Friday, June 19, 2009

Timex


Timex merupakan salah satu jenama yang aku minat sejak dari zaman sekolah lagi. Banyak model-model Timex menarik minat aku. Ramai yang tidak tahu yang jenama ini merupakan salah satu jenama yang sudah tua. Lebih tua dari jenama Jepun Seiko & Orient.

Timex terkenal sebagai keluaran dari Amerika Syarikat. Timex Group B.V merupakan ibu kepada Timex Group USA yang berpusat di Middlebury, Connecticut. Ia bermula pada tahun 1854 sebagai Waterbury Clock dimana pada kurun ke-19 mereka dikenali sebagai "Switzerland of America" & mengeluarkan jam poket mekanikal yang murah pada 1880.


Jam Mickey Mouse yang pertama.


Semasa Perang Dunia 1, Waterbury memulakan pembuatan jam tangan, yang mana pada ketika itu sudah mula popular. Rentetan cerita ini bersangkut paut dengan artikel lepas. Pada tahun 1933 mereka mencatat sejarah apabila menciptakan jam Mickey Mouse pertam di bawah lesen Walt Disney. Ini dibuat di bawah jenama Ingersoll. Pada tahun 1879, syarikat ini memperkenalkan jam tangan yang dinamakan Timex untuk pasaran UK.


Iklan lama Timex

Jam tidak dijual di bawah nama Timex di US sehinggalah 1950. Untuk 3 dekad kemudian , jam Timex dijual melalui iklan-iklan yang menekankan ketahan dengan membuat ujian seperti "seksaan" kepada jam-jam mereka dengan slogan "It takes a licking & keep on ticking". Selepas itu, syarikat ini dikenali sebagai Timex Corporation dan kemudian ke Timex Group USA, Inc... dan sehingga kini sudah menjual lebih dari 1 billion jam di seluruh dunia. Wah! Suatu yang cukup mengagumkan untuk syarikat seperti ini.


Iklan torture Timex



Pada tahun 1970'an, syarikat ini mengalami kemerosotan yang teruk akibat kedatangan jam mekanikal murah dari Asia & juga dengan penciptaan jam digital quartz yang dicetuskan oleh syarikat Jepun.


Timex Sinclair 1000 merupakan produk keluaran mereka


Pada tahun 1980'an, dengan usaha sama dengan Sinclair Research Ltd, mereka memasuki perniagaan komputer dengan menjual komputer. Selepas jualan yang agak memberangsangakan, Timex Group membuat keputusan mereka tidak boleh bersaing dengan pasaran low-end yang sudah tepu & mereka pun menarik diri selepas itu.


Antara iklan mereka yang lain

Namun Timex Group mampu bertahan dengan cabaran yang mereka lalui pada tahun -tahun kemelesetan itu & kembali dengan kekuatan yang baru. Syarikat ini kekal dengan sebagai sebuah syarikat yang kukuh dari segi kewangan & pesaing yang kuat... dan jenama Timex kekal utuh. Pasaran utama mereka kekal di US & Kanada, walaupun Timex dijual di seluruh dunia sebagai sebuah jenama yang berjenama kukuh, reputasi yang hebat & berkualiti. Sebagai tambahan, Timex Group juga menjual beberapa jenama lain yang memasuki pasaran pelbagai segmen seperti Guess, Nautica, Ecko, Opex..... dan yang paling mengejutkan aku, mereka juga berjaya memasuki pasaran jam mewah dengan jenama Versace, Valentino & Ferragamo. Hmm... Ramai sebenarnya rasa Timex sebuah jenama cikai seperti Swatch. Sebenarnya di belakang syarikat ini, wujud sebuah 'permata' yang tinggi nilainya dari imej syarikat itu sendiri. Siapa sangka jam mewah pun berada dalam Timex Group.

Sekarang, produk Timex Group dihasilkan di Asia & Switzeland, yang menggunakan teknologi yang berkesinambungan dari teknologi yang dibangunkan di US & Jerman. Mereka mempunyai pusat operasi di beberapa negara di Eropah, Amerika & juga Asia. Hebat bukan Timex ni sebenarnya? Siapa sangka jenama ini mempunyai pelbagai jenama di bawahnya. Jenama di bawahnya sekarang lebih diminati dari jenama Timex sendiri.

Indiglo merupakan sebuah jenama Indiglo Corporation, yang dipunyai oleh Timex. Lampu electroluminescent yang dinamakan Indiglo diperkenalkan melalui Kmart pada tahun 1992 dalam siri Ironman. Teknologi ini dibandingkan dengan teknologi Illuminator yang diguna oleh Casio.... & Timex adalah pencetusnya kerana tidak ada jenama lain yang berani bersaing dengan mereka melainkan Casio untuk teknologi ini. Timex Indiglo merupakan jam kegilaan aku suatu ketika dahulu & masih meminatinya sehingga kini.


--------------------------------------------------------------------------------------


Timex Chronograph with Indiglo

Ini sebenarnya jam hantaran perkahwinan aku. Hehehe... Masa belajar dulu, teringin betul nak ada jam chronograph analog. Wife aku tahu yang aku minat jam chronograph & tahu aku juga minat jam yang ada lampu Indiglo, jadi dia belikan aku jam ni. Terima kasih sayang.... Ekekeke....



Jam ni aku pakai memang lasak. Sebenarnya jam ni dah bercalar balar, tapi aku berjaya polish balik. Nampak macam baru semula. Aku akan tunjukkan apa yang aku buat dalam artikel akan datang.


Stainless steel case & bracelet 'solid'

Sebenarnya bracelet bukan jenis solid. Bijak juga perekanya. Perhatikan bulatan merah tu. Nampakkan? Design seperti ni membuatkan bracelet nampak macam solid. Aku pun tertipu juga. Masa tengah polish jam ni, baru aku perasan. Hancur harapan! Hahaha... Patutlah ringan semacam je bracelet ni. Bijak sungguh depa buat.


Movement quartz yang cukup ringkas.


Design bracelet cukup cantik


Clasp jenis lock (push & release) dengan engraving Timex.



Tapi inilah sebab utama kenapa aku suka jam ni disamping fungsi chronograph-nya. Beginilah rupa dailnya dengan cahaya Indiglo. Hanya Timex (juga jenama dalam kumpulannya) yang mempunyai lampu seperti ini untuk jam analog.


Kini, Timex masih lagi mengeluarkan produk Indiglo mereka dengan pelbagai bentuk & siri. Harga untuk jam jenis ini tidak begitu mahal & mampu milik. Aku cari design jam aku ni sudah tidak wujud lagi. Cuma movement dengan dail yang sama tapi casing yang berlainan saja yang aku banyak jumpa. Untuk yang nak ubah selera, mungkin ada di antara model Timex boleh menjadi pilihan anda.

5 KOMEN ANDA:

Harith Faruqi Sidek said...

salam, aku pun peminat jam jugak..tapi tak handal dalam ilmu baikpulih jam ni. Aku adala koleksi jam sikit...dalam kelas yang mampu milik, tak ada satu pun dalam kategori Fine watch...bagi aku, jenama tetap penting..tapi ada kalanya bagi kes-kes tertentu...gaya dan rupa bentuk juga dapat memikat hati....anyway salam perkenalan.

duniajam said...

Salam Pak Yob. Aku pun masih belajar pasal ilmu jam ni. Masih banyak kurang & tak tahu. Sekurang-kurangnya kita dapat sama-sama belajar dari blog ni.

Bagi aku jam jenis apa pun tak pa. Asalkan ianya original. Jenama juga penting, aku rasa mungkin sebab tu banyak jam tiruan/replika dalam pasaran.

Aku setuju sangat dengan "gaya dan rupa bentuk juga dapat memikat hati". Sebab tak semestinya jenama mahal tu punya design yang menarik. Banyak juga jenama-jenama medium class yang cukup menarik. Harganya juga amat berpatutan.

Unknown said...

Bro nak tanya. Jam timex ni dah lebih 150 tahun kan. Ada sy tengok kat youtube sykt timex ni guna move dari Filipina. Ini memang dari dulu guna move dari filipina ke? Wpun sykt asal timex ni dari US. Rasanya move dari jepun dan swiss je yang terbaik.

Unknown said...

As salam bro. Timex ni dah lebih 150 tahun kan. Hari tu sy tgk timex kat YouTube jam dari us tp move dari Philippine.mmg dari dulu ke move tu dari Philippine. Biasa move dari swiss dan jepun ja terbaik dan popular. (Swiss move & japan move).. Ok ke move dr Philippine ni.

duniajam said...

Sahabudin Saupin

As salam bro. Mohon maaf sangat2 sebab terlalu lama. Skrg baru nak balas. Sy dah tak peduli lama blog ni.

Ikut sejarah memang brand US. Kilang di Filipina tu dah cukup lama juga. Tengok koleksi jam Timex saya hampir semua Filipina. Cumanya saya tak pasti samada pemilikan masih US atau syarikat Filipina atau cuma kilangnya saja di Filipina. Sepertimana Seiko & brand lain.... Seiko walau dari Jepun, kilang mereka ada di China. Sampaikan jam JDM pun buatan China. Takda masalah di mana di buat kerana QC brand lama ni adalah yang terbaik.

Terima kasih