Monday, March 30, 2009

Jam Automatik vs Jam Quartz

Terdapat dua jenis pergerakan jam iaitu mekanikal (automatik) dan quartz. Hampir semua watchmaker menggunakan dua jenis pergerakan ini di dalam pembikinan jam mereka. Setiap pergerakan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Jam quartz. Jenis pergerakan tertulis pada dail.

Jam quartz merupakan jam yang menggunakan elektronik (litar elektronik) yang pergerakannya ditentukan oleh kristal quartz. Dimana ia menghasilkan frekuensi yang teratur dan tepat. Jadi, ia adalah lebih tepat dari jam mekanikal dari segi penentuan masa. Secara ringkas, jam quartz ini ialah jam yang menggunakan bateri. Pergerakannya senang sahaja ditentukan. Pergerakannya jarum saatnya ialah berdetik-detik. Kebiasaannya, jenis pergerakan tertera pada dail jam seperti gambar di atas.

1970 merupakan tahun dimana jam pergerakan quartz digunakan meluas di seluruh dunia. Penciptaannya merupakan suatu fenomena habat & merupakan suatu teknologi yang membanggakan pada ketika itu (dan masih digunakan sampai sekarang). Ia telah menyebabkan banyak syarikat Swiss gulung tikar disebabkannya. Pada waktu itu terdapat lebih kurang 500 syarikat jam Swiss yang menggunakan pergerakan mekanikal dan setelah jam quartz dihasilkan, hanya lebih kurang 100 syarikat sahaja yang masih bertahan hingga ke hari ini. Seiko merupakan pelopor/pengeluar pertama jam tangan quartz. Kenapa? Tak percaya? Hehehe... Prototaip pertama dihasilkan pada tahun 1967 oleh Seiko dan pada tahun 1969, Seiko mengeluarkan jam quartz pertama mereka.

Mengapakah ini berlaku? Ramai pembeli beralih kepada jam jenis ini kerana banyak sebab.
1. Penentuan masa adalah lebih tepat berbanding jam mekanikal. Dimana perubahan suhu tidak akan mengganggu saiz quartz. Jadi frekuensi resonance adalah stabil & tidak akan berubah... jadi masa akan tepat.
2. Saiz jam quartz tidak besar dan nipis, yakni tidak tebal seperti jam mekanikal kerana komponen di dalamnya adalah sedikit & ringkas.
3. Kos penyelenggaraan yang murah.
4. Harga jam quartz itu sendiri pun murah berbanding jam mekanikal kerana kos penghasilannya lebih murah.
5. Teknologi jam quartz yang berkembang dengan adanya fungsi seperti alarm, chronograph dan ada jam yang menggunakan cahaya suria (solar) sebagai punca kuasa untuk pergerakan jam.
6. Ia lebih tahan lasak berbanding jam mekanikal.
7. Ada lagi ni sebenarnya.... (ekekeke...)

Kenapa aku cakap jam quartz ini murah?.... Kerana terdapat banyak sekali jam-jam ini (yang bukan original) dijual di merata tempat seperti pasar malam, supermarket dengan harga hanya RM10. Cuba cari jam mekanikal RM10..... memang tak jumpa. Kalau bukan original/replika pun sekurang-kurangnya RM50.

Disamping yang positif mengenai jam quartz, terdapat sedikit kekurangan padanya. Biasalah benda manusia buat, mana ada yang perfect di dunia ni. Jangka hayat jam quartz tidaklah sepanjang jam mekanikal. Hayatnya bergantung kepada jangka hayat beteri itu sendiri. Jangka hayat bateri pula bergantung kepada jenis bateri, cara penggunaan jam (lebih banyak guna fungsi yang ada pada jam tu, contohnya chronograph... maka hayat bateri akan lebih pendek). Maksudnya di sini, kena tukar bateri selalulah. Tak la kerap sangat, dalam 1-5 tahun. Tapi ada jam yang claim, jangka hayat bateri sampai 10 tahun contohnya Timex & Casio. Selain itu, jangka hayat komponen di dalamnya juga bergantung cara penjagaannya. Jika bateri habis & tidak dibuang/buka bateri itu dari jam, lama-kelamaan bateri yang rosak itu akan mengeluarkan cecair yang akan merosakkan komponen di dalam jam itu sendiri.

Ini merupakan jam automatik. 'Automatic' tertera pada dail jam.

Jam mekanikal pula tediri daripada automatik (self-winding) dan 'kunci' (manual winding). Jam automatik (self-winding) bergerak berdasarkan gerakan pada pergelangan tangan dimana di dalamnya terdapat spring utama (mainspring) yang akan berpusing (tied up). Contoh paling senang, mainan budak-budak. Ala... kereta mainan yang ada kunci kat atas tu. Bila kunci sampai ketat baru kereta tu bergerak. Kalau buka tengok dalam, fahamlah apa yang di ceritakan ni. Ia seterusnya akan menggerakkan balencer, seterusnya pergerakan balancer yang sentiasa bergerak ini akan menggerakkan komponen-komponen lain di dalamnya. Komponen-komponen ini sangatlah kecil dan memberi sokongan & tindakbalas antara satu sama lain. Susah gak nak cerita ni. Haha... Kebanyakan jam mekanikal di pasaran ialah jenis automatic (self-winding). Boleh check dalam Youtube untuk lebih faham.

Pergerakannya berlainan sedikit berbanding quartz. Gerakan jarum saatnya adalah berterusan... smooth. Contohnya dalam video di bawah.



Ini jam automatik (self-winding). Yang berbentuk macam kipas (separa bulat) tu adalah rotor yang akan berpusing berdasarkan gerakan tangan.

Jam kunci (manual winding). Nampakkan perbezaan antara kedua-dua gambar di atas ni?

Jam kunci (manual winding) pula tidak mempunyai rotor dan pergerakannya tidak bergantung pada pergerakan tangan, tetapi kita sendiri yang perlu 'mengunci' crown sehingga mencukupi untuk menggerakkannya. Jika kita terpusing lebih, mainspring akan putus.... maka dengan itu tamatlah riwayatnya. Huhuhu... Namun, jangan khuatir, masih boleh dibaiki. Hehehe...

Ini contoh terbaik jam Sandoz quartz & mekanikal.

Boleh dilihat enjin di dalamnya adalah tidak sama. Saiz enjinnya juga berbeza.


Bagi yang baru berjinak-jinak dengan jam, eloklah beli jam quartz (kebaikannya adalah lebih banyak berbanding mekanikal... 'untuk pemakaian biasa') kerana tak perlu risau jam akan berhenti (melainkan kalau bateri habis la). Sebab jam automatik ini jika tidak dipakai, ianya akan berhenti. Selalunya power reserve kebanyakan jam automatik ialah selama 40 jam (fully charged). Jika tidak dipakai melebihi masa itu, ianya akan berhenti. Bila dah berhenti, kenalah adjust masa dan tarikhnya semula. Bagi sesetengah orang, ianya melecehkan. Jika anda tidak suka berbuat demikian, jam jenis ini bukanlah untuk anda. Samalah juga pada jam kunci, kena kunci sendiri jam tu selalu. Hmm...

Video di bawah ni menerangkan kesemuanya secara ringkas.


Jam mekanikal juga harganya lebih mahal berbanding jam quartz. Hampir ke semua jam buatan Swiss adalah mekanikal. Swiss merupakan pembuat jam mekanikal terbaik di dunia. Kualiti yang dihasilkan amatlah mengagumkan. Kebanyakannya dibuat dengan tangan. Segala ukiran, polishing, mekanikal dan lain-lain dibuat dengan tangan. Pengeluarannya setiap bulan juga adalah sedikit berbanding jam quartz dan orang yang membuatnya (watchmaker) bukanlah calang-calang orang. Sebab tu, harganya adalah mahal sehingga ada yang mencecah ratusan ribu ringgit. Tapi, untuk kita yang berminat jam-jam mekanikal ini, bolehlah beli jam mekanikal dari Jepun. Harganya amat berpatutan & kualitinya juga amat memberangsangkan. Kalau nak pakai jam-jam buatan Swiss yang agak murah & berpatutan, bolehlah beli jam-jam vintage Swiss. Boleh tengok pada link rakan-rakan blog.

Jam mekanikal tidaklah selasak jam quartz kerana komponen dalamnya boleh tertanggal jika ganas sangat memakainya. Kena jauhkan dari bahan magnetik kerana boleh memberi kesan magnet pada komponennya. Bacaannya juga tidaklah setepat jam quartz. Ianya akan 'lari' sebanyak beberapa saat per hari/bulan. Kalau bacaan masa dah lari, kenalah diperiksa di kedai jam. Disyorkan jam mekanikal ini diperiksa sekali dalam 2-3 tahun untuk memastikan case, crown, gasket dan crystal seal masih berkeadaan baik. Namun, jam mekanikal tidaklah seteruk yang disangka. Penjagaannya juga senang. Selagi jam itu tidak memberi masalah, tidak perlu dibaiki. Jam mekanikal boleh mencapai usia 100 tahun jika dijaga dengan baik. Tak percaya? Boleh tengok usia jam-jam vintage. Kebanyakannya masih berfungsi & memberi bacaan masa yang tepat. Hebat! Selain itu, 'harga'nya ('value') akan bertahan lama. Bila sebut pasal 'value' ni, ada beberapa maksud. Peminat jam akan faham apa yang dimaksudkan ini. Hehehe...

Kalau tanya aku, aku akan pilih jam automatik berbanding quartz. Aku rasa 'connected' dengan jam tu bila pakai. Rasa 'sekali' dengan jam tu. Hmm... Camno ntah nak cerita ni. Hahaha... Bukanlah tak minat langsung jam quartz. Aku hanya beli jam quartz jika pada aku, jam tu special. Hehehe...

Panjang aku cerita pasal jam auto & quartz ni. Rasanya masih banyak yang kurang. Tapi kalau panjang sangat, boring plak orang nak baca. Hehehe.... Sekian...

29 KOMEN ANDA:

ayisy said...

Salam bro. Aku suka entry kau ni. Selama ni memang aku cari artikel berkaitan kedua-dua jenis jam ni. Baru aku tau jam mekanikal (auto) cuma boleh tahan 2,3 hari jek kalau tak pakai. Aku ingatkan jam aku tak bagus. Huhuhu.. Aku ada sebuah Seiko Automatik tapi dah lama berhabuk dalam laci sebab tak pakai. Tapi aku suka jam mekanikal sebab tak tau la kenapa. Lain dari lain kot. Ada bunyi tik tik kalau dengar. Heh!

duniajam said...

Salam. Terima kasih. Lambat aku balas. Entah apa sebab komen terkini tak keluar. Tak perasan ada komen kat artikel yg lepas2.

Jam mekanikal mmg camtu samada jam auto ataupun kunci. Aku pun lebih suka jam mekanikal berbanding quartz. Aku sukakan 'kesusahan' buat jam ni, harganya, reliability, corak pergerakannya & seni buatannya.

Unknown said...

pjang lebar cite bad jam ni.. ape2 hal, aku dah faham bad jam ni..
tapi 1 je.. klu jam auto ni. nak rpair kat ane bro, bayak kdai x blh la.. klu ade kedai pun, aku plak y x pcaye kt tuan kdai 2..

duniajam said...

Memang ada kedai yang tak boleh repair. Ada gak kedai yg tak tawarkan perkhidmatan repair/servis, tapi dia boleh tolong hantar jam tu ke tempat servis lain. Kat mana skrg? Susah gak nak rekemen tak tau dok kat mana

mun gunnerz said...

wa,artikel ko membantu bro.jam aku rosak pastu kat fb ade org tag2 jam auto2 ni tapi tak tau ape yg bes trutama yg tag heuer carrera replica.aku da la terminat cume ade fungsi iluminat tak jam auto ni

duniajam said...

Terima kasih. Jam auto tak pakai bateri. Fungsi illuminator hanya wujud pada jam bateri. Tp untuk pencahayaan di waktu malam, jam analog tak kira mekanikal ataupun quartz ada yang mempunyai marker & jarum berluminous. Bila waktu malam, bercahaya. Tp tak lama la. Makin lama makin pudar... tp at least membantu la tgk waktu dlm gelap.

Mister said...

salam bro..aku nie kiranya salah seorang gak peminat jam auto nie...cuma apa yg mengganggu aku adalah jam yg aku pakai nie pada mulanya masa beli tu kiranya ELOK la..then after that bila xPAKAI tu kirannya xBERJALAN...so memang lumrah la kan bila JAM AUTO nie xberjalan...tp bila di berikan pergerakan skit baru la dia di berJALAN..tp apa yg musykil nya...JAM aku nie kejap sangat pergerakkannya...br gerakkan skit..xSAMPAI seminit dah BERHENTI..adakah bende nie sepatutnya berlaku pada pemakai JAM AUTO..atau jam saya mengalami masalah mesin???

Suka Jam said...

kalau yg ni aku rasa ko gerakkan jam tu sikit je.. Biasanya dua pusingan rotor dalam jam auto ni akan mengunci satu detik main spring. Satu detik main spring biasanya untuk dalam 2 - 3 minit sahaja. Jadi kena pakai seharian la.. Kalau jam auto ko ada fungsi kunci (manual winding), ko pusingkan crown tu sampai 20x ke mcm tu baru jam auto tahan lama.. tapi jam auto seiko kebanyakannya tiada fungsi kunci la..

duniajam said...

Ya. Betul apa sukajam cakap tu. Mmg lumrah jam auto camtu. Kena rajin pakai. Sebelum pakai tu, kalau boleh, goncang2 dulu jam tu.

Kalau jam tu ada kelebihan boleh kunci crown macam SJ cakap tu, pusingkan crown tu. Insyaallah tahan lama sikit.

Unknown said...

kalu kita pusing crown tu sampaikan gegulung dawai halus tu jadi menjadi ketat adakah penyebab jarum jam kita tu tidak bergerak? sebab sa pusing crown tu n goncangkan jam pun masih still jarum jam tidak bergerak

duniajam said...

ada sifu sy bgtau ada kes yg jarumnya tak bergerak bila kita pusing terlalu ketat sebab ada part dalamannya yg patah. Atau mungkin ada part yg tersangkut kat dlm tu... elok hantar jam tu utk servis

ada pula jam yg mempunyai mekanisme yg menghalang dari mainspring menjadi terlalu ketat hingga merosakkannya... terutama utk jam automatik.... jadi, bila kita pusing crown byk kali pun, mainspring takkan putus...

Unknown said...

Assalam bro.. Saya ada sebuah jam tangan auto, self winding, fossil ME3028, rosak sbb terjatuh. Boleh bro rekomenkan org yg pandai baiki jam auto, kalau ada bro kenal, esp area kl... Syg jam ni sbb hadiah dr isteri. Ini no saya, 0125350440. Harap bro tak keberatan pm saya ya... Tqvm bro

duniajam said...

As-salam bro Iskandar Abdullah....

Minta maaf byk lambat sgt balas... sy jarang sgt buka blog.

Sy cadangkan bro hantar kat Mr Andy di Amcorp Mall. Beliau setiap Ahad kat basement blkg eskalator. Terus terang sy kurang arif dgn tukang jam area KL sbb sy tinggal kat utara. Jika bro ada akaun FB... boleh contact Pendita Siber. Beliau agak dikenali dikalangan geng jam. Minta maaf ya.

zaiham@kampar said...

As salam bro..nk tya sket, apasal jam auto yg aku pakai ni masa yg di paparkan lebih cepat dari biasa (masa dia tk tepat)...tq

Unknown said...

Haah sme la..jenuh pusing merata carik

Unknown said...

bro, jam dinding yg jarum saat berdetik2, dgn jarum saat berterusan tu apa beza nye.

Unknown said...

bro, jam dinding yg jarum saat berdetik2, dgn jarum saat berterusan tu apa beza nye.

Unknown said...

Hai.. saya nak tanya, jam saya ni ade je bunyi tik tik tik, tapi kenapa jarum minit dia tu tak gerak2 langsung.. mcm xhidup jee.. mcm mne nk buat erk

kasut_putih said...

Betul, jam automatic (saya punya manual winding) memang ada aura dia tersendiri.

duniajam said...

Unknown said...
As salam bro..nk tya sket, apasal jam auto yg aku pakai ni masa yg di paparkan lebih cepat dari biasa (masa dia tk tepat)...tq


Jawapan:
As salam bro. Jam auto mempunyai ralat. Ada yang cepat & ada yang lambat. Ralat setiap jam pula tidak sama. Benda mekanikal, bergantung kepada spring, gear dan lain-lain memainkan peranan. Jika dalam sehari cepat 5-10minit adalah biasa pada aku. Tapi kalau terlalu laju, eloklah di periksa jam tu dengan technician jam. Ia mungkin perlu diservis atau adjust semula

Terima kasih

duniajam said...

Rahish Shafie

Jika jam dinding jarum saat berterusan tu ada 2 jenis....

1. Memang ia jam kunci/mekanikal..... memang gerakan jarum begitu
2. Ia adalah jam quartz.... selain detik satu persatu tiap saat, ada juga jam quartz yang dibuat detikan saatnya berterusan. Nampak seperti jam mekanikal. Menarik. Cumanya jam jenis ini kuat makan bateri

Terima kasih

duniajam said...

ain atiqah

Kemungkinan besar, jarum minit tu terkeluar dr slotnya akibat hentakan atau terjatuh atau kemungkinan gigi gear jarum minit tu patah atau terkeluar dari jajarannya. Elok bawa jumpa technician untuk pemeriksaan lanjut.

Terima kasih

duniajam said...

kasut_putih

Tahniah! Anda sudah merasainya

Ismailmazlan94 said...

Saya baru nak jd watch collector tp yg affordable je la an..so trcari2 informasi mengenai jam2 nie bila kita dah tau jenis jam antaranya (mechanical, Quartz),ade plak lg pecahan dress wtach, pilot watch,dive watch,vintage watch huhu, mcm2 jenis ade..sy plak sebelum nie x tau..baru ade dua jenis jam quartz watch (dress watch), fitness watch (run,swim, cycling),now mula nak cari mechanical watch,jd minat plak..thanx article nie banyak membantu..

Azrul said...

As salam bro... Sy juga minat jam auto ni, cuma tak berapa minat set semula sbb accuracy dia akan lari tp itulah auto. Cuma dalam dilema mahu ambil seiko kenetik atau seiko auto. Sy ambil utk pakai harian atau seminggu 3 ke 4 kali. Dari segi pemakaian harian utk kerja mana yg lagi baik auto atau kinetik? Tq

Unknown said...

Jam automatik seminggu akan kurng 5minit

duniajam said...

Salam Azrul,

Kedua-dua jam tidak mempunyai masalah jika dipakai harian. Tetapi jika tuan mengiginkan jam yang lebih tepat bacaannya, jam kinetik lebih baik sebab ralat jam quartz kurang sedikit berbanding jam automatik.

Tetapi ecara peribadi saya lebih sukakan jam automatik berbanding kinetik. Namun pilihan terbaik ada pada tuan sebab kedua-dua jam tersebut punyai kelebihan & kekurangan tersendiri.

Adeeb said...

Kenapa susah aku no cari harga jam seiko 5 sport automatic 35 jewel ini model jam yg sy pakai,dulu beli dekat rm800,masa tu tahun 2000,just nk check market sekarang,sape2 blh tlg check dan info detail x?

duniajam said...

Adeeb

Susah juga nak tahu jika tak tau model apa yg dimaksudkan tu. Sebab ada banyak model Seiko 5 Sport. Cuba tgk check kat mudah.my & Carousell