Friday, May 29, 2009

Penjagaan Jam Mekanikal

Patek Philippe automatik (self-winding)


Seperti yang diterangkan pada artikel lepas, terdapat dua jenis jam mekanikal iaitu automatik (self-winding) & kunci (manual winding). Untuk jam automatik, untuk menggerakkannya jam perlu digoncangkan sedikit sahaja. Janganlah pula goncang jam macam gempa bumi. Rosak jam tu nanti. Goncang sehingga rotor-nya berpusing sudah memadai. Ada juga jam automatik yang boleh dikunci. Untuk jam ini, berapa kali putar pun tak apa.

Ini adalah jam manual winding Lutolf Philip.
Rupa komponen movement-nya seperti komponen enjin kereta.


Movement jam kunci Audemars Piguet.


Untuk jam kunci, kena berhati-hati sedikit. Disebabkan pergerakan jam hanya bergantung kepada putaran crown, crown hanya diputar tidak lebih dari 10 kali. Ini maklumat dari otai jam. Kalau jam kunci tu ada indicator power reserve adalah lebih baik kerana sudah pasti crown tidak akan terputar lebih dari yang sepatutnya. Disebabkan aku terlebih rajin putar, aku telah berjaya menamatkan riwayat jam kunci aku. Adoi! Main spring di dalamnya sudah patah. Hmmm.. Aku dah hantar repair. Lupa pula nak pi tanya kedai dah siap ke belum.


PAUL PICOT Atelier Squelette.
Jam ni ada indicator power reserve.


Jam automatik & kunci mempunyai power reserve tertentu. Kebanyakannya di antara 24-40 jam bergantung kepada spec jam tu. Ada juga yang boleh sampai sehingga 8 hari contohnya model Panerai di bawah ni. Sekiranya jam tidak dipakai dalam waktu yang lama @ sudah habis power reserve-nya, jarum jam tidak akan bergerak. Kena kunci @ goncangkan sedikit jam untuk menggerakkan komponennya semula. Kalau anda tidak suka keadaan ni, jam mekanikal bukanlah untuk anda. Anda lebih sesuai dengan jam quartz.

Officine Panerai ferrari GMT 8days SE


Tidak seperti jam quartz, jam mekanikal memerlukan penjagaan & perlu di hantar servis. Pihak pengeluar jam mencadangkan jam mekanikal di hantar servis setiap 3-5 tahun. Apa yang dibuat kebiasaannya semasa servis ialah menukar minyak pada komponen yang bergerak @ jewels. Sekiranya jam yang anda pakai itu menunjukkan masa yang tidak tepat, contohnya terlebih laju @ lambat dari waktu yang sepatutnya, ianya perlu dihantar untuk kalibrasi semula. Jam yang sentiasa terkena air @ selalu guna untuk aktiviti air, ianya perlu juga dihantar untuk diperiksa seal & gasket padanya untuk memastikan ianya masih kalis air.


Video menunjukkan bagaimana jewel diminyakkan.

Walau jenis apa jam yang anda guna sekali pun, ianya bergantung kepada bagaimana cara anda menggunakannya & menjaganya. Ketahanan & riwayatnya bergantung kepada anda sendiri.

Leia Mais…

Thursday, May 28, 2009

Penjagaan Jam Quartz


Jam quartz merupakan jam yang menggunakan bateri. Movement quartz bagus kerana ianya ringkas, masa yang tepat, murah & senang jaga. Sejarah ringkas quartz ada diceritakan pada artikel lepas.


Gambar atas menunjukkan movement quartz. Movement lebih ringkas berbanding mekanikal... bermaksud di sini mudah & murah untuk dijaga berbanding mekanikal. Ini kerana kurangnya komponen/gear movement. Cuma ada gear untuk gerakan jarum saja. Untuk digital pula langsung tidak ada komponen/gear yang bergerak langsung.

Disebabkan komponen/gear movement quartz yang sedikit ini, risiko untuk rosak juga kurang. Jadi penggunaannya ketika bersukan tidak menjadi masalah & kurang risiko untuk rosak. Jam mekanikal walaupun adalah anti-shock, perlu juga berhati-hati kerana hentakan yang kuat semasa bersukan dapat merosakkan komponen/gear yang bergerak itu, umpamanya tercabut skru, balencer ataupun rotor-nya. Walaupun jam quartz tidak begitu mempunyai masalah pada movement seperti mekanikal, namun bahagian lain pada jam boleh mengalami kerosakan seperti casing, tali/bracelet ataupun cermin. Jadi, anda perlu berhati-hati semasa melakukan aktiviti lasak seperti itu. Segala risiko anda perlu tanggung sendiri.

Jangka hayat bateri sesuatu jam pula bergantung pada jenis bateri yang digunakan & cara penggunaan jam. Ada jenama claim yang bateri jam meraka boleh tahan sehingga 10 tahun, tapi jika jam itu mempunyai complication yang lebih & anda pula selalu menggunakan fungsi tersebut, jangka hayat bateri mungkin tidak akan sampai seperti yang dikatakan itu. Jangan tertipu dengan dakyah seperti 'water resistant' jam. Bateri pun serupa juga konsepnya. Bateri Silver Oxide boleh bertahan di antara 2-3 tahun, manakala bateri Lithium boleh bertahan sehingga 10 tahun & harganya juga mahal.


Sekiranya bateri jam sudah habis/mati & anda pula sudah tidak mahu pakai jam tu lagi, dinasihatkan untuk ditanggalkan bateri dari jam tu. Kerana bateri yang tidak ditanggalkan dari jam akan merosakkan komponen movement jam itu. Bateri yang sudah kehabisan kuasa boleh mengeluarkan cecair & cecair ini boleh merosakkan komponen-komponen di dalam suati litar/movement itu. Ini perlu dipraktikkan bukan hanya pada jam, tetapi pada apa saja alat yang menggunakan bateri.


... episod terakhir bakal menyusul tidak lama lagi...

Leia Mais…

Wednesday, May 27, 2009

Rado Diastar

Rado merupakan salah satu watchmaker Swiss yang otai. Mereka sangat dikenali sebagai jam kalis calar. Ditubuhkan pada tahun 1917, namun model pertama kalis calar dikeluarkan pada tahun 1960'an dengan nama Rado Diastar. Pada tahun 1983, Rado telah bergabung dengan SMH group, yang mana sekarang dikenali sebagai Swatch Group. Swatch Group merupakan syarikat konglomerat terbesar dunia.

Rado menggunakan kombinasi bahan logam yang keras, ceramik berteknologi tinggi (high-tech) & cermin sapphire dalam pembuatan jam mereka & ini menjadikan mereka unik, lain dari yang lain.


Rado Diastar



Ini adalah jam salah sorang staff aku. Aku perasan beberapa orang staff lagi menggunakan jam yang sama. Kagum aku dengan mereka ni. Nak minta tengok rasa segan pula. Selama ni, aku hanya tengok orang pakai saja. Dari zaman 'muda' dulu sampai sekarang, kalau jumpa orang pakai Rado... inilah modelnya. Kawan aku pun pakai jam ni. Susah nak jumpa orang muda pakai jam ni. Aku nak belek jam dia, tapi dia dah pindah la pulak. Ada sorang datang pakcik pakai jam ni datang berurusan dengan aku. Dengan muka tak malu aku terus tanya pasal jam dia... sudah lebih 10 tahun dia pakai jam tu. Sebenarnya aku pelik kenapa ramai sangat orang minat sangat jam ni. Itu yang buatkan aku teringin sangat nak belek jam ni. Teringin nak tengok dekat & pegang, akhirnya dapat juga.

Dengan bentuknya yang klasik ini, banyak lagi jenama yang meniru jam ini baik dari segi bentuk mahupun movement-nya. Namun ada juga jam yang menirunya menggunakan movement quartz. Untuk mereka yang meminati jam ni tapi tak minat dengan 'harganya', ada la alternatif lain nak dapatkan jam yang bentuknya serupa.

Kedaan dail cukup cantik & nampak macam baru. Keseluruhan dail dipenuhi dengan batu 'berlian'. Lambang Rado pada pukul 12 tu boleh bergerak seperti gerakan rotor. Mempunyai penunjuk hari & tarikh pada pukul 6.



Bahagian atas casing jam ni diperbuat dari tungsten carbide & cermin adalah sapphire. Model terbaru Rado sekarang menggunakan ceramik pada casing. Tidak seperti kebanyakan jam yang cerminnya rata, cermin jam ni mempunyai bentuk. Aku nak samakan bentuknya dengan apa pun tak pasti pula. Hehehe... Casing & cermin jam ni langsung tiada calar walaupun segaris. Gempak!




Lambang Rado tertera pada crown.


Terdapat ukiran "RADO" pada bahagian tepi casing. Bracelet macam ni sukar nak jumpa pada jam sekarang.


Case-back jenis snap-on. Menggunakan movement automatik ETA dengan 25 jewels.




Perhatikan bentuk cerminnya.


Jam masih cantik dari pelbagai penjuru.


Clasp jenis klip dengan lambang Rado tertera padanya.


Kesan luntur pada bracelet menunjukkan jam sudah lama digunakan. Menurut tuannya yang juga seorang vateren, beliau sudah beberapa kali kemalangan jalan raya bersama-sama jam ni. Hanya bracelet yang menunjukan kesan, namun casing langsung tak ada apa-apa kesan. Kagum aku masa mula-mula tengok jam ni. Menurutnya, jam ni juga pernah kena pijak atas jalan... pun takda apa-apa kesan pada casingnya.

Yang paling aku kagum & terkejut, usia jam ni rupanya sudah lebih 30 tahun. Hampir-hampir 40 tahun katanya. Fuh! Tengok keadaan casing langsung tak boleh agak usianya yang sudah tua tu. Warna emas casing langsung takda kesan luntur/'turun'. Selama beliau pakai, jam ni langsung tak pernah bagi masalah padanya. Cukup-cukup tak sangka & memang aku cukup kagum. Agaknya inilah sebabnya ramai orang menggilai model ni.

Hingga kini, model Diastar masih dikeluarkan Rado dengan pelbagai warna dail, casing serta fungsi. Harga pasaran jam ni diantara RM2000-4000++.

Leia Mais…

Jam dah sampai

Aku pos jam ni hari sabtu lepas... tak sangka pula jam ni sampai ke tangan tuannya keesokkan harinya. Seronok betul rasa bila jam yang aku pos sampai ke tuannya. Agaknya inilah perasaan Jamlama & Jamkoleksi bila jam yang dihantar sampai ke tangan tuannya dengan selamat, berfungsi elok, tanpa ada cacat cela & tuannya pula rasa seronok dengan jam barunya. Aku juga tumpang gembira. Satu kepuasan juga bila orang lain pun seronok & puas.



Inilah gambar jam tu dengan tuannya. Moga-moga tuan rasa seronok dengan jam baru ni. Nampaknya jam ni sampai ke orang yang betul... seorang peminat jam juga...

Leia Mais…

Tuesday, May 26, 2009

Penjagaan Jam (Bahagian 3)

...sambungan dari Bahagian 2


6. Cermin jam mempunyai pelbagai jenis. Contohnya plexiglass, mineral glass & sapphire. Jenis cermin yang ada pada sesuatu jam tu selalunya akan tercatat samada pada spec jam tu di dalam manual @ pada jam itu sendiri (untuk cermin sapphire).


Plexiglass adalah cermin yang diperbuat dari plastik (gambar atas). Kebanyakan jam lama (vintage) menggunakan cermin jenis ini. Untuk jam lama, cermin ini adalah melengkung seperti gambar di atas. Cermin jenis ini mempunyai pelbagai bentuk & mengikut bentuk jam itu sendiri. Selain itu, jam-jam moden seperti Casio juga masih menggunakan plexiglass pada jam mereka. Cermin jenis ini adalah ringan, murah & sukar pecah. Tapi ianya mudah bercalar pula. Untuk hilangkan calar pada cermin jenis ini juga tidak susah.

Ada 2 tips untuk menghilangkan calaran padanya:

  • Autosol - bahan ni digunakan untuk menggosok & mengilatkan bahan logam. Jika besi berkarat pun boleh dihilangkan karatnya. Walaupun ianya digunakan untuk bahan logam, disebabkan agen abrasifnya yang halus itu, ianya juga boleh digunakan untuk mengilatkan plastik serta menghilangkan calarannya. Plastik yang bertukar warna kekuningan pun boleh jadi jernih seperti asal semula.
  • Ubat gigi - ia juga mempunyai agen abrasif. Perlu ada sedikit bahan ni di dalam ubat gigi supaya gigi mudah dibersihkan & senang untuk menanggalkan plak & stain pada gigi. Agen abrasif di dalamnya juga amat halus & bersesuaian juga untuk digunakan pada plexiglass. Gunalah bahan-bahan ini seperti nak mengilatkan kereta.



Mineral glass boleh dijumpai pada hampir semua jam. Ia cukup popular kerana harga yang berpatutan, keras & mempunyai ketahanan yang mencukupi. Selain itu, ia boleh dibuat dengan pelbagai bentuk & ketebalan. Tetapi ia mempunyai kelemahan di mana ia boleh pecah & tercalar.... & calaran ini tidak boleh dihilangkan pula, contohnya seperti Seiko 5 di atas (bulatan merah). Namun begitu, ia tidaklah mudah bercalar seperti plexiglass. Kena betul-betul kuat geseran tersebut untuk mencalarkannya. Ianya amat sesuai sekali digunakan untuk jam diver kerana boleh dibuat dengan bentuk dome & tebal untuk menahan tekanan yang tinggi semasa menyelam.

Antara bentuk cermin mineral.

Terdapat juga mineral glass yang kalis calar, dimana ia disaluti dengan hard coating padanya untuk memberikan sifat tahan calar itu. Casio menggunakan cermin ini pada kebanyakan model Edifice mereka.


Cermin sapphire pula merupakan cermin yang kalis calar. Untuk mengetahuinya, terdapat perkataan sapphire samada pada manual/spec jam tu, di case-back ataupun pada dail jam tu sendiri (seperti gambar atas). Cermin ini pula lebih mahal dari plexiglass mahupun mineral glass. Ia mempunyai tahap kekerasan sehingga 10 (paling tinggi). Semakin tinggi nilai ini, semakin keras cermin tu. Namun begitu, seperti cermin lain yang mempunyai kelemahan, cermin sapphire ini adalah lebih rapuh & mudah pecah berbanding cermin lain. Jadi, ia sangatlah tidak sesuai digunakan untuk jam diving.
  • Plexiglass - murah, ringan & sukar pecah.... TAPI sangat mudah tercalar
  • Mineral glass - keras, tahan, tebal.... TAPI mudah pecah & tercalar
  • Sapphire - kalis calar.... TAPI sangat mudah pecah & rapuh
Setiap cermin mempunyai kelemahan & kelebihan. Namun, walau apa pun jenis cermin pada jam anda... jangka hayatnya bergantung pada bagaimana anda memakai & menjaganya.


.... episod seterusnya akan diterangkan mengenai jam quartz...

Leia Mais…

Sunday, May 24, 2009

Penjagaan jam (Bahagian 2)

...sambungan dari Bahagian 1.

4. Untuk jam baru, dinasihatkan untuk menanggalkan plastik cover pada case-back untuk mengelakkan kesan karat padanya. Kalau tidak dibuang untuk jangka masa yang lama, plastik tu sendiri akan reput & bertukar warna kekuningan. Bila ditanggalkan waktu tu, kesan seperti karat tu akan melekat pada case-back & agak sukar untuk membersihkannya. Selain itu, kita akan rasa kurang selesa sekiranya ia tidak dibuang, mudah berpeluh & akan berbau kerana peluh akan menyusup masuk di bawah plastik tersebut & apabila kering menyebabkan ianya berbau. Masam pulak tu...

5. Hampir semua jam masa kini adalah kalis air (water resistant). Namun begitu, anda perlu pastikan juga jenis kalis airnya. Adakah ianya hanya water resist, water resist 30m, 50m, 100m, 200m ataupun lebih. Untuk mengetahuinya, boleh dilihat pada dail ataupun di case-back.


Sekiranya jam anda adalah jam diving, dinasihatkan untuk tidak membuka case-back dengan sengaja tanpa sebab.... kerana apabila case-back dibuka, gasket/seal/o-ring yang menghalang air masuk akan terkeluar/tertanggal dari tempatnya. Walaupun case-back ditutup dengan sempurna, air boleh menyusup masuk melalui gasket/seal/o-ring yang sudah tidak rapat itu.

Selepas beberapa kali aku buka jam ni... gasketnya sudah tertanggal & menjadi panjang. Bila tutup semula, gasket tidak dapat masuk dengan sempurna pada tempatnya & terkeluar dari case-back. Kena tukar gasket baru.

Untuk jam chronograph, terdapat gasket pada button-nya & case-back jam water resistant pula selalunya adalah jenis screw-in, lebih-lebih lagi untuk jam diving. Namun begitu adalah tidak digalakkan untuk menekan apa-apa button yang ada pada jam itu semasa berada di dalam air atau dalam keadaan basah. Secara logiknya, air dapat memasuki melalui button tersebut jika ditekan. Jangan sekali-kali putar atau menarik crown keluar semasa berada di dalam air @ sedang melakukan aktiviti melibatkan air. Air boleh menyusup masuk melalui crown tersebut.


Terdapat beberapa kategori water resistant (WR) iaitu bukan WR, WR sahaja, WR 30meter, WR 50meter, WR 100meter, WR 200meter, Diver's 100meter (kebanyakan jam diver lama), Diver's 200meter & ke atas. Di bawah menunjukkan ringkasan ciri-ciri setiap kategori.

Walaupun jam tersebut dilabel sebagai WR 50 meter, tetapi syarikat jam hanya mensyaratkan kegunaannya hanya untuk berenang & bukannya untuk snorkeling @ menyelam sehingga kedalaman 50 meter tu. Ini kerana tahap kedalaman tersebut merujuk kepada kedalaman dimana jam & air berada dalam keadaan yang tenang & ini hanya dilakukan semasa ujian semasa pembuatannya. Secara logiknya, keadaan tersebut tak akan berlaku sekiranya kita menggunakannya semasa berenang. Pergerakan tangan itu sudah boleh meninggikan tekanan walaupun jam tidak sampai ke kedalaman tersebut. Jika jam anda sudah terkena air laut, bilas jam dengan air biasa & biarkannya kering.

Selain itu, anda janganlah tertipu pula dengan label jam "waterproof", kerana mengikut guideline dari Federal Trade Commission, syarikat jam tidak dibenarkan untuk melebel jam mereka waterproof termasuk jam yang dibuat untuk scuba diving @ jam yang diciptakan untuk kegunaan laut dalam... kerana tidak ada jam yang waterproof melainkan hanya water resistant. Bermaksud di sini, walaupun jam tersebut WR sehingga 500 meter sekali pun, jika syarat-syarat penggunaannya tidak dipatuhi.... air akan tetap dapat masuk ke dalamnya.

Ciri-ciri WR pula adalah tidak kekal bergantung beberapa faktor seperti kehausan @ masa. Sebab tu jam-jam lama walaupun tertulis WR, adalah tidak digalakkan untuk menggunakannya semasa aktiviti berair. Gasket di dalamnya lama-kelamaan akan menjadi reput, cermin menjadi longgar atau pecah dalam jangka masa panjang. Jadi untuk mengelakkannya, jam hendaklah sentiasa dijaga & diservis dari semasa ke semasa.



Perkara yang perlu dielakkan apabila memakai jam semasa aktiviti air ialah jangan sekali-kali memakainya semasa mandi air panas/kolam air panas/sauna atau apa saja yang panas-panas. Suhu yang panas akan menyebabkan gasket hilang bentuknya/lembik & seterusnya akan hilanglah fungsi WR jam tersebut. Air tidak lagi dapat dihalang oleh gasket & akan masuk terus ke dalam jam.

Adalah digalakkan untuk memeriksa WR jam setiapkali case-back dibuka, terutamanya untuk jam quartz di mana case-back dibuka semasa menukar bateri. Ini kerana gasket boleh tertanggal & seal-nya pula akan terbuka apabila case-back dibuka. Sebab tu, untuk jam baru, adalah tidak digalakkan untuk buka case-back tanpa sebab. Ada kedai jam yang menukar gasket ini sekali apabila bateri ditukar & ia amat disyorkan dilakukan. Jika anda tengok technician tidak menukarnya & jam tersebut pula sudah lebih 5 tahun, anda mintalah dia untuk menukarkan gasketnya sekali. Tak mahal pun.

Selain itu, beberapa bahan kimia dapat merosakkan gasket contohnya air yang banyak dengan klorin. Kalau anda ingin berenang di kolam renang, pastikan dulu air kolam tersebut tidak kuat bau klorin. Jika anda tidak yakin, ambillah langkah berjaga-jaga untuk tidak memakai jam tersebut.

Bell & Ross BR-01-92 Limited Edition Blue (RM15k)
Jam ini didatangkan dengan tali getah & nylon. Tali jenis ini sesuai untuk aktiviti air.

Untuk jam yang menggunakan tali kulit, ia adalah tidak sesuai digunakan semasa berenang. Perumpamaannya seperti kita memakai kasut kulit semasa berenang. Sudah tentu kasut tersebut akan kembang & lama-kelamaan akan rosaklah kasut kulit tersebut. Jam bertali nylon, plastik, getah, stainless-steel adalah amat sesuai sekali untuk aktiviti air.



....akan bersambung lagi... masih panjang lagi....















Leia Mais…