Friday, May 1, 2009

Persepsi

Artikel mengenai Vintage Citizen Automatik (ladies) sebelum ni telah membuatkan aku terpanggil untuk memberi pendapat sedikit. Persepsi setiap di antara manusia adalah berbeza. Masing-masing mempunyai persepsi terhadap sesuatu. Tak kiralah tentang apa sekali pun walaupun pengetahuan kita terbatas terhadap sesuatu itu berbanding orang lain.

Aku menyimpang sikit dari hal jam. Saja nak cerita pengalaman aku yang tak seberapa ni. Di Malaysia orang lebih suka Honda/Toyota. Nissan orang tak begitu pandang. Ramai merasakan Honda/Toyota lebih bagus berbanding Nissan. Inilah yang dikatakan 'persepsi'. Keluar je model baru, terus beli tanpa melihat yang lain. Mereka ini adalah badge type. Keluarlah model apa pun dari syarikat yang mereka suka tu, pasti mereka akan cakap bagus & akan beli. Model syarikat lain memang mereka hentam, cakap tak bagus itu ini walaupun mereka tidak pernah tengok, test drive, mahupun duduk di dalam kereta tu. Seperti akulah dulu. Aku juga badge type sebelum ni. Aku suka Honda. Masa nak beli kereta, memang aku nak beli Honda.

Dipendekkan cerita aku beli Myvi (terus model lain... Ekekeke...) atas beberapa sebab. Masa tu kereta Nissan dah keluar beberapa bulan sebelum tu. Aku tengok (di surat khabar & atas jalan.... aku nampak macam 'almari' bergerak ja dari belakang) dari segi bentuk langsung tak minat. Aku terus smash cakap Nissan tak best walaupun aku tak tengok secara live. Lepas beberapa bulan pakai Myvi, Nissan Grand Livina (GL) keluar dengan harga yang aku rasa berpatutanlah. Aku ajak bini aku pi tengok kat showroom. Bukan nak beli pun. Myvi pun baru pakai 4 bulan. Kat sebelah GL ada model kereta sedan. Aku tak tengok sebab tak minat pun. Tengok GL tu ja. Pergi showroom tu atas niat nak tengok saja. Tapi lepas tu aku terasa nak tengok model kereta pula dah alang-alang ada kat situ. Duduk ja dalam kereta tu, aku & bini terus suka. Tak pernah lagi aku rasa macam tu walau duduk dalam Honda sekali pun sebelum ni. Lepas test drive GL & kereta tu, aku & bini aku terus berkenan kat kereta tu. Rasa satu macam dah. Padahal aku tak suka Nissan pun sebelum ni. Tapi kereta tu dah ubah persepsi aku sebelum ni. Kami terus bercadang nak beli walaupun sebelum ni hati cakap cuma nak tengok je. Kami test drive kereta tu beberapa kali samada model 1.6 mahupun 1.8.

Tapi untuk menyedapkan & memuaskan hati & supaya tak rasa menyesal beli nanti... sebelum ambil keputusan beli, kami bandingkan ke semua model Honda, Toyota & Mitsubishi selama sebulan... setelah beberapa 'penyelidikan' dibuat samada dengan melihat di showroom, test drive, pembacaan (internet, majalah) & pendapat orang.... ternyata Nissan adalah yang terbaik untuk kami. (Ini mengikut pendapat & citarasa aku saja. Lain orang lain citarasanya).

Kisah di atas sebenarnya adalah sebagai pedoman. Bukan apa, kita janganlah terlalu taksub dengan sesuatu hingga condemn yang lain tanpa usul periksa, tanpa pengetahuan, tanpa fakta yang cukup @ terlalu ikut orang. Buatlah sedikit penilaian walaupun 'jawapan' yang bakal kita dapat tu berlainan dari apa yang kita nak. Mungkin jawapan tu yang terbaik untuk kita & mungkin kita akan suka kepada benda yang kita condemn tanpa usul periksa sebelum tu & mungkin ia adalah yang paling sesuai dengan kita. Kisah pasal kereta tu dah ubah persepsi aku sebelum ni. Sejak tu, aku lebih berhati-hati dengan apa keputusan yang bakal aku buat. Biarlah lambat sedikit asalkan tidak menyesal di kemudian hari. Jauh betul aku menyimpang ye... Hehehe...

Masuk hal jam balik. Artikel sebelum ni aku dah cerita.... sebelum beli Citizen Eco-Drive Perpetual Calender tu, aku memang minat sungguh-sungguh dengan Seiko Kinetic Perpetual Calender. Tapi sebelum buat keputusan, aku teliti Citizen & Seiko betul-betul & buat sedikit research mengenai kedua-duanya, ternyata Citizen adalah yang terbaik. Bukanlah Seiko tu tak bagus, cuma Citizen tu aku rasa lebih sesuai & kena dengan citarasa aku. Lain orang, lain citarasanya. Bukanlah aku suruh orang beli Citizen, tapi buatlah penilaian yang terbaik sebelum mengambil keputusan. Bukan hanya untuk beli jam, tetapi berkaitan dengan apa-apa saja...

0 KOMEN ANDA: