Tuesday, June 9, 2009

Jam Replika - Apa yang perlu anda tahu

Setelah sekian lama tak update, akhirnya dapat juga update buat sekian kalinya. Hehehe... Seperti artikel lepas pada link bawah...

http://duniajam.blogspot.com/2009/04/kenapa-beli-jam-replika.html

...sedikit sebanyak mengenai jam replika telah pun diterangkan. Kali ni aku nak cerita skit perihal jam replika. Apa yang perlu anda tahu...

Ada informasi @ mereka yang menjual jam replika claim yang jam replika yang paling hebat, cantik, best dan sebagainya yang best dibuat di Switzerland. Dari maklumat yang aku dapat, jam replika kesemuanya di buat di Asia & kebanyakannya dibuat di China. Biasalah bisnes, mesti nak cakap yang bagus-bagus ja walau hakikatnya tidak. Gred yang diberikan juga hanyalah di berikan oleh penjual @ pembuat jam replika.... aku rasa la. Pasal tak ada badan/pihak yang berkenaan dalam memberikan gred sesuatu jam replika.


Ini jam replika aku. Gred AAA kononnya. Aku cuma nak bandingkan di antara ori dengan replika. Ini perbandingan dari bentuk fizikalnya saja. Bulatan-bulatan berwarna tu nak menunjukkan perbezaan yang terdapat padanya. Sekali imbas memang sama. Tapi kalau perhati betul-betul akan nampak juga perbezaannya.


Nampak jelas kan perbezaannya?


Ada juga yang berpendapat bahawa jam replika terbaik yang 99% hampir menyamai jam original dapat menipu otai jam mahupun Authorized Dealer (AD) sendiri. Untuk jam yang mahal, akan diberikan certificate @ geran jam tu. Segala informasi jam ada pada certificate tu. Ada cerita dari kawan aku yang kawannya curi jam Rolex bapak dia sendiri & nak jual kat kedai jam. Kedai tu check memang original, tapi tak berani beli sebab takda certificate. Kalau nak jual jam replika (menipu) di kedai jam & pekerja kedai tu pulak baru, mungkinlah boleh tertipu dengan jam replika. Tapi otai jam, memang tak boleh tipu tambahan kalau dia pernah ikut apa-apa kursus berkaitan jam @ pernah bekerja dengan mana-mana watchmaker sebelum ni.


Yang mana satu replika?

Menurut seorang otai jam yang aku jumpa, dalam banyak-banyak jam, Rolex sukar skit nak beza di antara replika & ori. Sebab kedua-duanya amat sama. Kena buka enjin barulah tau. Tapi itu pun ada yang tiru enjin serupa dengan original. Kena check dengan AD Rolex sendiri untuk kepastian.


Kalau Malaysia ada program camni kan best...

Casing Rolex dibuat dengan menggunakan gred keluli 904L. Mereka merupakan satu-satunya watchmaker yang menggunakan keluli jenis ini. Manakala replika pula dibuat dengan menggunakan keluli bergred 316L yang mana 3 kali ganda lebih murah dari Rolex. Ini merupakan salah satu sebab kenapa jam Rolex sangat tinggi nilainya.


Oris William F1. Menurut seller jam ni gred A. Terdapat sedikit kesan cela pada subdail saat pada bulatan pink. Nampak macam sama. Tapi jam replika ni sangatlah kantoi kerana saiznya lebih kecil dari original. Lepas tu quartz pula... jam original automatik.


Jam ni replika paling rendah grednya aku rasa. Tengok saja perbezaannya. Masa aku pakai jam ni, kawan aku dok ushar ja dari jauh. Mungkin dia nak pastikan jam ni ori ke tak. Hehehe... Memang tak la. Ejaan pun boleh salah. Casing original jam ni mempunyai cermin pada bahagian sisi yang menampakkan enjin. Jam replika takda. Tapi replika gred tinggi mempunyai cermin seperti original.


Untuk beli jam replika, yang terbaiknya ialah anda lihat, pegang jam tu sendiri & bukannya hanya dengan melihat gambar yang diiklankan dalam banyak web yang menjual jam replika. Banyak auta/pseudo info, maklumat & review yang mereka kemukakan. Tambahan pula kalau gambar jam tu bukannya gambar jam replika itu sendiri tetapi gambar jam original. Confirm anda akan tertipu dengan 'kecantikannya'. Yang paling mengejutkan sekiranya jam replika tu mencecah ribuan ringgit & dikatakan pula 99% sama dengan original. Sangat-sangatlah tak berbaloi & 'buang' duit saja. Anda boleh dapatkan jam original yang puas hati dengan harga tu. Jadi, tolonglah sayangkan duit anda...

Jika anda masih ingin memiliki jam replika itu tidak salah, cuma aku rasa kurang berbaloi seperti yang aku cakap dalam artikel lepas. Untuk peminat jam, aku tak syorkan beli jam replika... sebab lambat laun anda akan rasa menyesal walaupun sedikit. Ini dah dirasai oleh sahabat aku yang juga peminat jam setelah tak sampai sebulan pakai replika tu. Dia mengaku juga yang dia menyesal beli & dia dah jemu dengan jam tu walaupun jam tu cukup cantik. Lebih baik beli jam yang murah asalkan ia original. Dari aspek psikologi, anda buat pilihan yang terbaik.

22 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

Saya tak arif sangat tentang jam replika ni, tapi masa awal keluaran jam replika mereka menggunakan engin swiss atau japan kerana masa itu china ni belum lagi hebat meniru... saya ada sebuah rolex replika... casing tiruan, tapi enginenya buatan swiss, kemasan amat rapi dan masa juga tepat. Tapi dapat dikenali jam replika kerana disengajakan beberapa elemen dikenalpasti... mungkin itu cara nak lepas dari disaman kot...

duniajam said...

Mungkin gak. Memang ada jam replika yang guna enjin swiss. Tapi enjin tu sebenarnya enjin swiss yang terpakai @ recon... depa refurbish balik enjin tu & pasang kat jam. Munkin ini cara depa nak tinggikan harga jam tu.

samad said...

memang la bro..jam replika dengan jam original kan jauh beza maksud aku dari segi harganya..if kita beli jam replika gred AAA yang berharga RM1,300 jer sedangkan model jam ori berharga RM13,000 so kita nak mengharapkan semua perfect dari segenap penjuru memang nonsense la bro..lain la kalo replika tue GRED AAA harga RM6,000 original harga RM13,000 bile ade part yang tak sama baru la boleh judge...

duniajam said...

Tapi bagi aku... tak berbaloi untuk perhabis duit lebih RM1k untuk jam replika. Boleh dapat jam original yang best dengan rega tu.

Ada sumber aku dapat, kat KL ada orang jual replika apa ntah RM5k. Langsung tak berbaloi beli. Boleh dapat banyak jam Swiss original baru.

Walau apa pun, andalah judge yang terbaik. Duit anda, anda yang pilih...

TIMEasitis said...

Salam,

Saya baru mengikuti blog saudara..Memang menarik

Perkara jam replika nie subjektif, saya rasa terpulang pada individu...and tak elok pandang rendah org beli jam replika...dah kata kalau minat sangat jam Panerai, tapi memang hilang akal nak beli (Sama gaji setahun) so, solution terbaik adalah jam replika...

sesetengah org akan rasa tak puas hati...dengan jam replika...
well terpulang

saya sendiri ada jam replika...dan jam original

tapi nasihat saya cam nie

nak beli jam replika, study feature jam asal and cari yang terdekat

paling mahal anda patut bayar 250...not more than that...kalau lebih sangat, no point beli replika

kalau ada budget dalam 1k ke 2k
consider la beli jam ori seperti
tissot, nautica, cerutti...betul la, yang tu banyak jam fashion, tapi dari segi psikologi..kau puas hati nyer...aku ada jam cerutti...memang puas

takpun

aku sangat mencadangankan beli jam jam rusia...harga pun ok....mcm aviator...

tak pun beli jam amerika macam invicta...

tapi kalau budget bawah 500...nak sangat jam best

beli jer la replika...kalau beli casio or orient memang la ori...tapi.....well
tepuk dada tanya selera....

duniajam said...

Terima kasih atas sokongan bro, suatu cadangan & naihat yang baik.

Aku sangat setuju. Dalam kes pembelian jam replika ni, terpulang pada individu untuk menilainya.

Ada yg berfikir buat apa beli jam beribu, buang duit... baik beli replika sebab murah. Kepuasan memiliki suatu benda juga subjektif. Kalau pada aku, kepuasan memiliki suatu yang original walaupun murah adalah kemanisan dalam 'bermain' jam.

Cam bro cadangkan jam Rusia tu memang betul. Model chrono jam Rusia boleh dapat dlm RM2k sedangkan jam Swiss lebih kurang RM5k paling murah. Kualiti mereka juga hebat & aku memang puas hati dengan jam Soviet ni.

Apa-apa pun macam bro cakap tu, tepuk dada tanya selera. Sebelum keluarkan duit beli sesuatu tu, fikir betul2. Adakah ini yg kita mau? Jika ada terselit sedikit ketidakpuasan hati, baik jangan beli. Sebab perasaan tu akan dibawa sekali sampai bila2 selagi jam ada di tangan. Biar beli yang betul2 nak & bukannya 'teracun' oleh seller. Sebab dulu beberapa kali aku terperangkap dalam keracunan diorang ni.

Fikir-fikirkanlah...

TIMEasitis said...

Salam
Thank you reply post saya.
Saya bersetuju dengan your comment. Memang ada kemanisan yang lain bila beli jam ori nie.Puas sangat sangat. Masa saya beli jam cerutti saya, walaupun saya tahu jam nie takde apa special, Cuma fashion watch, saya puas sangat…Asyik belek jam jer, sayang…jam tue kena curi…Itu la jam paling mahal pernah saya beli.
Anyway macam saya kata sebelum ini, saya memang beli dua dua jenis jam,replica dan ori…bukan apa, yang replica tue demi memuaskan (buat sementara ) nafsu nak jam yang saya idamkan.
Tapi, saya sangat sangat cerewet masa nak beli jam replica. Macam nak beli jam betul jer, tapi saya puas…pasal yang saya dapat very good quality dan very good price. Baru ni ada rezeki ke China, singgah ke pasar tempat pusat jam replica…rambang mata, tapi macam biasa saya cerewet. 3 hari saya ulang alik, setiap kali at least 3 jam kat situ, ada satu hari tue sampai 7 jam memilih..last last dapat gak 4 utas jam yang sangat cantik pada harga yang sangat murah, dan quality sangat memuaskan.
Bagi saya tak salah cerewet dalam membeli jam replica. Cumanya saya tak pernah beli online jam replica nie, tak confident.
Tapi betul la..bab malu tue, memang ada..Boss saya ada dalam sepuluh jam ori termasuk yang dia baru beli IWC harga 40k…tiba tiba saya pakai jam panerai dia, dia pun tengok bersungguh sungguh..malu saya, dia ingat ori..last last saya ngaku jer la…benda nie replica…dia gelak jer..ish ish ish
Anyway, dalam sejarah pemilikan jam saya, majority jam besar…sebab saya memang minat macam tu..tapi rezeki saya tak tahu la kenapa, selalu hilang jam. Saya pernah hilang Jam G-Shock (nie masa tingkatan 3, masih nak pakai jam digital) , Guess, Cerutti dan satu jam designer pemberian kenalan yang mana masa tue saya tak tahu nilai jam (ish bodoh betul) . In between tue banyak lagi jam saya dah hilang. But dulu saya Cuma suka jam..Now saya gila betul kat jam..So now jaga betul betul…heheh
Baru nie ada kesempatan ke Pavillion, melihat butik jam Baru, Red Army Watch…yang menjual jam jam rusia. Then diberitahu kedai nie ada butik lagi besar di Tropicana mall.. Saya pun kesana…best, memang best…saya kagum, saya tak pernah tahu pasal jam rusia sebelum nie…dan saya jatuh hati..yang utama adalah kerena untuk jam yang berkualiti tinggi macam nie, harga sangat berpatutan…seribu lebih pun ada…berbaloi…dan org kedai pun mesra, tak la takut nak masuk macam Cortina Starhill….nak masuk pun takut rasa….
Last sekali, saja nak share…jam idaman saya for now
a) TW Steel Men's Grandeur Automatic Watch TW100
b) Invicta Lefty Chronograph 3332
c) Invicta Men's Reserve Chronograph Black Stainless Steel 5729
d) Graham Chronofighter Diver Watch
e) PANERAI Luminor Power Reserve Titanium / Steel bracelet
Invicta , and TW steel tu, rasa insyaallah boleh la nak beli yang ori…(ada ker replica yang nie) , tapi graham dan panerai tue…tak tahu la bila kan…tapi dah geram sangat nak nie….hehehehheheh…tapi rasa nak gak masuk kan dalam list , jam jam rusia macam Buran , Soyuz, Aviator and Moscow apa ntah..tak ingat nama…tapi sangat menarik jam jam nie….

By the way, bro tahu tak kat mana boleh beli watch winder yang murah, yang saya jumpa sampai harga 2 ke 3 ribu…baik saya beli jam jer….heheheh

Salam

duniajam said...

Terima kasih bro kerana berkongsi cerita. Cerita yang sangat menarik.

Aku tak nafikan memang ada replika yg memang cantik & buatannya juga agak kualiti terutamanya Panerai. Kawan aku ada 4 replika Panerai. Aku tengok pun berkenan. Panerai salah satu jam idaman aku. Hampir terbeli gak replika & homage pun hampir terbeli. Lepas fikir balik apa yang aku nak dari jam.... tak jadi beli. Tapi teringin nak angkar 1 replika Rolex. Nak bandingkan dengan ori.

Beli jam biar cerewet walaupun replika. Sebab kepuasan memiliki sesuatu yang kita betul2 minat adalah suatu kepuasan yg hanya kita saja yg rasa. Sebab bila puas hati, kita akan rasa berbaloi dengan duit yg kita keluarkan tu walau berapa jumlahnya sekali pun.

Jam Rusia/Germany sekarang sudah maju baik dari segi teknologi buatan mahupun kualiti. Kualitinya kini jauh lebih baik dari model vintagenya. Aku ada buat artikel pasal Red Army Watches di Tropicana tu. Jam2 dia banyak yang aku suka sebab kelainan yang ditampilkan mereka dari jam Jepun & Swiss. Harganya juga tak semahal Swiss. 1st time pergi, terus terlekat dengan 1 Junkers. Terpaksa bini hadiahkan aku walau lama lagi besday aku. Wakakaka... Pastu sampai besday betul nak hadiah lagi. Muahahaha...

Aku berkenan dengan Moscow Classic yg beso gedabak tu. Pakai kat pergelangan tangan memang tak masuk langsung dengan saiz tangan aku. Jam tu kena pakai kat lengan. Ekekeke...

Walaupun begitu, nak pilih jam Rusia/Germany ni, pilih yang betul2 berkenan sebab enjin jam diorang semuanya sama saja. Yang beza hanya casing, jenama saja.

Watch winder aku jumpa pun mahal sangat kat sini. Harga pun no mercy. Aku beli dari ebay. Murah skit.

TIMEasitis said...

A few years ago...aku rasa dalam tahun 2005 rasanya

aku ada terjumpa jam Proton....ala proton company buat kereta kat Malaysia nie...masa tue zaman Gen-2 baru setahun dua keluar rasanya....

Jam tue nampak menarik...ala ala jam rolex sikit ....tapi menarik...cuma masa tue tak kenal dunia jam nie...makan tak ambik pusing sangat..cuma belek belek macam tue jer

kalau tak silap harga dalam 1k++ so saya rasa maybe good quality...(jangan quality sama macam kereta sudah)...

mungkin ramai tak minat nak beli, maka dah tak jumpa lagi...ye la, rakyat malaysia kan ramai yang suka mengutuk kereta malaysia...ntah la

tapi, rasanya jam itu ada nilai tersendiri...ada pernah nampak tak???, saya cari di internet tak jumpa pun la

duniajam said...

Tak pernah jumpa plak. Tapi jam Petronas pernah tengok. Ada sorang blogger jual dulu. Dah terjual jam ni. Ada lambang Petronas kat caseback.

Kalau pakai jam limited ni mmg best la. Mana nak cari... Orang lain mana ada... ekekekeke...

saleen_s7 said...

Aku ada gak jam replica. Tp engine swiss. Lbh kurang 1 thun aku pakai. Subdail lari 3minit je. 2 pn resit n seting dah ok. Aku rasa berbaloi

Unknown said...

salam semua...
sy bertuah kerana dapat carik blog nie,and dapat membaca komen komen bro bro suma walaupun komen bro ada yg tahun 2010...skrang 2012,

saya nie c penjual jam replica,terus terang sy cakap,orang zaman sekarang 1juta 1 bermacammacam orang n customer dah sy jumpa...ada yang dah pakai jam replica hampir 10tahun masih elok & berpuas hati,(tp model lama laa)(oris ape ntah)
dan ada jugak pakai sebulan dah melingkup....
ingat replica ada 2 gred,
1) double AA
2)triple AAA
3)tiada gred lebih pada itu...(5A,7A,atau 10A)
mmg macam dalam gambar diatas dibandingkan x sama original tapi itu adalah gred double AA.
tetapi pula cuba gambar yang diatas tu dibandingkan dengan replica watch gred AAA memang serupa..dgn yang original cuma,material nya berbeza,engine juga disusun rapi menyerupai original,tp ingat cuma material x sama dgn yang original.
dunia sekarang,jam pun buleh ditiru ini kan pula kotak2 jam dan certificate yang cuma kertas...
ingat saya ni..c penjual jam,jangan terpedaya,jam replica ni,semuanya ada certificate dan kotak original,cuma semasa memborong di jual berasingan sahaja,
contoh kotak2 original dan certificate,hampir kesemua brand ada,seperti,Ferrari(from Panerai)completed set with certificated,warranty card,dan paper beg,cuma x masuk system original shj,oris,tag heuer,hublot,chopard,patek,panerai philip,iwc,rado,omega,bell n ross,memang sungguh cantik...
catalog pula:-catalog pun ada hampir kesemua jam ada mmg sebiji original!!!!
sy mmg berbangga menjual jam jam replica ni...tp saya bukanlah nak menyebelahi mana mana pihak,sedangkan saya pun memakai jam orignal Tag Heuer aquaracer F1 lewis hamilton 2012(kaler meroon) dgn berharga rm5640 dbeli di the garden midvalley tgkat 1,sedangkan saya ni fulltime menjual jam replica shj,hanya untuk kepuasan.sy masih berumur 20an,
kenapa mahal jam jam replica,kerana,modal dibeli untuk sebiji jam memang mahal,ada juga mencecah rm300(hanya modal belum harga jualan)tidak termasuk kotak2 replica...

bagaimana pula nak tahu gred AA dan perbezaan gred AAA.

senang sahaja,tgk pic diatas itulah(contoh nya yang xsama ori tu gred AA dan yang sama ori tu gred AAA...

saya cuba terangkan dan ini sedikit penjelasan saya terhadap jam jam replica,

kepada buyer buyer diluar sana,saya hanya pentingkan kepuasan buyer,dan kepada buyer buyer dicni,cari lah,sales sales melayu yang educate dan berpengalaman sebelum anda membeli,

keterangan lanjut untuk bertanya sebelum anda beli 016-3375710 buleh whatsapp atau sms sy
dan juga email saya at sparkdo@gmail.com

"apa kata hati dan apa kata beg duet itulah jam d tangan anda"


Khairul Nizam said...

Aku ada juga terfikir..bagaimana pulak dengan mereka yang jual jam online contoh dalam facebook ..ada warranty...semua..dan sdh wujud lama juga dalam facebook..kalau mereka jual jam yg tidak asli sudah tentu dapat comment dari user..mereka nie claim menjual jam asli ..boleh ke percaya..

satu lagi macam mana penjual online boleh jual jauh lebih murah dari retailer..cth invicta dalam lazada..mereka claim jam asli..diskaun sampai 50 hingga 80 peratus..kalau benar..kenapa retailer jual terlalu mahal

duniajam said...

Khairul Nizam,

Aku takda jawapan konkrit untuk persoalan tu.... mungkin harga yg jauh lebih murah secara online tu sebab penjual mendapatkan dari sumber yg murah & takda kos sampingan lain yg ditanggungnya....

Kalau jam dijual di kedai/butik ni, byk faktor lain pula pengaruh untuk tampung kos yg tinggi ditanggung kedai tu... sewa yg tinggi, elektrik, pekerja & lain2...

Namun kena hati2 & pandai beli juga lah sebab takot terbeli yg tiruan...

Unknown said...

dasyat2 cite jam ni

Unknown said...

Invicta tuh pehhhhh .... Ada insuran

Cik gula said...

salam... saya kurang arif tentang jam.. boleh ke kongsi feature jam jenama bell&ross tiruan dan original? atau cara-cara mengenal yang tiruan dan original... sy ada seutas bell&ross BR01-94-S-00555... ingin jual tapi risau tiruan sbb bukan kepunyaan sy tp orang gadai utk bayar hutang... tQ

Old man fadhil said...

Bli jam replika mlalui online lg myedihkn

Unknown said...

Sy nak tahu tentang jam bell & ross model BR03-92 LIMITED EDITION asli dan bukan asli. Blh bg keterangan sedikit

duniajam said...

Unknown & heritech equipment

Saya cadangkan bawa jam tu kepada mana2 dealer jam Swiss atau technician jam berpengalaman untuk pengesahan sebab adalah sukar untuk saya cerita sebab perlu peneletian untuk pengesahan, tambahan jika kualiti buatan jam replika/tiruan itu baik.

Terima kasih

Unknown said...

Sy lebih suka jam ori dari replika puas hari.
Ikut kemampuan sendiri lah.
Beli Casio atau alba pon murah tp ori.
Beli yg mahal x mampu mcm Rolex atau patek Phillips.
Jgnlah tipu org atau diri sendiri kononnya beli yg replika lg baik.
Sdgkan yg beli bukan ori cume nk nk bg eksen dg kawan2 sj.
Biar barang murah janji ori.

Unknown said...

Dah masuk 2020 dah ni. Admin sihat x?
User g shock copy ori.. Terbaik