dapatkan satu sekiranya ada yang berkenan di hati.


Keseluruhan casing adalah stainless steel yang dibuat dengan kemas sekali. Bersaiz 36mm ia sangat sesuai dengan tangan-tangan yang tak seberapa besar. Designnya tampak hebat & cantik serta berjiwa muda. Penampilan casualnya tidak menampakkan ia tua seperti adik-beradiknya yang lain. Aku suka lekukkan di sisi casingnya. Mata aku nampak ia cantik dibuat begitu. Dail 2 tona boleh nampak pada pada sudut tertentu memberikan wajah ceria padanya.

Crown terselit pada pukul 4 seperti kebanyakan Seiko 5. Yang bezanya, enjin jam ini boleh kunci. Suatu bonus padanya. Penentuan tarikh & hari adalah jenis quick-set.


Marker timbul berwarna emas menampilkan ciri-ciri vintage padanya. Jarum & dail mempunyai luminous marker, tapi kadar nyalaan waktu malam tidak lama. Lambang Eagle 7 terpampang dengan gagah yang aku pun tak tau apa maksud nombor '7' tu. Kalau Seiko, nombor '5' tu memang memberikan maksud... tapi tidak pada jam ni. Entahlah Labu.... aku pun tak tau....

Model vintage Citizen Eagle 7 menggunakan cermin akrilik yang cembung. Tapi model ini bukanlah vintage sangat, tapi jam baru stok lama... ia menggunakan cermin mineral. Cuma bentuk casingnya adalah lebih kurang sama & tidak 'lari' dengan datuk neneknya...

Nombor enjin tertera halus pada pukul 6. Enjin Citizen banyak digunakan oleh jenama lain yang terbukti memang tahan & reliable. Miyota merupakan contoh terbaik anak syarikat Citizen. Invicta adalah antara jenama yang menggunakan enjin Miyota. Enjin Miyota banyak digunakan & menjadi pilihan selain ETA memandangkan harganya yang jauh lebih murah serta sangat reliable.


Caseback skru dengan brush finishing di bahagian tengah memberikan rasa istimewa & terjaga kerana menunjukkan pihak Citizen memang menjaga kualiti pada setiap jam-jam mereka walaupun ianya murah. Jam-jam mereka tidak dibuat sembarangan & menunjukkan mereka memang serius membuat jam dengan baik sekali.


Jaga-jaga, UFO nak turun..... lari......
Clasp jenis klip adalah seperti model vintage mereka. Brush finishing pada bracelet & clasp. Manakala polished finishing di bahagian tengah bracelet. Sekurang-kurangnya ia tidaklah 'bling' sangat bila dipakai. Jam jenis ini perlu ada sedikit sahaja ciri-ciri tu.


Bahagian sisi casing dipolished sangat berkilat. Bracelet yang digunakan padanya adalah jenis tidak solid. Tapi selasa di tangan.


Jam tampak hebat & cantik di tangan. Ringan, selesa & memberikan bacaan waktu yang mantap. Tampak handsome dengan baju kemeja & sangat sesuai ke majlis-majlis keraian. Tidak ramai orang muda sanggup pakai jam 'orang tua' ini. Tapi dengan jam ini, ia memberi kelainan dari yang lain.

Citizen Eagle 7 ini bakal menjadi sejarah tidak lama lagi. Model yang laris di pasaran suatu ketika dulu kini tenggelam dek model-model terbaru termasuklah model terbaru mereka sendiri yang lebih moden, cantik, bersaiz lebih besar & jauh lebih mahal. Ramai yang sudah terlepas pandang dengan Eagle 7 ini. Model Eagle 7 ini boleh didapati bawah RM300 di mana-mana kedai sebelum diskaun. Sebelum ia hilang dari pandangan mata & sebelum ia habis di pasaran, dapatkanlah satu untuk koleksi peribadi anda. Mungkin jam Citizen Eagle 7 boleh menjadi teman sejati anda kelak di waktu kesunyian...

6 KOMEN ANDA:

ayisy said...

Salam. Huhu. Aku suka gak jam Citizen Eagle 7 ni berbanding Seiko 5. Cuma satu jek aku kurang suka Citizen Eagle 7 nih, nak betulkan masa dan tarikh agak susah sikit sebab crown dia mcm terselit kat tepi tu. Mcm susah aku nak putar. Hehe..

Apa2 pun aku mmg suka jam ni sbb klu tak pakai tak pyh goncang2 mcm main Digimon. Hahaha..

ex001 said...

macam pernah tgk jam ni... teracun kat mana ni??... jam simple dan low profile sesuai dipakai ke majlis khatan kat kampung2... juga utk join otai kat masjid... hehe

duniajam said...

Psl tertengok orang tu pakai yg terus keracunan. Cari sebijik lak tu. Wakakaka.... Lawanya jam ni. hehehe...

Setiap jam ada ciri yang tersendiri. Ada kalanya ciri yang dia ada tu orang lain tak suka, tapi ada orang yg suka. Itu memberi kelainan pada setiap jam. Kalau semua jam sama ja, tak syok gak

sab said...

ada gak jam ni..suke2..

Yayan taufik said...

Saya punya pusaka dari buyut saya cermin cembung masih tampak baru lagi

Unknown said...

Sebelum Raya Haji baru ni sy Ada beli 1, tp xde cop egle 7, hanya egle sahaja, kedudukan haribulan pada pukul 3 Dan Hari pada pukul 9.