Monday, November 30, 2009

Seiko Samurai

Seiko SNM011K ataupun lebih terkenal dengan nama Samurai merupakan jam dari keluarga Prospek. Ia merupakan legasi yang diperturunkan Seiko untuk keluarga diver. Jam yang dikeluarkan untuk pasaran Jepun suatu ketika dahulu kini amat sukar untuk didapati kerana ia sudah tidak dikeluarkan lagi. Beruntunglah kepada mereka-mereka yang memiliki 'The Last Samurai' ini.


Masa aku dapat jam ni, keadaannya agak menyedihkan & aku teragak-agak nak ambil. Sebab jam ni tak seperti yang diharapkan & tak seperti yang dikatakan penjual. Rundingan oleh saudara Zahir, membawa aku berjumpa dengan pemilik jam ni di tempat yang aku tak sangka akan berjumpanya. Disebabkan takut tak dapat dah jam ni, aku 'pejam' mata & beli juga. Bezel jam dengan PVD coated ni agak bercalar (gambar 1). Tapi disebabkan warna nombornya silver, ia tak begitu kelihatan. Keadaan jam tak begitu terjaga & aku rasa tuan jam ni memang pakai lasak & hentam cukup-cukup. Celahan link bracelet nampak agak 'berdaki' (gambar 2)... begitu juga dengan clasp (gambar 3). Seperti diver Seiko yang lain, extension clasp adalah seperti yang lain (gambar 4). Ianya sama seperti Monster & juga Sumo.


Tidak seperti keadaan original, jam ini dipolished berkilat pada tempat yang tak sepatutnya. Bracelet sepatutnya mempunyai brush finishing di bahagian tepi link & polished finishing di bahagian tengah. Tapi jam ni, keseluruhannya adalah polished finishing.


Bukan saja bracelet, malah clasp juga dipolished. Termasuklah juga keseluruhan casing. Tak pasti tuan sebelum ni pakai apa untuk polish. Keadaannya bercalar-balar.... isk!


Yang buat aku ragu-ragu & pelik tu, ada bulu-bulu halus di celahan caseback. Perhatikan betul-betul. Tak pasti bulu apa. Mungkin rambut @ misai kesan shaving. Macam mana bulu tu boleh pi situ? Entahlah Labu....


Bahagian sisi casing stainless steel juga berkilat. Boleh nampak lagi kesan alur brush finishing yang sudah berkilat tu. Memang nampak betul jam ni dah dipolished.


Bila bracelet ditanggalkan, barulah nampak 'daki' di celahan lug pula.


Pembersihan

Bracelet ditanggalkan & nampak kotoran di celahan link & yang paling ketera ialah pada extension clasp. Kotor & berminyak pula.


Ini tips yang aku dapat dari saudara Detikduabelas. Bracelet jam lama & kotor boleh dihilangkan kotoran tu dengan merendamnya dalam air yang dilarutkan perahan limau nipis selama 24 jam. Kemudian gosok dengan berus (dicadangkan berus gigi berbristel lembut). Logiknya, air limau nipis merupakan asid nitrik yang merupakan asid lemah. Asid yang lemah ini dapat menghilangkan kotoran & minyak yang melekat di celahan bracelet dengan mudah. Bila gosok dengan berus, ia amat mudah ditanggalkan. Lepas tu bilas dengan air. Aku berus pula dengan air sabun. Baru betul-betul bersih.

Amaran!
Jangan sekali-kali rendam casing jam bersama-sama dengan bracelet. Kalau jam lama, sudah pasti jam akan lemas & kena jumpa doktor pula. Kita tak tahu sejauh mana ketahanan kalis air jam lama. Setakat aku buka jam lama, walau tertulis water resistant pun, air boleh masuk dari celahan cermin & paling tak boleh percaya... crown.



Lepas bracelet dicuci, inilah hasilnya. Keadaan bracelet bersih & kembali ceria serta tidak 'berdaki' seperti sebelum ni. Aku lapik bracelet atas majalah Stiletto.... Majalah yang tak boleh dibeli di mana-mana ni hanya akan dapat bila beli jam Rolex. Entah bilalah aku nak dapa pula....


Bezel ditanggalkan dengan 'pisau' pembuka caseback. Jangan takut nak tanggalkan, hanya masukkan pisau tu di celahan bezel & twist sampailah terkeluar. Bezel hanya dilekatkan dengan klip saja.


Lepas ditanggalkan bezel, barulah jelas keadaan sebenar di bawahnya. Banyak habuk & juga bulu-bulu halus di bawahnya. Keadaan o-ring bezel masih elok.


Inilah ring yang memegang bezel supaya tidak longgar & berbunyi 'klik' apabila bezel diputar.


Perhatikan gambar sebelum dicuci. Banyak bulu-bulu halus & habuk di sekitar bawah bezel. Lepas bersihkan... wah... berkilat hendaknya...


Bahagian caseback juga dibersihkan. Segala bulu-bulu halus di celahan caseback juga dibersihkan. Lepas buka caseback, barulah nampak enjinnya yang gagah itu. Enjin ini sudah diservis awal tahun ini. Suatu berita gembira buat aku...



Pengilapan

Untuk kerja polish ni, aku gunakan alat yang berupa berus yang dibuat khas untuk membuat brush finishing (gambar 1). Rupanya macam berus pinggan Scotch Brite. Dibeli dari eBay, benda kecil tu berharga lebih kurang RM60. Mahal beb. Tapi kesannya sangatlah puas hati. Penggunaannya harus sehala mengikut alur brush finishing tu (gambar 2 & 3). Kalau calar dalam, kena gosok lama skit. Lihat kesan penggunaannya. Lug kiri sudah digosok & kanan yang belum digosok & masih berkilat (gambar 4). Ikut original, bahagian atas & tepi casing adalah brush finishing. Itu yang cuba aku buat...


Lihat saja perbezaan sebelum & selepas penggunaannya. Dah tak bimbang kalau jam bercalar dengan adanya alat tu. Cara lain, boleh juga guna kertas pasir halus. Tapi aku belum pernah cuba cara tu. Ini tips dari otai jam.


Kalau dahulunya sisi casing yang besegi tu berkilat, kini rupa asalnya sudah dikembalikan.


Ini gambaran lebih jelas selepas sisi casing kedua-dua bahagian digosok dengannya. Sudah hilang kesan kilatannya tu.


Bahagian casing yang polished finishing, boleh dikilatkan semula dengan digosokkan autosol padanya.


Selepas dipolished autosol dengan jayanya... inilah hasilnya. Lagi lama gosok, lagi berkilat & semakin hilang calarnya. Tapi proses nak hilangkan calar ni bukanlah senang. Aku ada alat lain untuk kerja ni. Tapi aku tak pernah guna sebab kena guna alat khas macam alat doktor gigi tu (handpiece). Aku polish dengan autosol saja.


Untuk bracelet, 'berus' tu masih digunakan lagi (gambar 1). Clasp digosok dengan kuat & sehala (gambar 2). Boleh lihat perbezaan pada clasp (gambar 3).... hasilnya sangat mengambirakan (gambar 4).


Selepas polish, inilah kesan & hasilnya. Jika sebelumnya lug & bracelet berkilat, kini ia nampak lebih bermaya kurang calarnya kesan dari penggunaan 'berus' tu. Brush finishing sudah dikembalikan...


Aku sangat berpuas hati & rasa berbaloi beli benda tu walaupun ia mahal.


Seboleh-boleh aku cuba kembalikan rupa originalnya. Kalau sebelum ni aku rasa macam 'tersilap' beli jam ni, sekarang aku rasa sayang, berbaloi & bangga dengan hasil kerja aku ni. Rasa puas hari betul, jam yang sebelumnya agak sedih & murung kini kembali ceria & gagah.


Aku pasang tali getah ni pada jam ni, nampak ok juga. Beli tali ni pun sebab aku tak siap cuci braceletnya. Sebenarnya aku baru saja betulkan bracelet. Pin salah satu link sangat longgar & mudah tercabut. Nasib aku sangat baik sebab jam ni tertanggal braceletnya bukan semasa berada di tangan, tapi masa aku angkat jam ni. Lega betul. Macammana nak kenal tali Seiko diver original dengan tiruan? Senang saja. Tali original agak keras & tali tiruan adalah sangat lembut.


Hasilnya...

Keseluruhan jam ini adalah stainless steel. Mempunyai diameter casing 42mm, ia antara diver Seiko yang besar. Ia mempunyai design yang agak pelik dari kebiasaan diver. Bentuknya agak bersegi & nampak sangat unik. Tak tahu kat mana, boleh nampak ciri-ciri samurai padanya. Mungkin design bezel tu yang menampakkannya begitu.


Dail berwarna hitam mempunyai marker luminous Super Luminova. Bentuk jarumnya mempunyai rupa seakan-akan pedang samurai juga. Jarum saatnya diwarnakan merah pada hujungnya. Tidak seperti Monster, enjin 7S35 ini hanya mempunyai penunjuk tarikh. Enjin yang sangat reliable ini aku tak pasti pula berapa lama power reservenya. Bezel dengan PVD coating ini masih utuh walaupun bercalar sedikit & mempunyai luminous indeks pada bezelnya. Putaran bezel masih lancar tanpa sekatan & boleh diputarkan sehala sebanyak 120 klik.


Bentuknya nampak istimewa & unik. Kenapa Seiko dah hentikan pengeluarannya? Aku pun tak pasti. Tidak seperti jam diver lain, crown skru down ini tidak mempunyai crown guard. Sama seperti Monster & Sumo, ia mempunyai lubang pada lug bagi memudahkan bracelet ditanggalkan. Satu ciri yang menarik & dapat mengurangkan kesan calar pada lug serta mempercepatkan penukaran bracelet.


Dengan bracelet original, jam tidak dapat diletakkan flat. Kain biru tu sebenarnya kain micro fiber yang juga dibuat khas untuk polish jam. Kesannya juga sangat memberangsangkan.


Inilah keadaan lume jam ni (kiri). Sebelah kanan adalah legendary Orange Monster.


Sangat selesa pada tangan & sesuai juga dengan tangan yang kecil macam aku. Sangat kuat rupa samurai padanya. Kalau ada pedang di tangan, aku nak pakai baju samurai juga...


Tampak cantik & segak walau dipakai secara casual. Seller jam otai juga terkejut macammana aku dapat jam ni. Bukan saja dia, dealer Seiko Malaysia pun terkejut & tertanya-tanya dari mana aku dapatkannya. Kalau rajin, boleh tengok kat Mudah.my ada orang jual Samurai baru RM2.5k. Sampai tahap tu orang jual jam yang tersangat rare ni.


Selain warna hitam, ada juga Samurai dengan dail putih.


Ini pula adalah model Limited Edition. Mempunyai bezel 'Pepsi' & rupa dail yang berlainan dari Samurai biasa. Jarumnya juga berbeza.


Ini pula ialah model Titanum. Bentuk lebih kurang sama tapi mempunyai perbezaan di bahagian sisi casing. Ia juga mempunyai crown guard. Jarumnya juga lebih besar & mempunyai marker luminous yang keseluruhannya tirus. Dail oren & biru gelap boleh dijumpai pada model titanum. Bukan saja casingnya titanum, braceletnya juga titanum.


Seiko Samurai kini sudah menjadi sejarah. Ia sudah tidak dikeluarkan lagi & yang masih terjual di internet adalah stok lama. Kepada yang berminat, jangan buang masa untuk mencarinya kerana ianya semakin sukar didapati & banyak web sudah sold out. Rezeki aku untuk jumpa jam ni di Malaysia. Walaupun dibeli terpakai, aku sangat puas hati dengan keadaannya sekarang ini. Satu kenangan yang tak dapat aku lupa sebab jam ni dapat dalam pengembaraan aku. Suatu yang takku sangka terjadi, kini ianya milik aku...

22 KOMEN ANDA:

Timur said...

Pusing satu malaysia baru jumpa! Tahniah beb

ex001 said...

samurai dpt gelaran sebab jarum dia mcm pedang samurai kot... pahlawan jepun ni selalunya ada dua pedang... satu panjang satu pendek... yg panjang dipangey katana yg pendek, shoto...

tapi kalau tgk yg samurai limited edition tu dia guna jarum sumo la pulak

apa2 pun jam ni memang spesel... bukan senang nak dapat sekarang ni... dgn bracelet pun lawa dgn rubber strap pun lawa... tambah2 jam yg dah memang biasa ke medan perang dan penuh dgn calar2 parut2 battle scar tu... tu tandanya yg jam ni memang lasak dan tahan dibelasah... memang kena la dgn nick SAMURAI!.. nuff said... simpan jgn tak simpan bro...

duniajam said...

Bro Timur & ex001
Jam ni mmg sangat berharga la ni. Dah la memang susah nak dapat... memang susah pun. kena pusing M'sia baru dapat jam ni. Susah bebenor. Wakakaka...

Kenangan yg tak dapat dilupakan bila ingat balik detik2 masa mula deal jam ni sampailah jumpa tuan sebelum ni. Hehehe...

ahmad norman said...

tuan sebelum ni nak guna duit ke?kalau bro nak guna duit bole la let go at a higher price..bagila tau harga yg bro dapat

duniajam said...

Dia ckp nak guna duit. Aku tak tanya pula dia keje apa. Dari segi pakaian macam technician. Mmg nampak lasak betul jam tu dia guna. Lupa pula nak tanya berapa lama dia dah pakai. Tgk keadaan jam tu, memang lama dah.

Lepas dapat Sumo, tak tau jam apa plak nak amik. Mcm2 dlm kepala. Dok buka web hari2 jumpa macam2 plak. Kelabu mata aku dibuat. Hehehe...

pakalolo said...

salam bro dj, aku ckup brminat jam epos 3396 yg tuan beli tu,tp aku skang dlm dilema,ari tue pg tgk kt kedai usha nk beli epos tue nnt tp trnmpk plak longines (x tau model apa)..hrga mahal skit jer dr epos tue (lbih krg rm400)..just nk tanya pndpt bro..mana lg ok longines atau epos..n apa kelebihan masing2..harap dpt mmbantu..tq bro..

ahmad norman said...

pasni angkat la bullhead..ada org baru posting kat mudah.....

duniajam said...

Salam pakalolo, susah juga nak bagi tau yang mana terbaik. Longines tu model mana? Setiap jam ada ciri-ciri tersendiri. Tak semua ciri-ciri tu memenuhi kehendak piawaian yang kita nak. Seeloknya kita beli jam berdasarkan apa yang kita nak & bukannya atas jenama. Nanti sekelumit rasa tak puas hati tu akan bawa kepada penyesalan pula.

Tak semestinya juga jam yang lebih mahal lebih baik dari yang murah. Sebab ada yang menang jenama saja. Enjinnya sama saja. Dari segi kualiti, tak semestinya jam Swiss lebih baik dari Jepun. Semuanya bergantung apa yang kita nak dari sesuatu jam tu.

Aku punya cara nak pilih jam.... aku buat sistem permarkahan.... macam pro & kontra la. Yang mana aku suka, aku tambah markah. Yang ada flaw & tak suka, aku tolak markah. Jam yang banyak markah, itu yang aku beli. Aku buat camni psl aku tak mau tersilap beli. Dulu aku main beli je walau tak minat sangat pun. Pastu jam tu aku tak pakai pun.

duniajam said...

Bro Ahmad Norman, Bullhead antara jam yang minat suatu ketika dulu. Sekarang ni kurang skit pasal tengah dok gila dengan diver. Hehehe... Aku ada 2 Seiko Chrono 6139. Tu pun cadang nak tolak 1. Kena servis jam tu. Nak hantar tukang jam, sibuk sangat. Tak terbuat jam aku tu. Aku ambik balik. Nanti aku boh dalam blog. Orang yang minat, beli & servis sendiri. Aku jual murah-murah ja

ex001 said...

Betoi tu... beli jam yang betoi2 kita suka... nanti menyesal... kalau tak salah Longines hydro conquest kot... tapi kalau mahal rm400 je dari epos rasanya longines model quartz kot... sebab hydro conquest Rm3k lebih...

tu pun tak pasti la sebab dah lama tak usha longines model tu... hari tu dok belek Longines Legend Diver ja sebab tertarik dgn bentuk klasik dia tu...

Longines hydro conquest dan epos pakai enjin ETA yg sama. tepuk dada tanya selera tak gitu hehehe...

duniajam said...

Tu yang dok bagitau tu. Ada yang menang jenama walaupun quartz. Jual sampai RM3k pun ada. Contohnya Seamaster. Hampir terkena gak hari tu, sampai rasa nak beli sebab murah. Bila ushar betui2 rupanya quartz. Aiseh.... Dia menang brand & kualitinya. Boleh main hargalah.

pakalolo said...

bukan apa bro,bila nk tgk review jam kt internet..byk review longines jer but pasal epos tk byk sgt la..naper yek..bukan apa aku nie baru jer nk brminat dlm dunia jam nie..dulu minat tp pitih kureng..skang ada duit skit nk jgk rasa jam yg ada geran nie..he..he.alang2 beli biar pueh hati..tu yg nk tnya otai2 ni..tp dua brand nie mmg aku minat..ada brand swiss lain lg ker?..prefer diver auto..suggest..

duniajam said...

Epos mmg tak banyak. Aku tak jumpa lagi review pasal Epos diver. Sebab tu aku buat walaupun sekadar review amatur bukan pro.

Budget jam berapa? Boleh suggest kalau tau budget

pakalolo said...

mmm. aku bajet dlm..rm2k-2.5k jer..kalau tk diver pun ala2 diver pn ok jgk..asalkan auto n brand swiss..apa model utk epos or longines..or brand lain apa lg yek..

duniajam said...

Cuba ushar Mido Oceanstar. Ok gak aku tgk. Epos vs Longines vs Mido. Aku pasti jenama apa lagi bawah 3k.

Kalau ala2 diver, Sandoz Submariner. Tapi bukan Swiss Made. Buatan HK @ Spore, enjin saja Swiss. Ataupun jam Rusia/Jerman. Kalau jam jepun, memamang banyaklah pilihannya.

ahmad norman said...

tak baik kita menganak-tirikan jam yg lain...hehehehe diaorg pun ada perasaan juga kalau betul2 merqgam susah nanti kita...

duniajam said...

Hahaha... Kena pikir betul2 jam apa nak beli tu. Biar pilihan tu tepat. Kalau jumpa jam lain pun tak la rasa tak puas hati.

ex001 said...

pakalolo lawa nama ko... hehehe... kalau budget 2-2.5k byk jam boleh dapat... byk duit tu... oris, tissot, swatch, doxa, epos, revue thomen, etc...
byk model diorang yg cantik2... kalau tak diver pun yg 100m water resist dah kira masuk tool watch dah.. boleh buat lasak2 dah...

Oris TT day date cun... dalam lingkungan budget bro tu... takpun swatch chrono auto koleksi terbaru... baru 1k lebih... swiss made + chronograph lagi... mana nak cari swiss chrono baru harga tu sekarang ni...

Mido yg bro DJ cakap pun ok... doxa sub aquaman pun ok... tapi tak 100% swiss la tapi movement still ETA swiss...

Tag heuer pun boleh dapat dlm 2.5K... aquaraces model lama... tapi kena rajin survey sikit la sebab susah jumpa jgk ni... kena ada luck

kuro96inlaila said...

Terdapat pembetulan yang perlu dibuat dalam post ni,

Asid yang terdapat di dalam air limau bukan asid nitrik.Dan asid nitrik bukanlah asid lemah,ia adalah antara asid bukan organik yang kuat.

Yang terdapat dalam air limau ialah asid sitrik,asid organik yang lemah.

Kalau kandungan dalam air limau tue adalah asid nitrik,sudah tentu manusia tidak boleh memakan limau. :D

duniajam said...

Terima kasih kuro96inlaila,

Kesilapan berlaku di situ. Terima Kasih atas teguran anda.

Unknown said...

Salam bro, menarik entri ni. Boleh saya tau di mana boleh saya dapatkan brush polish tu selain di ebay?

Terima Kasih...

duniajam said...

Salam muhammad fadhil masri,

Minta maaf byk2... tak pasti lak kat mana jual brush tu kat sini... tapi ada kawan yg pernah buat... dia beli berus pencuci pinggan mangkuk jenama Scoth Brite yg keras... ianya berkesan juga. Mungkin anda boleh cuba...