Tuesday, April 28, 2009

Rasa diri hebat

Lepas baca balik artikel konvoi yang aku buat tu, aku teringat dengan beberapa peristiwa yang berlaku kat aku berkaitan dengan tajuk artikel ni. Sebagai peminat jam, berkunjung ke kedai jam adalah suatu kebiasaan. Banyak kedai jam yang aku pi selalunya aku bukan saja perhatikan harga serta diskaun yang diberikan, tapi cara layanan seller tu sendiri. Aku bahagikan 2 jenis kedai. Satu kedai jam berjenama biasa (Casio, Citizen, Seiko, Orient dan lain-lain) yang harganya tidaklah dalam kategori mahal. Satu lagi kedai yang berketegori mewah.

Ada beberapa kedai jam biasa yang aku pi tu, seller macam tak berapa nak layan. Ada yang layan pun macam nak tak nak je. Mungkin cara pemakaian aku yang tak berapa smart ni buat dia malas nak layan. Mungkin dia hanya layan orang yang dia nampak macam berduit saja kot. Ada juga kedai yang seller langsung tak greet customer. Cakap apa pun tidak. Kot la nak promote jam-jam baru yang dia ada.... tak juga. Aku masuk.... pusing... lepas tu keluar terus... Itulah kali terakhir aku ke kedai tu. Ada juga seller yang tengok jenis jam yang customer pakai, bila dia nampak jam yang dipakai tu dia nampak mahal, barulah nak layan. Hmmm.... Teringat pula aku masa aku pi kedai jam ni. Kedai ni, owner dia sendiri yang jadi seller & technician. Beberapa kali aku p kedai ni sebelum ni. Tak beli jam pun. Sekadar tengok saja. Sekali je aku beli taji jam dari dia. Kali ni aku pi nak tanya pasal jam-jam lama (vintage) yang mungkin dia ada. Kebetulan masa aku pi tu owner tu tengah repair jam. Bila tanya, langsung dia tak pandang aku. Bila tanya, cakap 'tarak'! Tegas tul. Amboi, ingat kita ni 'lekeh' sangat ke? Langsung tak hormat customer. Kalau ye pun, stop la kejap kerja tu. Kalau tak mau bangun pun, tengok customer pun jadilah. Hmm... Sorry kawan, itu last aku pi kedai hang. Kejadian camni kerap jadi kat kedai jam di luar. Maksud aku kedai jam di luar pasar raya @ kompleks beli-belah. Selalunya owner sendiri yang jadi seller & technician... mungkin owner dia dah banyak duit sangat kot. Sampai tak peduli kat orang. Hmmm....

Situasi ni berlainan kalau pi kedai jam dalam kompleks beli-belah. Selalunya seller akan greet & layan kita dengan elok walaupun kita hanya sekadar melihat. Mungkin disebabkan kerja mereka ni makan gaji & komisyen menyebabkan mereka layan customer dengan baik. Dari maklumat yang aku dapat, seller kedai jam ni ada gaji pokok & komisyen. Komisyen akan dapat bergantung kepada penjualan jam. Satu jam, mereka akan dapat beberapa percent (%). Sebab tu kalau pi kedai jam ni, seller akan sedaya upaya 'racun' kita sampai beli.

Sama juga bila aku ke kedai jam mahal (luxury). Seller akan layan customer yang masuk dengan baik tanpa mengira siapa. Mungkin mereka dilatih & menganggap semua customer adalah potential buyer. Pantang tengok jam & tanya, mesti nak dikeluarkan & tunjuk kat kita. Tapi aku rasa 'segan' nak tengok pasal harganya pun buat aku 'segan' juga. Tengok jam idaman aku, Omega Speedmaster (1st watch on the moon), harganya pun cecah RM30k. Gulp! Tengok jam lain pun kebanyakannya bukan mampu milik. Tapi seller tetap layan dengan elok & sanggup keluarkan jam yang berharga ribuan ringgit tu untuk tatapan aku. Aku rasa mereka diajar yang semua customer adalah potential buyer & menganggap mungkin sekarang tak mampu beli, tapi suatu hari nanti mungkin customer ni akan mampu beli... & mungkin customer ini juga akan datang beli dari kedainya. Dia mungkin tak jual jam masa tu, tapi mungkin dia jual masa akan datang. Sikap macam ni perlu ada pada setiap seller.

Itu cerita pasal kedai jam. Ini cerita pasal customer pula. Masa aku pi kedai jam masa beli tali jam tu (kedai yang tak pandang aku langsung tu)... lepas pasang tali, datang satu keluarga ke kedai tu. Macam-macam la sembang dengan owner kedai tu pasal diorang pernah beli jam dari dia. Owner pun layan dengan elok. Si isteri asyik tunjuk jam yang dia pakai, nak ingatkan owner kedai tu yang dia beli jam dari situ. Aku relax saja. Si suami pula asyik tanya pasal jam solar. Tak habis-habis pasal solar. Aku dah tak berapa selesa kat situ pasal setiap kali bercakap tentang 'kehebatan' diorang pasal jam kat situ, si isteri asyik pandang aku. Bukan pandang nak mengorat. Hahaha.... Tapi pandang macam nak tengok reaksi aku masa dia cakap camtu... kot-kot aku nak bagi respon. Aku buat tak tau je. Dari gerak geri, intonasi suara seseorang pun kita boleh tahu apa niat & tujuan dia. Owner kedai tunjuk la Citizen Eco-Drive pasal si suami asyik tanya dari tadi. Owner tunjuk la jam tu yang berharga Rm1k. Terus si isteri dengan kuatnya cakap, "RM1k!? Jam ni RM700 pun dah jenuh nak beli. Hahaha..." (sambil tunjuk jam dia & pandang-pandang aku lagi). Hmm... Aku terus keluar dari kedai tu sebab meluat. Dia tak tau jam orang lain lebih mahal dari dia.

Bukanlah aku nak buka aib sesiapa, agama kita pun melarang kita membuka aib sesiapa. Tapi niat aku cerita ni sekadar nak berkongsi & menyedarkan kita termasuk aku sendiri dari kejadian ni. Mungkin ada yang pernah mengalami perkara yang sama macam aku. Ini cerita pasal jam, pasal benda lain pun aku ada cerita juga. Lepas kejadian tu, aku terfikir... Tidakkah orang-orang macam ni sedar rezeki yang dia dapat tu siapa yang bagi? Sekejap saja kalau Dia nak tarik balik. Untuk apa dia buat macam tu? Untuk buat orang lain rasa mereka hebat? Kalau rasa diri hebat, tidakkah mereka tahu yang ramai lagi orang di luar sana yang low profile yang lebih hebat berkali ganda dari mereka? Dan mungkin juga masa dia cakap camtu, orang dengar tu lebih hebat & bagus darinya? Yang aku perasan, zaman sekarang kita perlu jadi 'seseorang' untuk dilayan macam 'seseorang' (you have to be somebody to be treat as somebody). Bagaimana kalau orang-orang susah yang berpakaian compang camping datang? Siapa yang nak layan orang-orang camni? Silap-silap kena halau lagi ada la. Kita janganlah pandang orang sebelah mata sebab kita tak tahu asal usul orang tu & untuk apa kita rasa diri hebat? Agama juga melarangnya. Segala rezeki yang kita dapat & yang kita ada semuanya datang dari-Nya. Renung-renungkanlah...

1 KOMEN ANDA:

Rushdan Sabree said...

Saya suka komen anda. Terima kasih