Sunday, September 13, 2009

Epos - Artistry In Watchmaking



Artistry in watchmaking... Itulah tagline yang digunakan EPOS. EPOS suatu jenama yang hebat seangkatan dengan jenama Swiss lain. Tapi tak ramai yang tahu jenama ni termasuklah seller jam sendiri (ini berdasarkan pengalaman aku sendiri). Mungkin dia tak begitu tahu tentang jenama Swiss sebab sejak sekian lama, dia hanya jual jam Jepun. Mungkin juga ramai telah sebati dengan jenama popular seperti Omega, Oris, Rolex, Titoni, Tag Heuer, Tissot dan lain-lain lagi. Lain dari jenama popular ni, mungkin ramai yang tak biasa dengar.


Permulaan EPOS

EPOS bermula pada tahun 1925 & ditubuhkan oleh James Aubert (seorang jurutera jam) di Vallee de Joux (pusat jam mekanikal dunia). James Aubert adalah seorang pakar dalam bidangnya dimana beliau menghabiskan masa & kerjanya untuk menumpukan kepada pembangunan teknikal jam chronograph & minute repeaters. Beliau mendapat kemahiran ini semasa beliau bekerja dengan pengeluar movement 'Valjoux' & 'Landerson'.

Seperti tradisi watchmaker yang lain, beliau menurunkan ilmunya kepada anak saudaranya, Jean Aubert & menantunya, Jean Fillon (sehingga kini merupakan ketua jurutera jam di EPOS). Jam-jam yang complicated dibuat dengan kerjasama rapat dengan watchmakers EPOS.

Salah satu movement kunci EPOS


Penubuhan Syarikat

Di awal tahun 1980an, kejayaan jam Swiss telah tergugat dengan terciptanya teknologi quartz yang telah merubah industri jam tangan secara radikal & significant. Tiada sesiapa yang ingin lagi menghasilkan jam mekanikal pada waktu itu... kecuali beberapa jenama luxury.

Peter Hofer adalah seorang pakar yang telah lama bergiat dalam pembuatan jam Swiss, masih percaya dengan masa depan jam mekanikal. Dengan visi ini, beliau & isteri, Erna telah mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat mereka pada tahun 1983 iaitu Montres EPOS SA.

Hubungan yang baik secara peribadi dengan mereka yang terlibat dalam bidang pembuatan jam di workshop Jura Mountains & Vellee de Joux, serta pengetahuan yang luas dalam pasaran jam global, membolehkan Peter Hofer untuk lebih cepat manghasilkan jenamanya sendiri. Sejak dari awal lagi, EPOS sudah menjadi jenama jam mekanikal dengan inovasi yang cukup hebat & menarik. Selama 20 tahun beliau kekal dengan visinya, menghasilkan koleksi yang cukup hebat dengan makanisma yang unik... dimana ini adalah dengan kerjasama rapat beliau dengan Jean Fillon.

Pada tahun 2002, Peter Hofer mencari pengganti yang boleh berkongsi minatnya dalam jam mekanikal & yang sanggup untuk mengambil alih & memperluaskan perniagaan EPOS. Ursula Forster merupakan individu bertuah yang telah memasuki keluarga watchmakers & suaminya, Tamdi juga mempunyai pengalaman yang hebat dalam industri pembuatan jam Swiss telah menampakkan mereka adalah calon pengganti yang terbaik.


Kesempurnaan Swiss dalam setiap perincian

Semangat & penghasilan jam yang bermutu tinggi oleh watchmakers telah meningkatkan reputasi jam buatan Switzerland di seluruh dunia. Jam tangan EPOS dicipta dengan penuh minat (passion), dikeluarkan dengan ketepatan di workshop Jura Mountains & Vallee de Joux; & dipasang dengan penuh perhatian & tumpuan di Grenchen (the most famous in the watchmaking heritage).

Jantung kepada EPOS terletak pada movement mekanikalnya. Movement asas datangnya dari pengeluar reowned Swiss, yang kemudiannya diubah oleh watchmakers EPOS yang menambahbaik dengan fungsi istimewa & dekorasi yang mengagumkan. Ciptaan terbaru yang dihasilkan di workshop Jean Fillon, James Aubert SA adalah berasaskan movement vintagenya, yang mana sudah tidak dikeluarkan lagi. Setelah siap, movement tersebut didekorasi dengan sebaik mungkin, terperinci & halus, yang selalunya dibuat dengan tangan. Hampir semua model jam EPOS dibuat dengan caseback yang mempunyai cermin kristal untuk membolehkan si pemakai melihat & mengagumi kerja mereka. Hasilnya, koleksi EPOS banyak yang dicari oleh pengumpul & pencinta jam tangan. Memang betul. Lepas aku tengok koleksi mereka di butik, aku cukup kagum dengan hasil kerja mereka yang cukup halus & cantik. Teringin skali nak milikinya suatu hari nanti. EPOS menawarkan jam mekanikal yang berkualiti tinggi dengan fungsi yang menarik dengan harga yang berpatutan. Selesai dengan usaha, perhatian yang penuh teliti & halus terhadap penghasilan jam mereka, mengikut tradisi watchmakers Swiss, mereka sangat layak untuk digelar "Artistry in Watchmaking".


Inovasi

EPOS sangat berbangga dengan inovasi in-house mereka. Sebagai contoh, fungsi istimewa seperti penunjuk power reserve, big date ataupun moon phase dibangunkan di workshop Jean Fillon, James Aubert SA. Movement yang complicated ini memerlukan teknik & kemahiran yang baik untuk menghasilkan sebuah jam yang bukan saja menarik tetapi sebuah hasil seni yang hebat.

Ciptaan in-house ini dibina samada dengan menggunakan calibre asas dari Unitas ataupun dengan movement yang sudah tidak dikeluarkan lagi dari Peseux. Akhir proses, kesemua movement tersebut akan dibuat sentuhan akhir secara individu, termasuklah ukiran tangan. Jadi, tidak hairanlah mengapa harganya tinggi & koleksi mereka sangat cantik & berinovasi berbanding jenama lain. Sangat sesuailah dengan tagline anugerah mereka itu.

Pelbagai model telah dikeluarkan EPOS. Berikut merupakan model yang dikeluarkan mereka bersama gambar antara koleksi mereka itu:


Elegance


Emotion


Originale


Oeuvre d'art



Passion


Perfection


Sophistiquee


Sportive



Selain model-model ini, mereka turut mengeluarkan model edisi terhad (Limited Edition). Paling tinggi pun cuma 999 unit.

Ref. 3400 - GMT - Limited Edition (999 unit)

Aku bertuah kerana dapat melihat model ini di salah satu butik mereka di Penang. Jam ini hanya ada satu saja di kedai tu & kemungkinan satu-satunya di Utara. Tuan kedai sempat tunjuk kat aku sebelum ia diambil oleh seseorang yang sudah lama booking jam tu. Sempat tengok beberapa minit sebelum tuan barunya bawa balik. Jam cukup cantik & unik. Berharga RM5k+.

Ada beberapa lagi model edisi terhad yang mereka keluarkan. Salah satunya memang dibuat khas untuk Malaysia. Aku akan ceritakan pada artikel akan datang. Mungkin suatu hari nanti jenama ini akan menjadi salah satu koleksi aku.

0 KOMEN ANDA: