Thursday, March 26, 2009

Jam stainless steel

Kebanyakan jam diperbuat dari stainless steel samada jam moden mahupun jam vintage. Jam-jam berjenama, tak kira la yang murah ke mahal ke, menggunakan stainless steel sebagai casing ataupun sekurang-kurangnya case back-nya. Contohnya Casio yang ber-casing resin, case back-nya stainless steel. Mungkin ada yang tak tahu yang jam dia pakai tu daripada stainless steel atau tidak. Jam stainless steel tak susah nak kenal pun. Gambar di bawah adalah contoh terbaik. Selalunya akan tertulis stainless steel pada case back-nya.


Kenapa stainless steel? Ini dari pemahaman & pendapat aku. Stainless steel takkan menyebabkan stain, menghakis ataupun berkarat dengan senang berbanding besi biasa. Jadi ia akan tahan lama. Tetapi ianya bukanlah takkan langsung akan berstain (not stain proof), cuma susah la skit. Seperti durian, telur yang ada gred (guna benda-benda makan plak sebagai contoh... hahaha...), stainless steel juga mempunyai gred tersendiri. Terdapat lebih 150 gred stainless steel. Agaknya mungkin sebab tu jam-jam stainless steel setiap jenama tak sama. Ada yang murah, ada yang mahal. Yang mahal tu mungkin stainless steel gred tinggi. Sebab tu kebanyakan jam-jam menggunakan stainless steel sebagai casing ataupun bracelet. Tengok saja jam-jam vintage. Ada yang sudah berumur 50 tahun, tapi casingnnya masih cantik. Tak la teruk macam jam di bawah ni. Ini contoh terbaik jam yang tidak menggunakan stainless steel dalam buatannya. Setelah beberapa lama memakainya inilah hasilnya.




Berbeza dengan jam yang tidak menggunakan stainless steel seperti di atas, jam stainless steel tidak akan menjadi pengoksidaan yang teruk seperti itu. Kita boleh tengok kualiti jam berjenama & tidak berjenama seperti di atas. Salah satu jam masih bergerak. Tetapi crown sudah tidak boleh pusing akibat pengoksidaan yang teruk di kawasan crown. Bahagian belakang juga agak teruk... macam ber'kudis'. Ia mungkin terjadi akibat daripada peluh kita. Ini jam bapak aku sebebarnya. Salah satu jam ni dia gunakan hari-hari. Masa tengah mengemas, aku terjumpa satu lagi. Bila tunjuk kat dia, dia sendiri tak sedar yang dia ada dua jam yang sama. Dia tak ingat bila dia beli. Hahaha.... Pasal jam ni memang sangat lama dia guna. Sedih aku tengok. Jadi aku hadiahkan jam Seiko 5 untuk dia sempena hari jadinya. Jam US Submarine ni aku ambil la buat tambah koleksi aku. Hehehe...

Nasib Boy London (BL) aku baik. Tak jadi seperti US Submarine. Jam BL tu aku tak pakai lama. Pasal bateri kong. Lepas tu aku simpan & tak pakai langsung sejak tu. Mungkin disebabkan aku tak guna sangat jam tu, pengoksidaan tak teruk macam jam US Sub tu. Ini teori aku la, pasal jam Puma aku dulu pun mengalami nasib yang sama macam US Sub tu. Mungkin peluh tangan yang terkena body jam tu telah menyebabkannya berlaku (something chemical reaction happening). Ini aku bandingkan jam aku dengan jam bapak aku tu. Anda mungkin lebih tahu. Silalah beri pendapat anda...

0 KOMEN ANDA: