Saturday, March 28, 2009

Apakah perbazaan di antara link bracelet solid dengan tidak solid?

Kali ni aku nak bercerita pula mengenai jam yang menggunakan bracelet, ataupun dalam istilah biasa 'tali besi'. Rasanya semua boleh kenal perbezaan di antara bracelet dengan tali kulit kan? Tapi mungkin ada yang tak tahu atau tak perasan sebenarnya terdapat dua jenis bracelet, iaitu solid dan tak solid (aku tak pasti istilah yang sebenar). Sama tapi tak serupa. Tak susah nak kenal. Contohnya seperti gambar di bawah.


Bracelet solid




Bracelet tak solid


Nampak tak perbezaannya? Bracelet solid, talinya tidak ada rongga atau sambungan seperti bracelet tak solid. Maksudnya, setiap link talinya adalah padat. Bracelet tak solid pula mempunyai rongga/lapisan pada setiap link. Kedua-duanya mempunyai perbezaan yang jelas samada dilihat dari tepi ataupun di bahagian bawah bracelet itu.

Dari segi pemakaian, bracelet solid adalah berat sedikit. Tetapi ia selesa pada pergelangan tangan. Bracelet tak solid pula adalah ringan namun keselesaan berbanding dengan bracelet solid adalah kurang sedikit. Ini hanya pada pendapat aku la. Jikalau anda belum pernah mencuba salah satu jenis bracelet atau pun tidak pernah memakai jam ber-bracelet sebelum ini, anda boleh mencubanya di kedai jam untuk merasai apa yang aku katakan ni.

Dari segi harga pula, jam menggunakan bracelet solid adalah lebih mahal. Ini mungkin disebabkan kos penghasilannya lebih tinggi & bahan yang digunakan juga mungkin dari yang lebih baik. Selain itu, ianya juga lebih tahan lasak berbanding bracelet tak solid.

Selalunya, bracelet diperbuat dari stainless steel. Ini merupakan kelebihan untuk kedua-dua jenis bracelet samada solid ataupun tidak. Selain itu jam ber-bracelet tidak perlu ditukar talinya seperti jam yang menggunakan tali kulit, getah ataupun PVC yang akan putus/rosak setelah lama digunakan kerana bracelet stainless steel tahan lama & kelebihan stainless steel telah pun diterangkan sebelum ini. Selain itu, bracelet juga lebih senang & akan menjimatkan kos pada jangka masa panjang.

Nanti aku akan tunjukkan bagaimana caranya untuk 'memotong' tali sendiri tanpa perlu mengupah 'tukang' jam.

0 KOMEN ANDA: