Thursday, September 17, 2009

Rolex Submariner


Submerge = selam
Marine = marin/laut
Submerge + Marine = Submarine (kapal selam)

Mungkin disinilah nama SUBMARINER datang. Namanya sendiri sudah menunjuk sifatnya sendiri. Bila sebut Submariner, lain tak bukan Rolex Submariner akan terbayang di kepala dulu. Rolex lah yang menggunakan nama ini dulu sebelum menjadi ikutan jenama lain.

Iklan Rolex Submariner pada tahun 1956.


Rolex Submariner merupakan jam yang dikeluarkan untuk diving & amat terkenal dengan sifat kalis airnya. Model pertama Submariner dikeluarkan pada tahun 1954 di perkenalkan di Swiss Watch Fair. Dengan bentuk klasik & evergreen ini, ia masih mendapat tempat di hati jutaan peminat jam di seluruh dunia... termasuklah aku... Selain dipakai samada di darat, di laut atau di cuaca sejuk di Artik... jam ini juga merupakan selebriti Hollywood apabila turut berlakon dalam filem James Bond di mana ia merupakan jam tetap yang dipakai Sean Connery dalam filem itu.

Bond.... James Bond...



Pada tahun 2003, Rolex telah meraikan model Submariner sempena ulang tahun ke-50 dengan keluaran khas Rolex Submariner anniversary edition (16610 LV). LV tu bermaksud 'Lunette Verde' & ia bukanlah jam edisi terhad kerana ia masih dikeluarkan sehingga kini. Tiada istimewanya edisi ini melainkan warna bezel, marker & jarum yang berlainan sedikit. Selain itu ia juga menggunakan Maxi dail seperti yang digunakan pada Yacht-Master.



Ini adalah model Submariner 14060M yang tidak mempunyai tarikh. Model 16610 adalah model yang mempunyai tarikh + cyclop. Casing stainless steel solid 904L merupakan bahan stainless steel paling berkualiti tinggi, paling keras, paling tahan & hanya Rolex saja yang menggunakannya. Sebab tu mahal.


Bersaiz 40mm dengan polished finishing di bahagian tepi & brushed finising pada bahagian atas membuatkan jam nampak begitu cantik, amat ekslusif & cukup kemas. Bentuk yang evergreen ini menjadi inspirasi kepada jenama lain untuk menirunya. Bentuk begini akan bertahan lama walau berpuluh tahun lagi pun & akan menjadi sebutan sampai bila-bila.


Gagah walaupun hanya duduk diam. Bezel hitam dengan indeks yang jelas ini menambahkan kehenseman jam ni. Cukup sesuai walau untuk dipakai secara casual. Orang pun takkan tahu yang kita sedang pakai jam diver kerana rupanya yang begitu low profile. Tu yang best.


Crown screw down dengan sign Rolex yang kemas & cantik. Caseback skru ni memerlukan pembuka yang dibuat khas untuknya. Mempunyai lubang pada bahagian lug untuk memudahkan membuka bracelet. Ia mempunyai sistem Triplock yang menggunakan sistem tiga gasket yang boleh dikenali dengan 3 dot pada crown seperti ini. Ini akan menambahkan lagi ciri-ciri keselamatannya sebagai jam diver.


Pihak Rolex mengatakan cermin jam mereka adalah kalis peluru. Kalau pegang akan rasa ke-solid-annya. Licin, tebal & rasa lain dari cermin biasa. Susah gak aku nak cerita. Kena rasa sendiri. Mempunyai print logo Rolex yang kecil pada cermin di pukul 6 & tak nampak kalau tengok begitu saja. Kena teropong betul-betul & kena dengan anglenya, baru nampak lambang tu. Jam replika pun ada lambang ni, tapi logonya besar & print di cermin bahagian atas. Pada jam ori, print logo tu di bahagian dalam cermin.


Dail hitam & berkilat dengan marker yang jelas adalah ciri-ciri jam diver yang sejati. Terdapat luminous marker pada dail & jarum. Jarum jam dengan lambang Mercedes menaikkan rasa mahal jam ni. Mungkin sebab kereta Merc tu mahal & eksklusif, jadi mereka guna lambangnya dalam jam untuk menunjukkan rasa mahal tu. Aku ni pandai ja buat andaian, fakta yang betul aku tak pasti pulak.. Ekekeke... Bahagian tepi dail ada engraving R O L E X di sekelilingnya.


Logo keramat 'mahkota' tu menjadi idaman ramai. Mahkota yang membolehkan ramai orang telan air liur saja melihatnya. Tertulis SUBMARINER pada dail & kalis air sehingga 300m. Movement chronometer yang mendapat pengiktirafan COSC, mempunyai Perpetual rotor yang sensitif & akan membolehkan jam bergerak walau dengan hanya pergerakan tangan yang amat sedikit.


Saiz 40mm ni amat sesuai dengan tangan aku. Rasa lain dari yang lain bila pakai Rolex ni. Cukup solid & selesa di tangan. Terima kasih kepada sahabat kerana bagi peluang aku rasa jam ni. Nak beli tak mampu.... lagi.... Hehehe.... dapat rasa pun dah bersyukur.....


... tapi lepas cuba jam ni.... aku jadi tak keruan & gila bayang pula dibuatnya. Adoi la... Aku dah jadi minat gila dengan Submariner. Lepas tu, aku mula memburu jam-jam Submariner pelbagai jenama. Beberapa jenama yang aku dah short list untuk tatapan.


Solid stainless steel bracelet ni cukup selesa & berkualiti tinggi. Bracelet jam ni tiada 'slack' & tidak longgar seperti jam lain. Amat solid gerakannya. Takkan ada la perkataan "adoi" keluar dari mulut akibat bulu roma tercabut angkara bracelet.


Logo Rolex yang embose pada clasp. Mempunyai extension seperti jam diver lain (salah satu ciri wajib pada jam diver).


Engraving yang cukup cantik pada clasp.



Rolex Sea-Dweller
Ini merupakan keluaran yang berlainan & diasaskan dari Submariner. Di keluarkan pada tahun 1971, ia merupakan versi heavy-duty kepada Submariner. Mempunyai casing yang lebih tebal, saiz yang lebih besar & cermin yang lebih tebal. Ia mempunyai features tambahan di mana ia mempunyai escape valve di bahagian tepi casing yang aku sendiri pun tak pasti untuk apa. Yang aku faham ia diguna bersama dengan campuran gas helium pernafasan. Secara logiknya, apabila kita menyelam laut dalam yang mempunyai tekanan yang tinggi, jam tersebut juga akan mengalami tekanan yang tinggi juga. Apabila gas ada di dalamnya, ia dapat mengurangkan tekanan yang dikenakan kepada jam tersebut disebabkan di dalam jam sudah ada tekanan & gas tersebut boleh dikeluarkan setelah kita naik ke daratan melalui valve itu juga. Konsep ini juga diguna pakai kepada baju selam yang besar macam robot tu. Kepada yang lebih arif, silalah tegur kalau maklumat ni salah.

-----------------------------------------------------------------------

Pengeluaran Rolex Submariner telah memberi impak yang besar kepada hampir semua jam diver. Penciptaan jam ini telah memberi idea & inspirasi kepada jenama lain untuk mengeluarkannya juga. Apa saja ciptaan yang mempunyai idea & memberi inspirasi kepada sesiapa dipanggil homage. Jam homage bukanlah jam tiruan ataupun replika, tapi jam original yang mempunyai ciri-ciri jam yang sama dengan jam 'puncanya'. Homage juga menunjukkan rasa hormat jenama lain kepada 'puncanya'. Dalam kes ini ia merujuk kepada Rolex lah. Rolex harus berbangga kerana ciptaan mereka yang lebih 50 tahun ini telah menjadi inspirasi & idola kepada pengeluar jam lain. Peminat jam juga harus berterima kasih kerana sekurang-kurangnya kita dapat 'merasai' Submariner walaupun ianya homage. Ini adalah satu alternatif kepada peminat jam yang tak mampu beli Rolex, boleh membeli jenama lain (original) yang menyerupainya. Terima kasih ya...

Berikut adalah merupakan jam yang mempunyai ciri-ciri & homage kepada Rolex Submariner:


ARA
Jenama yang jarang sekali kita dengar. Menggunakan enjin Swiss ETA 2824-2 sebagai penggeraknya.


Invicta
Satu lagi jenama dengan ciri-ciri Submariner. Menggunakan 2 jenis movement samada dari Miyota (21 jewels) ataupun ETA 2824-2. Yang pakai enjin Miyota harganya lebih murah dari ETA. Saiz 40mm seperti Submariner & kalis air sehingga 200m.


Orient juga mengeluarkan Submariner mereka juga. Dengan menggunakan in-house movement (21 jewels) mereka sendiri, ia boleh didapati dengan harga sekitar RM700+ (sebelum diskaun). Bersaiz 40mm & kalis air 100m.


Sandoz Submariner
(Model keluaran Singapura)

Suatu ketika dulu, Sandoz adalah keluaran Swiss. Tapi sekarang, syarikat Hong Kong telah mengambil alih. Mereka mempunyai kilang di Hong Kong & Singapura. Sebab tu, mereka tak boleh claim 'Swiss Made' pada dail. Walaupun syarikat yang sama, tetapi pengeluaran & ciri-ciri jam yang mereka keluarkan adalah berbeza. Casing dibuat disana, tetapi menggunakan movement ETA2824-2. Mempunyai saiz 40mm tetapi hanya kalis air sehingga 100m sahaja. Tapi memadai untuk kita buat aktiviti air walaupun tidak menyelam ke dasar lautan biru...


Ini adalah Sandoz Sub keluaran Hong Kong. Mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari keluaran Singapura. Nampak sama tetapi berbeza. Menurut seller, Sandoz adalah homage yang paling dekat dimana 90-95% hampir sama dengan Rolex Submariner.


Model Singapura (kiri) vs Hong Kong (kanan)

Aku senaraikankan perbezaannya:
  • Logo Sandoz HK yang berbeza dari SG
  • HK dail hitam flat (matt black) vs SG dail hitam berkilat.
  • HK mempunyai tulisan Swiss Calibre pada dail vs SG hanya tertulis Swiss.
  • Cermin HK mineral vs SG sapphire kristal.
  • Crown HK bersaiz kecil vs SG bersaiz besar & menyamai Rolex.
  • Bracelet di bahagian tengah HK brushed finishing vs SG yang berkilat (polished) di tengah.
  • HK tidak mempunyai lubang pada lug vs SG mempunyainya.
  • Caseback HK yang flat vs SG seperti Rolex.
  • Ketebalan casing HK yang tebal vs SG yang lebih nipis.
  • Clasp HK logonya embosed vs SG mempunyai perkataan SANDOZ engraving pada clasp.
Ini adalah perbezaan yang dapat aku nampak. Mungkin ada yang aku tertinggal. Walaupun adik-beradik kembar, ianya serupa tapi tak sama.


(Gambar ehsan dari Jamlama. Tq bro)
Lihat saja ciri-ciri jam ni, memang serupa dengan Rolex. Saudara Jamlama menjual jam ni dengan harga yang cukup berpatutan. Harga pasaran jam ni aku tengok kat kedai RM2k+.



Epos Sportive merupakan satu lagi keluaran Swiss yang mempunyai ciri-ciri Rolex. Walaupun bukan homage, Epos bukanlah ingin menjadi Rolex sebab ciri-ciri Rolex sedikit padanya. Mempunyai 2 model iaitu 3241-B yang bersaiz 38.5mm (kiri) & 3253-B dengan saiz 40mm (kanan), menggunakan cermin sapphire, ia adalah kalis air sehingga 200m & menggunakan movement popular ETA 2824-2.


Epos Sportive 3396
Saiznya lebih besar & adalah model terbaru dari yang satu lagi (menurut seller). Bersaiz 44mm, cermin sapphire & kalis air 200m ia juga tidak ketinggalan dengan movement popular iaitu ETA2824-2 seperti adiknya itu. Jika diibaratkan ia Rolex, jam ini seperti abang kepada Submariner iaitu Sea-Dweller kerasa saiznya yang besar & robust. Ia juga nampak lebih kemas, ekslusif & mewah dari adiknya itu.



Rolex Submariner telah melakar suatu sejarah dimana ramai peminat & pengumpul jam masih mencarinya walaupun usianya sudah melebihi 50 tahun. Masih boleh dijumpai model baru jam ini di pasaran. Dengan usia yang sudah menjangkau setengah abad, ia masih menjadi pujaan ramai walaupun ia sudah lama di pasaran. Submariner dihatiku...

3 KOMEN ANDA:

Zulekhzan B. Fauzi Saadi said...

slm,artikel yg menarik,ayah aku pakai jam ni,dia beli tahun 1982 di Singapura,harganya masa tu RM2500...puas dah aku bodek suruh bagi kat aku je jam tu sebab dia simpan dalam laci je..jarang pakai..tak nak dia...FYI,tinggal 1 saja lagi stok sandoz sub ni kat aku....3 dah jual...sapa2 yg berminat tu...kontek je aku yee...

duniajam said...

Terima kasih. Harga dulu memang berbeza & murah. Tapi masa tu, RM2.5k mau sama dengan 10k sekarang ni. Tak ramai mampu beli gak.

Sandoz ko jual tu mmg sangat lah berpatutan. Kepada sapa yang berminat, hubungi saudara Ijan sementara stok masih ada.

Muzill said...

Jam invicta dalam paparan blog ni lebih kurang sama yang Tuan Syed Mohri jual sedikit masa dahulu cuma beza dari warna bezel dan dial yang berwarna biru dan bukan hitam.