Thursday, July 16, 2009

Seiko Chronograph 6139-6012



Ini adalah jam pertama automatik aku yang berfungsi chronograph. Nak beli model baru chrono auto, mahal sangat pula harganya. Jadi, aku beli yang mampu sajalah. Secara keseluruhan aku berpuas hati dengan jam ni. Keadaan casing agak bercalar masa aku beli & didatangkan dengan buku manual sekali. Best...


...tapi tak guna sebab bukannya bahasa Inggeris, tapi Spanish... waduh! Macam tahu-tahu ja aku faham.


Tali baru dipasangkan pada jam ni dari jenama Esprit. Aku suka tali ni sebab ada jahitan benang putih di sekelilingnya seterusnya 'menaikkan' lagi rupa macho jam ni. Terus manchur aku dibuatnya.


Mempunyai 2 button dengan crown yang hampir selari dengan body casing. Setting hari, crown perlu diputar lengkap 24 jam untuk menukar hari. Perlu putar crown sehingga bertukar ke hari yang diinginkan tu. Penukaran tarikh pula agak menarik. Crown hanya perlu ditekan ke dalam. Tarikhnya akan bertukar setiap kali crown ditekan. Cukup menarik & unik.


Stainless steel casing dengan diameter 38mm. Mempunyai penunjuk hari & tarikh pada pukul 3. Dail gold dengan bacaan tachymeter di sekeliling dail. Jarum saat jam ni sebenarnya tidak bergerak ketika pakai & subdail tu pula sebenarnya adalah bacaan 30 minit chronograph. Jadi, jam ni tidak mempunyai jarum saat yang bergerak dalam penggunaan biasa. Jarum saat tu hanya bergerak apabila fungsi chronograph digunakan. Cool!


Cermin akrilik yang melengkung ini walaupun berisiko tinggi untuk bercalar, tapi ianya mudah untuk menghilangkan calarannya. Hanya polish dengan Autosol.


Kondisi jam agak sempurna & aku amat teruja dengan jam ni apabila dikenakan dengan tali baru ni.


Case back jenis skru. Movement hanya automatik. Tiada fungsi kunci untuk jam ini.


Manual lengkap dengan diagram movement. Tapi sayang seribu kali sayang... Aku buta huruf...


Gasket case back masih berkeadaan baik.


Movement yang sungguh bersih & complicated. Jam ini perlu kalibrasi semula sebab bacaan masa agak laju dari yang sepatutnya.


Ada beberapa model Seiko yang mempunyai dail & movement yang sama dengan model ini. Yang berbeza hanyalah pada bentuk casing, warna dail & saiz. Ada juga model chrono yang terus berbeza dari model ni, umpamanya model Seiko Helmet yang amat besar saiznya & berat, Seiko Bullhead, Seiko Pepsi & Seiko UFO. Nama-nama ini aku tak pasti pula siapa yang bagi... samada pihak Seiko sendiri ataupun peminat jam. Tak kisahlah, yang pentingnya, nama-nama ini dah memudahkan pengenalpastian jam-jam ini.


SEIKO BULL HEAD
Mungkin button di bahagaian atas tu menyerupai tanduk kerbau memberikan nama kepada jam ini. Ada banyak lagi jenama yang menggunakan nama Bull Head dalam siri jam mereka. Bentuknya juga hampir menyerupai Seiko ini.


Ini adalah beberapa jenama lain yang juga dipanggil Bull Head.


SEIKO HELMET
Saiz casing yang besar, tebal, berat & menyerupai helmet ini, mungkin menyebabkannya dinamakan HELMET.


SEIKO PEPSI
Bezel merah/biru ini merupakan ciri-ciri Pepsi. Bukan saja model chrono ini, malah model lain yang mempunyai kombinasi warna seperti ini juga dipanggil Pepsi.


SEIKO UFO
Seperti yang lain, mungkin bentuknya juga menyebabkan ianya dipanggil sebegitu rupa. Pengetahuan aku agak terhad pasal model-model lama Seiko. Mungkin otai jam lebih arif tentang ni.


Jam chronograph quartz banyak boleh didapati dengan mudah hampir di semua kedai jam. Pelbagai jenama dengan harga yang berpatutan boleh dimiliki dengan mudah. Namun jam chronograph automatik sangat susah diperolehi & harganya sangat mahal berbanding quartz & tak banyak kedai jam yang menjualnya. Alternatif lain ialah dengan mencari jam-jam vintage. Namun tidak semua jam vintage ini murah. Masing-masing mempunyai 'value' yang tersendiri. Bergantung pada kita menilainya & wang memainkan faktor penting di sini.

Peminat & pengumpul jam jangan lepaskan peluang untuk memiliki jam Seiko chronograph automatik jika anda menjumpainya. Jam yang unik ini agak sukar diperolehi ketika ini & sukar untuk mendapatkan jam yang mint condition.

7 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

haa~ ko ni cm "racun" aku suh beli auto chrono :D
nice overview btw.

duniajam said...

Hehehe... Beli bro.. beli... Tgh racun slow motion. Hahahaha....

Anonymous said...

sabar...cobaan~

mohad said...

cantik ya...jam seiko tu..

duniajam said...

Cantik.... & best plak tu... Waduh... Sabar bro... sabar... Ekekeke....

havana said...

salam bos..

aku minat gak jam seiko ni.. tapi aku lagi la buta huruf dgn model2nya yg pelik2.. ufo, 'kepala lembu', topi keledar laa.. dll.. tambahan pulak tgn aku x berapa besar.. kalau pakai ufo.. mcm alien betul laa aku ni..

duniajam said...

Salam bro, mmg beso model-model lain tu. Cukup berat. Berat mata memandang, berat lagi tangan yang memikulnya. Muahahaha...

Jam aku dah hantar td untuk servis, RM200 katanya untuk servis. Erk! Jam auto chronograph memang perit skit bila repair sebab complicated.

Dinasihatkan untuk yang minat nak beli, cari jam yang elok conditionnya. Nasib aku tak baik.... sangat... sebab dapat jam camni. Tak sangka plak, masanya cepat. Test guna alat khas pun tak dpt detect sebab masanya terlalu cpt. Adoi la... Nasib baik gak psl jarum saatnya tepat kat kul 12. Menurut kata technician jam aku, kalau jarum tak tepat kul 12 bila stop... bermaksud gear jarum tu kena tukar/rosak. Benda tu mahal & takut takda spare part ja. Fuh! Lega aku... jam aku elok jarumnya.