Thursday, March 26, 2009

Bagaimana mencari jam yang sesuai untuk anda?

Ini hanyalah sebagai panduan ringkas mencari jam yang sesuai untuk anda. Tidak semestinya anda perlu ikut bulat-bulat. Sekadar penduan sahaja. Jika anda seorang pengumpul jam, sudah tentu anda tahu apa yang anda mahu. Sebagai pengumpul jam, kesesuaian jam bukanlah perkara utama, tetapi kepuasan & keinginan untuk memilikinya adalah perkara utama. Untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak memakai jam @ ingin mencari jam yang sesuai untuk anda, bolehlah ikut panduan ringkas ini.

1. Jika anda baru berjinak-jinak memakai jam, pada pendapat aku... jam yang paling sesuai untuk anda adalah dari jenis yang menggunakan bateri. Rasanya jam automatik/kunci kurang sesuai. Tak salah jika anda nak memilikinya. Dikhuatiri anda tidak familiar dengan cara pemakaian & penjagaannya. Lama-lama mungkin anda akan fade up dengan jam itu. Aku beritahu ni pun berdasarkan pengalaman. Kenapa? Nanti akan aku terangkan perbezaan jam automatik dengan jam bateri pada episod akan datang.

2. Pilihlah jam yang sesuai dengan saiz tangan anda. Janganlah beli jam yang terlalu besar, yakni lebih besar dari saiz tangan anda. Nanti orang akan nampak jam dari kita sendiri. Ekekeke....

3. Belilah ikut kemampuan anda.

4. Jika anda tidak ada langsung apa-apa jam @ ini kali pertama membelinya @ mungkin juga itulah jam yang akan digunakan sampai bila-bila, pilihlah jam yang sesuai untuk semua situasi @ occasion.

5. Carilah kedai yang boleh beri anda harga yang berpatutan & berbaloi dengan duit yang bakal dibelanjakan. Survey banyak kedai. Jangan hanya pergi satu kedai sahaja. Setiap kedai jam jual dengan harga yang berlainan untuk jam yang sama. Aku beli satu Casio Edifice di kedai A. Harganya lebih kurang RM260 selepas diskaun. Harga yang kedai tu buka RM300+. Kedai lain yang aku survey, ada yang letak sampai RM400+. Diskaun hanya 20% di kedua-dua kedai. Selepas diskaun, harga di kedai B menjadi harga di kedai A (sebelum diskaun). Ini penting kerana anda boleh jimat banyak & mengurangkan risiko sakit mata dan sakit hati sekiranya anda menjumpai jam anda tu dijual lebih murah dari harga yang anda beli. Aku dah rasa. Hati manyak sakit wooo....

6. Jangan tertipu dengan iklan diskaun atau offer yang ditawarkan/terpapar pada kedai tu. Iklan-iklan itu hanya untuk menarik minat pelanggan yang kononnya ingat diskaun itu hanya wujud pada waktu tertentu seperti perayaan, Mega Sales dan sebagainya. Pasal takot terlepas, kita pun belilah. Katahuilah bahawa diskaun itu memang wujud sampai bila-bila. Tingginya diskaun itu bergantung pada brand & model. Contohnya Titus. Diskaun jam ini bermula 30% --> 70% bergantung pada modelnya. Diskaun jam ni memang ada sampai bila-bila pun. Aku tengok di Putrajaya & Sungai Petani, diskaunnya sama saja. Bila aku tanya Sale Rep kedai tu di SP, diskaun ni sampai bila-bila. Takyah bimbang. Hmm... Rasa penat ja beli jam ni kat Putrajaya. Tak sangka Giant SP pun ada juai jam yang sama. Hampeh! Tipah tertipu lagi..... Muahahaha....

7. Kalau jam itu ada banyak fungsi & button, uji kesemuanya terlebih dahulu sebelum beli. Ini bagi mengelakkan anda terbeli jam yang bermasalah. Nasib tak baik, kedai tu taknak bertanggung jawab atas jam tu dan sebaliknya menyalahkan anda pula dengan mengatakan kerosakan jam itu disebabkan kecuaian anda & bukannya dari kedai itu sendiri (yang menjual jam yang bermasalah). Ini pernah berlaku kepada banyak orang. Kebanyakan Sale Rep bukanlah daripada mereka yang minat @ tahu/pandai pasal jam (rasanya aku lebih tahu banyak dari depa ni. Kalau pi kedai jam, aku buat bodo ja. Nak tengok camno depa layan & pengetahuan depa pasal jam) . Mereka hanya 'bekerja' di situ. Susah nak jumpa mereka yang betul-betul tahu selok-belok pasal jam. Bila ada masalah, mereka menyalahkan kita pula. Pulak dah!

8. Belilah jam dari jenama pembuat jam (watchmaker), contohnya Seiko, Orient, Citizen, Alba, Timex, Titan, Titus dan lain-lain lagi. Jam-jam ni taklah mahal sangat & harganya berpatutan. Jam-jam berjenama mahal pula seperti Rolex, Oris, Tudor, Mido, Omega, Chopard, Bell&Ross, IWC, Fortis, Corum, Longines dan sebagainya. Yang mahal-mahal ni kesemuanya keluaran Swiss. Tak salah beli jam-jam seperti Guess, GC, Elle, Esprit, Crocodile, Pierre Cardin, Puma, Alain Delon dan lain-lain lagi. Jenama ni adalah jenama fesyen. Mereka membayar kilang jam untuk mengeluarkan jam jenama mereka sendiri. Kualitinya ada yang kurang sedikit dari jam-jam watchmaker. Info ni aku dapat dari Sales Rep di Sungai Petani. Beliau amat arif pasal jam, berpengalaman luas, peminat jam hardcore & otai. Hehehe... Casio lain skit. Jenama ni antara jenama yang cukup kompetetif dalam pasaran jam dunia. Sebuah jenama yang mengeluarkan jam-jam yang berinovatif & kreatif. Tetapi mereka juga bukanlah watchmaker. Mereka sebenarnya pengeluar barangan elektronik contohnya kalkulator, TV (mobile). Jam adalah salah satu produk mereka.

Ini hanya sebagai panduan berdasarkan pengalaman dan info yang aku dapat selama ni. Anda boleh bagi info/komen sekiranya ada perkara yang nak tambah ataupun nak kurangkan. Ekekeke... Anda boleh ikut panduan & nasihat ini ataupun sebaliknya. Namun keputusan tetap di tangan anda. Duit anda & pilihan anda. Pilihlah dengan bijak....

3 KOMEN ANDA:

Zulekhzan B. Fauzi Saadi said...

...dan bg yg dh kahwin,kalau nak beli jam yg mahal spt sesetengah jenama dr swiss,yg penting sekali walaupun mampu,bawalah berbincang dulu dgn isteri...jgn la beli jam yg mahal tanpa meminta pandangan/pendapat terlebih dahulu dr isteri sbb benda2 mcm ni la boleh mendatangkan masalah di kemudian hari..ye la...kalau isteri dulu nak minta beli vacuum cleaner yg berharga rm250 dulu si suami mencebik..."ala...benda tu tak perlu yang...penyapu lidi pun dah cukup...rm2.50 je satu...lagipun..mana ada bajet utk tu...banyak lagi benda bla bla...pok pek" & si isteri hanya memendam rasa...& boleh bayangkan tak bagaimana perasaan si isteri tadi di mana si suami yg kononnya takde bajet nak beli vacuum cleaner rm250 tu tadi...tiba2 tanpa pengetahuan si isteri...tiba2 membeli jam titoni model terbaru yg bernilai rm2500?

duniajam said...

Hahaha.... Tima kacih bro. Betul tu. Memang kena selalu bincang dengan isteri. Nanti kena tido luar. Hahaha....

modiexy said...

Jam tangan buatan malaysia. 100% original pada harga mampu milik dan berkualiti antarabangsa. lawati FB page ARTH - Army Tech Malaysia https://goo.gl/YSjxVB